Lumrah setiap wanita mahu memiliki tubuh yang langsing, ramping dan menawan. Pelbagai usaha akan dilakukan demi mendapatkan tubuh idaman. Maklumlah, perempuan ini banyak benda yang diidamkan. Apabila badan dah mula naik, mulalah kelam-kabut dan mencuba pelbagai jenis diet.

Sekiranya anda mahu berdiet, apa kata cuba lakukan diet rendah kalori yang dilakukan oleh gadis bernama Kak Xara ini. Menariknya, gadis ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 10KG, dari 56 kg kepada 46 kg setelah melakukan diet ini.

Ikuti perkongsian Kak Xara ini. Semoga ia bermanfaat dan memberi motivasi buat hijabi yang bertekad untuk menguruskan badan.

Hai hampaaa.. 
Kak Xara nak share macam mana Kak Xara turun berat daripada 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak da la diet mana pon sebab Kak Xara tak boleh dok kalau tak makan nasik. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasi.

Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI. Kalau nak buat diet ni, hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari. Cara nak kira Kak Xara letak kat bawah. Make sure tengok gambar sampai habis tau sebab hampa kena kira kalori kalau nak buat ni.

IKLAN

Diet ni cadangan hampa makan nasi dari beras perang tu tp Kak Xara tibai ja nasi putih tu. Tak bnyk la makan. Lauk tu lagi banyak dari nasi la. Sayur benda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara makan.

JANGAN SKIP SARAPAN

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda.

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasi lemak 3 bungkus.

SAY NO TO MAKAN MALAM

Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus. Kalau nk makan berat sikit, hampa makan sebelum pukul 8. Lepas pukul 8, makan untuk kunyah-kunyah manja je. Macam epal hijau.

IKLAN

SAY NO TO MINUMAN MANIS

Ingat taw.. jangan minum minuman manis.. Satu gram gula memberi empat kilokalori kepada tubuh manusia. Kalori dan gula yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak di dalam tubuh kita. Akibatnya, boleh menyebabkan seseorang menjadi obes.

Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis. Dah dekat setahun Kak Xara minum air kosong je. Tapi kadang-kadang ada juga tersedut air manis sikit. Sikit je, tak banyak pastu insaf sat. Hehe

SAY NO TO ICE

Ni rahsia klau nk perut kempis..

Yang ni betul-betul. Dulu Kak Xara kalau pergi kedai makan, wajib order ais 1 cawan asing sebab seronok dok gigit ais. Nikmat weyh. Tapi semenjak perut ke depan, buat sit up pun tak menjadi, Kak Xara stop amik ais. Serius wey menjadi.

Perut kempis (ada yang kata ais tak menggemukkan tapi Kak Xara tak ambil ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. Sebab dua-dua ni macam combo. Wajib! Siapa nak, minum air sirap tak bubuh ais. So ni salah satu cara nak elak minuman manis.)

TEH HIJAU 

Teh hijau ni lps hampa minum.. Hampas dia tu jangan buang taw.. Nnti Kak Xara ajaq guna untuk muka..

Kak Xara minum teh hijau tau hampa. Jangan gatal tambah gula pulak. Kejap lagi, rasa-rasa pahit sikit, dok buat rajin tambah gula pula. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak.

IKLAN

SENAMAN 

 

Daily Calorie Requirements (DCR) = Nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

Hampa buat la senaman sikit-sikit. Kalau rasa malas nak keluar rumah, hampa tengok je YouTube. Buat la tabata ke zumba sorang-sorang kat rumah. Kalau rumah dua tingkat, naik turun tangga tu. Tak payah lama-lama. Kejap pun jadi la, janji buat. Kak Xara dulu dok pergi zumba. Kadang-kadang 3 kali seminggu.

Bab-bab makan Kak Xara boleh cakap pasal tu je sebab Kak Xara pun terumbang-ambing lagi. Point dia Kak Xara nak ajar cara kira kalori yang perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan.

Tambahan Kak Xara tunjuk apps yang hampa boleh download untuk kira kalori hampa dengan hampa makan apa pun dia kira sekali. Best kan?

SUMBER: Facebook Kak Xara

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI