Tidak kiralah sama ada seseorang itu masih gadis atau sudah mempunyai cahaya mata, soal penjagaan wajah memang tidak boleh dianggap remeh. Kalau boleh mahu wajah sentiasa jadi putih, halus dan berseri. Kalau banyak duit tak salah buat rawatan di spa,sebulan sekali sebagai tanda reward diri.
Tetapi anda juga boleh mencuba cara alami dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada dalam peti sejuk atau dapur anda.
Perkongsian petua cantik wanita anak dua ini memang sangat terkesan hasilnya. Lihat sahaja perubahan pada wajahnya yang kelihatan cukup flawless dan glowing.
Baca Juga Artikel Berkaitan: Baby Powder Juga Boleh Buat Kita Jadi Cantik
Wanita yang membahasakan diri sebagai Cik Ann hanya melakukan masker glowing ini pada hujung minggu sahaja.
Hanya dibuat seminggu sekali dan hasilnya memang wajah akan jadi glowing dan licin tanpa ada jerawat.
Sebelum ini dia juga pernah berkongsi masker yang dibuat daripada yogurt dan asam jawa tetapi kali ini hanya menggunakan yogurt sahaja.
Tanpa perlu mencuci dengan air dan hanya guna tisu basah untuk lap sebaik selesai menggunakannya.
Bahan Utama:
Yogurt
Madu
Soda bikarbonat
Tisu basah
Cara Memakainya:
Campur semua bahan dan sapu terus di muka. Ratakan hingga ke seluruh wajah.
Biarkan hingga kering. Tak payah cuci dengan sabun atau air supaya masker betul-betul meresap ke dalam kulit.
Selepas lap hasil memang nampak glowing tanpa perlu mengenakan bedak asas atau bahan mekap lain.
PESANAN CIK ANN
Tetapi Cik Ann pesan supaya tidak membuatnya hanya sekali sahaja, sebaliknya buat secara konsisten. Barulah hasilnya benar-benar mengejutkan.
SUMBER: FACEBOOK NURRAIHAN ISMAIL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lenyapkan Perut Buncit, Buang Toksin, Lemak & Lendir Di Dinding Usus. Hanya Guna Teh Hijau!
Menurunkan berat badan atau mengurangkan perut buncit bukanlah perkara mudah bagi seorang wanita. Perkongsian dari facebook oleh wanita ini, boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mahu kempiskan perut dengan cara detox, terutama mereka yang ingin kekalkan bentuk badan.
Dia yang sudah amalkan selama dua minggu dan hasilnya badan rasa ringan, perut sedikit kempis dan paling penting angin habis keluar. Menurutnya jika detox ini diamalkan setiap hari badan akan terasa lebih sihat dan bertenaga.
Kalau korang nak tau, detox ni sebenarnya adalah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus untuk dicuci keluar melalui pembuangan air besar.
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum. Kalau selama ni kita ambil vitamin atau supplemen tapi tak berkesan, mungkin puncanya kerana usus kita kotor. Jadi, untuk atasi masalah ini, jom kita amalkan minuman detox yang AmiEra Farhann Johan kongsikan.
KITA hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
BAHAN-BAHAN:
- Green tea cap boh 1 uncang
- 1sb Halba
- Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
- 2 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN:
- Rebus semua bahan sampai mendidih.
- Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
- Nak tambah madu sikit pun ok.
- Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
- Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.
Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.
NOTA TAMBAHAN:
Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
SUMBER: Via Petua Bonda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keunikan ‘Street Food Malaysia’, Burger Ramly Tarik Perhatian Youtuber UK. Iktiraf Sebagai Yang Terbaik Pernah Dinikmati!
Baru-baru ini terdapat satu video di laman Youtube yang telah menarik perhatian Hijabista. Video tersebut dimuat naik oleh seorang Youtuber daripada UK, bernama Eli yang kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza budaya. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi makanan dan juadah yang unik. Namun, ada sesuatu yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia iaitu burger Ramly yang selalunya dinikmati terutamanya pada waktu malam.
Digelar ‘Raja Burger’ Malaysia
Ramly Burger yang juga dikenali sebagai ‘Raja Burger’ di Malaysia merupakan diantara ‘street food’ atau makanan segera yang sedap dan mudah untuk didapati di mana-mana gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam!
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap, Burger Ramly merupakan hasil cetusan idea dan hasrat murni pasangan tersebut untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Usai berita mengenai ‘kelazatan’ daging burger Ramly yang digembar-gemburkan, Vlogger asal UK ini telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang terletak berhampiran dengan KLCC.
Apabila dia sampai, dia terkejut melihat beberapa pelanggan yang sudah pun beratur, dan bertambah terkejut setelah mengetahui bahawa mereka sudah menunggu pesanan selama hampir 40 minit. Dia juga sempat bersembang dengan peniaga gerai tersebut dan mendapati bahawa perniagaan tersebut telah dijalankan sejak tahun 1990.
Artikel berkaitan: Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Dunia! Netizen Takut Kena ‘Claimed’
Diiktiraf oleh pelancong dari Taiwan!
Sementara menunggu burger yang dipesan siap, dia sempat menemu ramah seorang pelancong iaitu Grace, dari Taiwan yang merupakan seorang vegetarian. Grace telah memesan burger ikan bersalut telur beserta keju seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Grace menjejakkan kaki ke gerai tersebut dan mengetahui gerai tersebut setelah disyorkan oleh rakannya sendiri. Eli juga sempat merakam reaksi wanita terbabit apabila merasai buger tersebut.
“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menikmati burger tersebut.
Apabila ditanya mengenai berapa ‘rate’ yang diberikan untuk menilai tahap kesedapan burger tersebut, wanita tersebut menjawab 9/10!
“Burger terbaik pernah saya makan!”
Tak lama selepas itu, burger ‘double’ daging keju yang berharga RM10 dipesan oleh Eli telah pun siap. Pelancong luar dari United Kingdom tersebut dilihat menikmati makanan serta terlihat teruja pada gigitan pertama!
“Daging sangat lembut, sangat berair(juicy) beserta sosnya yang manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka!” katanya.
Lelaki tersebut juga sempat menunjukkan ‘thumbs up’, tanda suka kepada penjual gerai burger tersebut sambil mengatakan bahawa burger tersebut sangatlah sedap. Dia juga sempat mengajak orang ramai untuk datang kesana dan merasai sendiri burger tersebut.
“Kamu semua perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai!” tambahnya lagi.
Dek ‘terpesona’ dengan kelazatan burger tersebut, dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai sekali lagi kesedapan yang ada dalam burger itu.
Meninjau di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata netizen memberikan komen yang positif serta mengalukan kedatangannya ke Malaysia. Ada juga yang menggunakan peluang tersebut dengan mencadangkan menu lain untuk dicuba, seperti burger kahwin iaitu burger daging bersama ayam.
“Burger crispy is so dope yaww….it is sodap.”
“Ramly is best burger in the world broo”
“THE BEST HALAL BURGER IN THE WORLD!!!!!!!!!!”
“Nice sir. Thank you for your compliment about Malaysia. Love you sir!”
Eli yang mempunyai 9.76K subscribers dilihat sering melancong ke pelbagai negara serta sering memberi tumpuan ke gerai tempatan, pasar, ’street food’ serta makanan ‘kampung’. Dia juga gemar menemu bual penduduk tempatan, chef dan tukang masak untuk memperkenalkan makanan unik di pelbagai negara.
Artikel berkaitan: Nikmati Makanan Segera Walaupun Dalam Proses Turunkan Badan, 12 Cara Ini Sangat Membantu
Sumber: This Food Bangz
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untunglah Dapat Mak Mertua Kelakar” – Sharifah Shahira Sempat Mengusik Menantu, Buat Netizen Terhibur
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah telah selamat menerima menantu apabila puteri sulungnya, Allisya Tahir disatukan dengan jejaka pilihannya, Mohd Zulhisyamuddin semalam. Puteri sulungnya turut menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada pengantin lelaki, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Pasangan tersebut telah disatukan di sebuah dewan di Kuala Lumpur. Majlis ijabkabul tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat. Terdahulu, pasangan ini telah bertunang pada bulan Mac.
Dimaklumkan, Alisya telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, iaitu Jatt Ali (Tahir bin Ali) disamping bapa tirinya iaitu pelakon, Ijoy Azhari. Allissya terlihat sangat ayu dan manis berhijab serta menggayakan busana serba putih sedondon dengan suami tercinta semasa majlis tersebut.
Artikel berkaitan: Mahu Terus Perbaiki Diri, Sharifah Shahirah Mula Berhijab Sejak Hari Pertama PKP
Sempat mengusik menantu
Majlis pernikahan telah berlangsung dengan sangat santai dan Sheira juga sempat ‘mengusik’ menantunya sebelum masuk ke dewan. Hantaran video yang dimuat naik oleh Shiera sendiri telah menarik perhatian dan menghiburkan netizen disertakan kapsyen pantun;
Buah geduak tepi pagar
Datang kucing mencakar cakar
Hati ini berdebar debar
Dapat mak mertua yg klakar
Di dalam video tersebut, Sheira sempat berpesan dan berseloroh kepada menantunya; “Menantu I, Jaga baik-baik anak I…I beranakkan dia bil mahal you!”. Ha, memang untung sangat dapat mak mertua yang kelakar dan sporting!
“mana ada mak mertua terus direct je cakap masa kawin…😂😂😂memang kelakar ..mak mertua…”
“Tak prnh tak kelako..tahniah kak shiera n family.Semoga perkahwinan mereka bahagia till jannah”
“Wakakaka masak lahhh dpt mak mertua kelakoo”
Shiera juga akui bersyukur dan tersentuh apabila ramai kenalan yang berkata bahawa tidak menduga dirinya sudah menerima menantu hingga ada yang menitiskan air mata pada majlis itu. Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan sahabat baik Shiera yang juga merupakan pelakon era 1990an, Azah Aziz.
“Syukur dan seronok apabila majlis anak saya berjalan lancar. Ramai yang ingatkan saya menangis apabila anak bernikah tetapi itu semua tidak berlaku.
“Sebaliknya, rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata apabila saya perlu melepaskan anak dan menerima menantu,” katanya melalui Mstar
Dibanjiri komen tahniah
Usai daripada hantaran tersebut, ramai selebriti dan netizen yang turut bergembira dan mengucapkan ucapan tahniah buat kedua mempelai.
“Alhamdulillah, congratulations dear @shieraijoy. Saya doakan dari Taman Raudah, semoga Allah pelihara mereka hingga sampai akhir hayat. 🥰⭐️🌙. Aamiin”
“Alhamdulillaah!!! Tahniah Shiera terima menantu,,,Smoga bahagia dan kekal hingga Jannah”
“Tahniah shieraijoy..elok mnantu pon..semoga bhgia till jannah ank u🤲🤲🤲💐”
Artikel berkaitan: 11 ADIK-BERADIK Selebriti Cukup ‘HOT’ & TRENDING, No 11 Paling Banyak CARIAN Di Google
Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt pada tahun 1993; sebelum mendirikan rumah tangga bersama Ijoy Azhari pada tahun 2003. Tahniah diucapkan buat kedua mempelai! Semoga ikatan yang dibina kekal ke Jannah.
Sumber info dan gambar: Mstar, Instagram shieraijoy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI