Makin dekat nak raya ini pastinya kita mahukan wajah bebas dari segala masalah kulit seperti jerawat, whitehead atau blackhead. Kalau jerawat mengambil masa beberapa hari untuk pulih. Tetapi tidak sukar untuk menghilangkan masalah whitehead dan blackhead yang ada di wajah.
Perkongsian wanita ini Aznor Aziz yang hanya menggunakan modal sebanyak 50 sen sahaja untuk menghilangkan masalah kulit wajah ini. Menurutnya dia sudah mengamalkan sejak berusia 20 tahun hinggalah sekarang.
Setelah diamalkan, hasilnya segala bulu halus diwajah semua keluar dan menyebabkan memang muka rasa licin, cerah dan gebu.
Jadi tidak perlu susah payah tonyoh, gunakan saja cara dicadangkan wanita yang menggelarkan dirinya Chenot ini.
Lepas ini tak perlu gunakan filter setiap kali berselfie kerana wajah jadi cantik semulajadi.
Muka gebu modal 50sen ja..
Guna putih telur dan kapas muka 3keping ja…

Chenot dah amalkan dari masa umur 20tahun sampai sekarang..
Whitehead, blackhead, bulu-bulu halus kat muka semua keluar…memang rasa muka licin..

Amalkan seminggu sekali kulit muka jadi cerah dah gebu..
Selamat mencuba…lepasni selfie takpayah guna filter dah.