Memiliki kulit yang flawless dan glowing semestinya menjadi idaman semua wanita di luar sana! Tak perlu berbelanja lebih, sebenarnya ada cara yang mudah dan menjimatkan untuk kita mendapatkan kulit yang cantik jika ia bersesuaian dengan kondisi kulit kita.

Dengan menggunakan madu, kunyit dan yogurt sahaja, kulit anda akan bertambah seri biarpun tanpa solekan yang berlebihan. Ikuti perkongsian daripada Fatin Amierah Zabri ini.

Dah lama nak share . tapi sebab takde masa so harini baru berkesempatan . Ni Fatin bagi details lengkap ye !
BAHAN-BAHAN
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt ( Perisa Asli )
1 sudu madu
===============
1 – Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nnt kunyit tu akan lekat warnanya.
2 – Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3 – Tak pun pakai je sudu yogurt tu .
4 – Gaulkan sampai sebati semua .
5 – Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6 – Ratakan di muka guna belakang sudu .
Jimat tayah beli berus 😝
7 – Biar dalam 30 minit sehingga kering
8 – Basuh muka guna air suam & pencuci muka korang dan skrub muka terus ( amat digalakkan )
Psssst : Sediakan towel muka yang korang dah tak sayang sebab nnt kena kesan kunyit
KELEBIHAN :
❤️ Kulit jadi cerah dan flawless
❤️ Glowingkan kulit
❤️ Sembuhkan jerawat
❤️ Kurangkan pigmentasi
❤️ Anti Aging (penuaan)
❤️ Kurangkan infection
❤️ Kulit rasa lembab je
❤️ Pulihkan dari sunburn ( terbakaq)
❤️ Kurangkan gelap bawah mata
👉🏼 Fatin dah amalkan setahun ++, seminggu 2 kali . Paling malas seminggu sekali .
SOALAN FAMOUS
👉🏼 ” Tak jadi kuning ke muka tu nanti ? “
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebabtu fatin galakkan scrub muka selepas tu .
👉🏻 ” Berapa lama nak nampak kesan ? “
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba-tiba orang dah tegur . EH FLAWLESSNYA KULIT ! hahahaha 😂
Sebenarnya , petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap , tapi glowing gila kulit dia ! Sebijik jerawat pun tarak . So dia bagi petua ni .
Dia kata orang India memang dok amal benda ni . Lagi-lagi time dorang nak kawin . Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin . So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari . Kuikuikui 😝
Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa.
selamat beramal ye!
😍

IKLAN

IKLAN

kredit: Facebook Fatin Amierah Zabri

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

IKLAN

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI