Kening sering dilepas pandang semasa rutin solekan kerana ciri periferal dan dianggap tidak penting. Namun sebenarnya, kening adalah ciri yang paling penting pada wajah kerana ia boleh menyerlah dengan beberapa tip solekan yang tepat. 

Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Sumber gambar: Shiny Diamond

Kening yang bersifat over-done boleh kelihatan palsu dan statik tapi kening yang diukir sempurna boleh menaikkan raut wajah anda. Nak tahu caranya?

Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Sumber gambar: NDTV

1. Get A Good Start
Bayangkan bentuk kening anda sebelum anda bermula. Bahagian depan kening perlu sebaris dengan bahagian atas hidung.

2. Beri Garis Panduan
Warnakan kening anda untuk menyerlahkan lagi ketebalannya! This way, you won’t overdo it. Condongkan pensel serenjang di hadapan kening, pusingkan ke tepi lekuk untuk titik garis nipis di penghujung. Ekor kening perlu kurang dan tidak melebihi sudut mata.

Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Sumber gambar: The Honey Combers

3. Berus Ke Atas
Selepas melukis bentuk kening idaman, gunakan berus spoolie dan sisir kening ke atas untuk mencipta volume.

IKLAN

Baca juga: Atasi Masalah Solekan Tidak ‘Flawless’ Dengan 5 Cara Mudah Dan Paling Berkesan Ini!

4. Tutup Jurang
Dengan menggunakan penggaris bawah mata, tambah pigmen dalam kawasan di antara lekuk depan dan dalam. Pilih pengaris kening berstruktur serbuk, dengan jumlah minimum lilin supaya melekat dan kemas.

Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Sumber gambar: Bobbi Brown Cosmetics

5. Ikuti Langkah Pertama
Sebelum beralih kepada kening kedua, pastikan kening pertama tadi diisi dan diukir mengikut lakaran idaman anda. Baiki lekukan dan isi ruang yang makin pudar.

IKLAN

Baca juga: Kekal Konsep ‘Less Is More’, Gaya Solekan Natural Ini Bikin Wajah Anda Tampak Lebih Mahal!

6. Efek Cermin
Ulang teknik yang sama untuk kening kedua dan ingat untuk gaya simetri, pastikan lekukan atas berada pada titik yang sama.

7. Sedikit Bedak
Sebaik sahaja anda selesai, dabkan bedak lut cahaya untuk set alis kening. Ini membantu serapan minyak semula jadi pada kulit anda dan kening tampil kemas.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!