Setiap gadis itu pastinya menginginkan kulit yang lembut, halus dan licin ibarat kaca katanya! Tipulah siapa yang kata tak mahu itu. Mesti kita berangan nak kulit yang cantik sebegitu tatkala melihat artis Korea. Bersih sangat kulit mereka!

Hijabi juga boleh mendapatkan kulit sebegitu jika rajin mengikut rutinnya. Hanya ikut sahaja beberapa langkah mudah yang dikongsikan oleh Fatinamalina Rahman ini, insyaAllah akan dapat hasilnya seperti yang dimahukan.

Ala-ala korea skincare routine – glass skin tak berapa nak glass [khas utk Kulit kering & sensitif]
Baru sempat nak share macamana nak dapat #geglowing macam Artis drama koleaaa sebab ramai PM apa lagi sis pakai. Noo sis tak mainlah produk pengelupasan Hope it helps okay!

Okay. Kunci nya ialah Hydration! Yup! Skin care routine ala Korea ni memang selalu mengutamakan hidrasi kulit which is a good thing, of course.
Sebab Fatin kulit super kering! So #teamkulitkering boleh cuba follow steps ni.
Sebelum tu, kite explain sikit kat chuols.. Kulit kering ni ada dua jenis
1. kurang air
2. kurang minyak semulajadi (Ni iols)
Duduk dalam aircond jugak punca kulit kering sebab badan produce less oil.
Bukti Kulit Tak cukup air/ minyak semulajadi:

1. Kulit jadi super sensitive
2. Cepat wrinkle
3. Kulit tegang jer lepas cuci
4. Kulit mengelupas
5. Inflammation

So #teamkulitkerings
Let’s start
Step 1: Oil Cleansing/ Oil makeup remover
1. Teknik ni dipanggil minyak menarik minyak. Oil based ni boleh angkat kotoran sisa minyak/ oil based makeup / impurities & pollution kat kulit. Tak la naik jerawat/ blackhead/ whitehead & segala skinhead kat muka. Fatin pernah pakai oil based makeup remover pun okay jer

IKLAN

2. Step 2: Normal Cleansing
Step ni baru pakai apa jenis pencuci muka yang korang duk pakai sekarang. Suggestion untuk #teamkulitkeringss : pakai jenis free-soap cleanser. Sabun type akan remove oil pada skin, kiter ni dah ler kering kontang.(Refer description gambar)

3. Toner & Essence(Optional): Kalau korea memang femes dengan toner. Ada banyak fungsi toner atau essence, cari yang fungsi normalize balik hydration and PH balance. Sila kaji sebelum beli. Jangan bazir.

4. Moisturizer paling penting. Ramai gegurl skip step ni. Jangan please. Moisturizer nak ganti dan lock hydration pd kulit kita.

IKLAN

5. SPF & base Apply SPF ataupon sunblock, pastu baru pakai make up. Sebab faktor utama kulit kusam dan jeragat adalah sebab tak pakai SPF kat muka.
Sebab Fatin tak pakai foundation, so Fatin apply Facebalm Vit E SPF 50 je. Sunscreen Fatin add up bila aktiviti luar je pagi masuk opis petang balik dalam aircond jadi malas (jangan follow)

6. Hydrating mist: Sebab skin Fatin power punya kering sampai crack la, Fatin apply hydrating mist. Sat-sat dalam aircond spray. Kihkih

IKLAN

7. Exfoliation (Compulsary twice a week) Yang ni sangat penting dalam rutin ala koleaa ni sebab punca skin kusam sebab kulit mati kita menebal kat kulit. Sebab tu lah pakai apa skincare pun tak berkesan. Boleh guna apa-apa jenama / khas untuk glowing.

Tu je. Ini yang kiter pakai wak. Wak tak payah follow produk pun takpe as long as steps hampir-hampir okay dah
Korang share la atau tag kengkawan #teamkulitkeringssss supaya dapat tips ni jugak!

kredit: facebook Fatinamalina Rahman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI