Kalau pergi ke Thailand, tak sah kalau tidak menikmati lempeng pisang atau Banana Pancake yang terkenal di sana. Dijual di jalanan, rasanya sangatlah enak apatah lagi ketika dinikmati sewaktu masih panas.

Agak mustahil itu mendapatkannya pada waktu ini namun jangan risau kerana sebenarnya anda boleh membuat sendiri sahaja di rumah.

Rasanya mungkin agak berbeza seperti yang di Thailand tetapi sedikit sebanyak ia dapat mengubati kerinduan anda terhadap hidangan yang lazat ini. Ikuti resepi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama Aiman ini di twitter.

Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk menghasilkannya!

IKLAN

Haaa susun je pisang atas paratha tu!

Taburkan sedikit gula sebagai penambah rasa.

IKLAN

Tiba-tiba dah siap! Sekejap je kan?

IKLAN

Makan pagi boleh petang boleh!

Mudah sangat resepi yang dikongsikan ini. Anda semua bolehlah mencuba membuatnya sebagai hidangan berbuka nanti. Selamat berpuasa semua!

kredit: twitter @aimartian