
Penjagaan rambut bermula daripada kulit kepala hingga ke hujung rambut, kerana ia ibarat mahkota yang tidak ternilai, tidak kira wanita mahupun lelaki. Ini kerana rambut memerlukan penjagaan konsisten termasuk bahagian kulit kepala yang terlindung di sebalik helaian rambut.
Masalah kelemumur berkuping sering kali terjadi. Walaupun masalah kelemumur tidak boleh berjangkit dan tidak merbahaya, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat dan dipantau dengan betul ia boleh mengganggu penampilan seseorang individu dan boleh menyebabkan rasa rendah diri.
Bagi menyelesaikan masalah kelemumur selalunya ramai yang menggunakan syampu anti kelemumur. Namun masalah kelemumur masih juga belum reda. Ingat ya, jangan menggaru kulit kepala secara agresif kerana tindakan terbabit akan mengakibatkan masalah kelumumur menjadi semakin teruk.
PETUA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT
Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. Caranya mudah sahaja;
- Ambil 10 helai daun limau purut.
2. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
3. Kalau rajin, boleh sahaja tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Anda boleh mesin juga ye menggunakan mesin pengisar tapi agak-agak airnya, jangan terlalu cair.
5. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
6. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
NOTA: Amalkan selalu nescaya anda akan dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!
Sumber kredit: Leha Yusof
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jangan Lembapkan Bibir Guna Air Liur. Ada Ssebabnya! Jom Kita Cuba 6 Cara Ni

Kita selalu gemar menjilat bibir yang kering bagi mengelakkan bibir kelihatan merekah hingga ia menjadi lebih teruk. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas atau sejuk terutama sekali bagi mereka yang bekerja dalam kawasan berhawa dingin.
Mungkin ramai yang menyangka dengan menjilat bibir ianya mampu menjadikan bibir kita lebih lembap, tapi sebenarnya tidak. Bahkan ia akan memburukkan lagi bibir kita, kerana air liur kita mengandungi enzim pencernaan termasuk amilase dan maltase yang menjadikan kulit bibir nipis serta lebih terdedah kepada alam sekitar seperti udara kering. Bibir bahagian penting yang tak boleh kering, oleh itu mari kita cuba mengatasinya dengan cara ini.
MENGATASI BIBIR YANG KERING
1. LIP BALM – Kita seringkkali akan pilih lip balm yang bermacam-macam perisa yang kita minat tapi sebenarnya ia tidak bagus kerana akan merangsang kita untuk menjilatinya. Lebih baik memilih lip balm tanpa tambahan rasa. Oleh itu, hati-hati memilih lipstik, jika tidak menyebabkan iritasi, serta membuat bibir kering dan pecah-pecah.
2. TOMATO – Berguna untuk kesihatan dan juga kecantikan. Selain itu tomata juga boleh digunakan untuk mengatasi bibir kering. Tomato kaya akan vitamin C sehingga kandungan dalam tomato itu boleh mengatasi bibir kering sebab vitamin C bisa digunakan untuk melembabkan bibir.
3. MADU – Ia boleh digunakan untuk mengatasi bibir kering untuk melembabkan kulit dan juga mencerahkan kulti. Madu tidak hanya bermanfaat untuk mengatasi bibir kering saja namun madu bermanfaat untuk melembabkan bibir dan juga memerahkan bibir.
4. MENTEGA – Jangan sangka mentega yang selalu kita buat untuk makanan juga mampu membuat bibir kita lembab, kerana ia kandungannya asam lemak yang ada di mentega itu bermanfaat untuk membuat bibir menjadi lembab. Insya Allah mentega mampu melembabkan bibir yang kering.
5. MINYAK KELAPA – Cara lainnya untuk mengatasi bibir yang kering adalah anda bisa menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa ini sangat bermanfaat untuk bibir anda dikeranakan ia mampu melembabkan bibir.
6. LIDAH BUAYA – Selama ini dipercaya memiliki khasiat untuk kecantikan dan juga untuk kesihatan, sebagai contoh untuk pelebat rambut, penghitam rambut dan penghilang rambut bontak. Tapi ia juga boleh digunakan sebagai penghilang bibir kering.
Suntik Vitamin C Boleh Menyebabkan Air Kencing Berasid. Hentikan Sekarang!

Wanita dan kecantikan semestinya tidak dapat dipisahkan. Lumrah wanita juga sangat obses dengan kecantikan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk usaha kekal nampak cantik. Seperti kita tahu trend yang hangat masa kini adalah suntikan vitamin C.
Kebanyakan pengguna mengambil remeh tentang kandungan sesuatu produk yang menjadi ikutan. Letak sahaja barangan atau produk kecantikan di negara ini, pasti laku. Banyak wanita ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat apabila memakai sesuatu produk itu. Tidak dinafikan suntikan Vitamin C sangat popular kerana masih ramai golongan beranggapan kulit putih itu cantik. Ada juga yang taksub untuk kelihatan cerah sampai tidak memikirkan kesan jangka masa panjang.
Apa itu Vitamin C?
Seperti yang anda tahu, Vitamin C adalah nutrien penting di dalam makanan. Vitamin C mempunyai banyak peranan dan fungsi penting untuk imun tubuh. termasuklah untuk proses penyembuhan luka, mencegah daripada kerosakan sel, membina kolagen dan juga boleh menghasilkan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Selain itu, Vitamin C juga boleh didapati makanan seperti buah Citrus, Brokoli, Strawberi, Brussels. Vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk tablet oral atau tablet yang boleh dikunyah.
Artikel Berkaitan: ‘Mood Off’ Tanda Badan Kurang Vitamin C, Pakar Saran Faham 6 Manfaat Lain Yang Mengejutkan.
Kesan suntik Vitamin C.
Tahukah anda bahawa suntikan vitamin C merupakan salah satu kaedah yang dianggap cukup berkesan untuk mendapatkan nutrisi dan vitamin yang mencukupi. Tambahan pula, apabila seseorang itu sedang menajalani proses pemulihan, luka mulut dan sakit. Bagi keadaan sebegini, suntikan vitamin C sangat membantu jika mengikut cara yang betul.
Walau bagaimanapun, risiko menyuntik vitamin C ini mempunyai kesan sampingan. Suntikan vitamin C melebihi dari 30 gram boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipertensi.
Prehypertension merupakan keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan darah yang tinggi tetapi masih dalam jumlah yang normal. Selain itu, berlebihan vitamin C dalam badan juga akan menyebabkan seseorang itu berasa loya, muntah, sakit kepala dan insomnia.
Risiko daripada suntikan vitamin C
Jika anda ingin membuat suntikan vitamin C pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui berapa dos yang perlu diambil. Supaya anda dapat mengetahui risiko apa yang akan berlaku. Selain itu vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi yang dimakan oleh kita. Akan tetapi, sekiranya berlebihan dan anda mempunyai anemia ia akan menyebabkan risiko hemolisis.
Hemolisis adalah kerosakan sel darah merah yang menyebabkan pelepasan haemoglobin dan komponen lainnya ke dalam cairan di sekitarnya.
Artikel Berkaitan: Amalkan Makan Vitamin C Setiap Hari Kalau Nak Kulit Cantik Lagi Flawless!
Terlebih suntik vitamin C juga akan menyebabkan kencing anda berasid. Ini akan menyebabkan ubat-ubatan yang diambil akan kurang keberkesanannya dan menyebabkan peningkatan dari segi kesan sampingannya.
Akhir kata, tidak salah untuk anda ingin menjadi cantik tetapi jangan sehingga memudaratkan diri. Jadilah individu yang bijak dan sekiranya anda mempunyai keraguan pergilah jumpa dengan doktor atau pakar agar tiada kesan buruk yang terjadi. Anda juga dapat mengetahui berapa dos yang diperlukan buat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jangan Malas Buat Peeling Pada Kulit Wajah, Barulah Kulit Glowing, Flawless & Tak Nampak Kusam

Siapa yang tidak menginginkan kulit yang sihat, licin dan selembut sutera? Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat, bebas jerawat, jeragat dan sebagainya, anda perlulah rajin membelai kulit wajah secara konsisten.
Tidak dapat dinafikan bukan semua orang bertuah dikurniakan kulit sihat, bermaya dan mulus tanpa jerawat, jeragat mahupun masalah kulit lain yang merimaskan. Oleh sebab itulah kita perlu rajin melakukan perawatan kulit wajah agar kulit wajah kekal sihat dan berseri.

Antara perawatan kulit wajah yang penting uintuk menaikkan seri kulit wajah ialah rawatan pengelupasan kulit wajah. Tujuan pengelupasan kulit ialah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Jika sel-sel kulit mati ini masih menempel maka kesannya kulit akan kelihatan kusam dan kelihatan tidak bermaya.
Apabila kulit wajah tidak dilakukan proses pengelupasan maka ia akan menyebabkan terjadinya garis-garis halus, jerawat, perubahan warna kulit dan banyak lagi. Berikut kesan-kesan yang berlaku jika kita tidak melakukan proses pengelupasan kulit wajah.
MENCEGAH JERAWAT
Manfaat pengelupasan kulit wajah ialah untuk membantu mengatasi jerawat kerana ia boleh menurunkan pH kulit serta menyingkirkan bakteria pada kulit wajah. Pengelupasan kulit wajah juga membantu membersihkan kotoran kulit sehingga menyebabkan kulit lebih sihat dengan pori-pori kulit wajah yang tidak tersumbat.

KULIT LEBIH SIHAT, BERSIH DAN BERSERI
Manfaat pengelupasan wajah juga menjadikan kulit wajah tampil lebih sihat dan berseri.
Memang jelas berbeza kulit wajah yang dilakukan proses pengelupasan dengan yang tidak. Kulit kelihatan kusam, pucat dan kelihatan tidak berseri berbanding kulit wajah yang konsisten dengan pengelupasan.
SUPAYA PRODUK-PRODUK LAIN YANG DIPAKAI LEBIH BERKESAN PADA KULIT
Apabila sel-sel kulit mati dapat disingkirkan pada kulit wajah maka segala produk perawatan kulit wajah yang dipakai selepas itu akan lebih mudah meresap ke dalam lapisan kulit wajah. Ia membantu produk lain yang anda pakai pada kulit anda menembusi lebih dalam.

MEMINIMUMKAN KEROSAKAN KULIT AKIBAT SELARAN CAHAYA MATAHARI DAN HIPERPIGMENTASI
Pendedahan kulit wajah pada sinar cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah. Proses pengelupasan menjadikan kulit wajah memulihkan kembali kulit wajah yang rosak. Bagi mereka yang mengalami masalah pigmentasi, proses pengelupasan amat membantu memulihkan kembali keadaan kulit wajah. Hasilnya kulit kelihatan lebih rata dan lebih muda.

MENGHALUSKAN GARIS-GARIS HALUS DAN KEDUTAN
Pengelupasan kulit wajah juga akan membantu untuk menghaluskan garis-garis halus pada kulit wajah. Ia juga turut membantu untuk memudarkan serta menghilangkan kedutan pada kulit wajah secara perlahan-lahan.
HIJABISTA: Proses pengelupasan mampu menghasilkan kulit baru yang bebas kusam dan menjadikan wajah lebih cerah dan berseri secara semula jadi.
Sumber kredit: Top image: Photo by Polina Kovaleva from Pexels Canva