Sekarang ini, kita dapat saksikan ramai model beragama muslim yang semakin mendapat tempat dalam industri fesyen. Meskipun berhijab, hal tersebut tidak menjadi halangan buat mereka untuk menempa nama di persada antarabangsa. Berikut merupakan antara 5 model berhijab yang mendapat perhatian dunia:-

  1. Kadija Diawara

Kadija Diawara merupakan seorang model dari New York yang berketurunan Mesir-Malian. Dia membuat debut dalam dunia peragaan di Minggu Fesyen New York pada Februari tahun lalu untuk jenama Chromatand Maki Oh. Bukan hanya seorang model, Kadija juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang neurosains. Dalam sebuah temubual, dia mengakui dia memang meminati dunia perubatan, namun fesyen tetap menjadi sesuatu yang istimewa di hatinya.

2. Halima Aden

IKLAN

Halima Aden merupakan salah seorang model berhijab yang paling dikenali ketika ini. Model berdarah Somalia- Amerika merupakan model berhijab pertama yang berada di bawah naungan IMG Model. Dia telah melakukan peragaan untuk pelbagai jenama mewah seperti Yeezy Season 5, Max Mara dan Alberta Ferrettiand. Dia juga telah menjadi penghias kulit bagi majalah Allure, Vogue Arabia dan Glamour.

3. Mariah Idrissi

IKLAN

Model British, Mariah Idrissi yang juga seorang pengucap awam dan personaliti media sosial merupakan gadis berketurunan Morocco-Pakistan. Dia telah mecuri perhatian semua ketika kemunculannya dalam kempen H&M “Close the Loop” pada tahun 2015. Sebagai seorang aktivis kemanusiaan, dia juga menjadi jurucakap untuk kempen TEDxTeenin London pada tahun 2016. Mariah juga pernah tampil dalam majalah fesyen popular seperti Teen Vogur, Elle dan Marie Claire.

4. Shahira Yusuf

IKLAN

“Saya bukan Kendall Jenner tapi saya merupakan gadis berkulit hitam dari timur London yang akan menggegarkan industri peragaan.” -Itulah merupakan tweet yang pernah dimuat naik oleh Shahira Yusuf pada November 2017 yang lalu. Bagai mimpi jadi realiti, impiannya menjadi kenyataan sejak ‘diintai’ oleh Sarah Doukas yang juga telah mengangkat nama supermodel terkenal iaitu Kate Moss.

5. Ikran Abdi Omar

Model berbangsa Somalia, Ikran Abdi Omar telah melakukan peragaan untuk ‘London Modest Fashion Week’ sebelum kemunculan besarnya dalam industri ini pada pertunjukkan Molly Goddard FW18. Ikran yang dilahirkan di Sweden kini menetap di Bristol selepas bernaung di bawah London’s Booking, agensi pertama tempat Halima Aden bernaung. Dia juga telah berjaya tersenarai dalam Dazed 100th pada tahun lalu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI