Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stres. Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan tetap seperti sebelumnya.

Tiada semangat atau hilang keyakinan diri bila berat badan naik? Maka sebab itulah kita tidak boleh hanya berpeluh tubuh sahaja. Usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang ideal.


Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. Apabila berat badan naik tanpa dapat dikawal, sudah tentu seseorang itu akan berasa kurang selesa. Stamina pun semakin berkurang dan paling ditakuti apabila berat badan sudah berlebihan, penyakit pun mudah ‘mendekati.’

IKLAN

Bagi mereka yang ingin dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan, ini perkongsian yang boleh dijadikan panduan.

LIMA Kebenaran Pahit Dalam Menurunkan Berat Badan Dan Mengubah Gaya Hidup
.
1) Anda tidak akan dapat mengubah hidup anda dalam sekelip mata atau beberapa minggu. Logiknya, ia perlukan try and error dan sabar dalam mendapatkan tabiat pemakanan atau gaya hidup yang baru.
.
2) Bersenam dan berdiet secara ektrem tidak akan mengubah hidup anda selamanya. Ia hanya sementara. Pilih senaman yang berintensiti rendah, sederhana dan tinggi secara bergilir-gilir serta pemakanan yang simple tapi lengkap.

IKLAN


3) Mengubah gaya hidup bermula dari tidur yang cukup dan persediaan rapi, bukan hentam kromo setiap hari. Anda akan mendapati, amat susah mengubah gaya hidup sekarang jika selalu tidak cukup tidur malam kerana manusia lebih rasional bila cukup tidur ( 6-8 jam). Persediaan awal amat penting untuk hari esok.
.
4) Ubat kurus atau fat burner bukan penyelesaian. Ia hanya satu method yang memberi kesan 1% dalam proses menurunkan berat badan. 99% lagi adalah pemakanan, senaman dan gaya hidup termasuk tidur yang cukup, stress yang dikawal dengan baik dan hidrasi badan yang bagus.


5) Rehat yang cukup adalah salah satu strategi menurunkan berat badan. Berehat selepas 2-3 hari bersenam kerana keseimbangan hidup sangat penting. Masa dengan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan sangat penting juga. Create a balance life, man!

IKLAN

Tiada kehidupan manusia yang sempurna. Terimalah hakikat itu. Anda hanya perlu lebih bersabar dan buat benda yang betul. Setiap hari cari perkara yang boleh anda tingkatkan dalam hidup dari mana-mana aspek kehidupan. Seimbangkan untuk diri sendiri, masa untuk keluarga, agama, kerja, sosial, dan kesihatan.

Sumber kredit: Dietitian Mohd Khairul Azuan