Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
1.HARI YANG PALING UTAMA
Rasullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari jumaat, didalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga ia wafat, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rusak dan habis Nabi SAW bersabda: “Dapat kamu katakan aku akan rusak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi.”
2.WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Pada hari Jumaat ini adalah waktu yang paling mustajab jika kaum muslimin berdoa dan mengharap sesuatu dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata: “Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah)yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3.HARI UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD SAW
IKLAN
Dalam buku “Durratun Nashihin” dijelaskan, pernah suatu ketika Nabi Musa as. pergi ke Bukit Baitul Maqdis. Di sana ia melihat suatu kaum yang tengah beribadah kepada Allah SWT dengan kesungguhan yang tinggi. Nabi Musa terus bertanya kepada mereka dan mereka menjawab:
“Kami termasuk umat tuan, kami telah beribadah kepada Allah SWT disini semenjak 70 tahun dengan kekhusyukan yang sesungguhnya. Pakaian kami adalah kesabaran, dan makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan di bumi, sedangkan minuman kami adalah air hujan.”
Melihat itu Nabi Musa as merasa senang. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya:
“Hai Musa, ada satu hari untuk umat Muhammad, yang solat dua rakaat pada hari itu lebih utama daripada ini semua. Tuhanku, hari apakah itu? Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya hari itu adalah hari jumaat.”
Hari jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu segala hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Labahah bin Abdul Munzir ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari jumaat itu ialah kepala sekalian hari yang terbesar disisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)
IKLAN
4.TERPELIHARA DARI FITNAH KUBUR
Orang-orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis dinyatakan:
Dari Abdullah bin Amr ra.dari Nabi SAW beliau bersabda:
“Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
5. BAIK UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: “Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.
Jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti cuti sekolah, hari Ahad serta hari yang dirasa sesuai untuk mengadakannya. Namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari Jumaat. Sebahagian ulama mengatakan; Telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu:
IKLAN
*Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa
*Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha
*Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa
*Pernikahan antara Nabi Sulaiman as.dengan Puteri Balqis
*Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
*Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
*Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=wjCfPZ3nhr4
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mungkin ada di antara kita yang mempunyai keinginan untuk mewarnakan rambut. Namun, mungkin kita musykil atau keliru mengenai hukumnya dari segi Islam. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak. Jadi yang mana satu ya?
Bagi menjawab persoalan ini, perkongsian Iman Danial @dr_mandan di twitter mungkin boleh merungkai kekeliruan mengenai mewarnakan atau dye inai rambut ini. Mari kita lihat perkongsiannya.
Pada mulanya, hukum asalnya ialah harus.
Asalnya mewarnakan rambut dengan warna hitam tidak boleh.
Takut menimbulkan fitnah kepada masyarakat.
Bolehkah warna rambut selain dengan inai dan katam ?
Sahkah wudhu dan mandi wajib jika dye rambut?
Wanita dapat pahala jika mewarnakan rambut jika suami mereka sukakannya.
Untuk lelaki, pilihlah warna yang berpada dan tidak aneh.
Dilarang jika menimbulkan fitnah.
Perkongsian ini bukan untuk mempromosikan dye rambut tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan.
Jangan buat sesuatu hingga menjatuhkan fitnah.
Harus memikirkan persepsi dan pandangan masyarakat sebelum membuat sesuatu perkara.
Diharap perkongsian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda anda. Sama-samalah kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik dan ke jalan yang diredhai Allah.
sumber foto :Jazeerat El Rahah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anak sulung Kris Dayanti hasil perkongsian hidup sebelum ini bersama Anang, Aurel Hermansyah kelihatan anggun berhijab sebaik sahaja bergelar isteri kepada personaliti media sosial terkenal, Atta Halilintar.
Aurel yang berusia 23 tahun menikahi Hatta pada 3 April tahun ini dalam di Hotel Raffles, Jakarta dalam majlis penuh gilang gemilang.
Perubahan penampilannya itu mula ditonjolkan sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Manis dlam balutan busana yang lebih sopan dan berhijab, stail terbaharu personaliti mendapat sambutan baik dari para peminat dan juga warganet. Orang yang paling gembira mestilah suaminya sendiri.
Mengikut jejak langkah ibu dan bapanya dalam bidang seni, Aurel mula merakamkan lagu pada usia 12 tahun pada tahun 2012. Seminggu lalu dia tampil berduet dengan suaminya dalam sebuah lagu berkonsepkan keagamaan bertajuk takbir, sehingga kini video muzik lagu tersebut telah mencapai lebih 1.9 juta tontonan.
Khabar terbaru tentang Aurel, dia baru sahaja mengalami keguguran kandungan yang teruk sehingga menyebabkan dia perlu berehat sepenuhnya di atas katil.
Perkara itu diumumkan sendiri pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka. Dalam satu hantaran lain pula, kelihatan Aurel terbaring lemah di atas katil sambil ditemani oleh ibunya. Semoga Aurel segera pulih dan kembali bersemangat.
Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan? Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk & As-Sajadah
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. Insya-Allah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.