Ramai di antara kita yang rasa malas nak ke kedai foto untuk mengambil gambar passport tambah-tambah lagi ketika wabak pandemik ini. Tapi sebenarnya ramai tak tahu yang kita sebenarnya boleh lakukannya di rumah tau. Syaratnya kena rajin saja!
Di twitter, Syaaza Balqis telah berkongsikan caranya membuat gambar passport dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon. Nak tahu macam mana? Jom kita lihat!
Dua aplikasi wajib yang perlu ada ialah Sketch & Eraser.
Hati-hati ya sewaktu memadamkan latar belakang gambar tersebut.
Jangan pilih warna latar lain pulak ye!
Tadaaa! Dah siap dah gambar passport Selena Gomez!
Eh belum lagi! Buka pula microsoft word dan susun gambar seperti ini.
Ok bila dah habis susun, bolehlah cetak gambar anda tersebut. Pilihlah glossy paper agar kualitinya sama seperti di kedai.
Senang je rupanya nak buat gambar passport ini. Banyak juga duit yang boleh dijimat. So, anda bolehlah cuba lakukannya di rumah. Nak ambil gambar banyak kali pun tiada masalah!
kredit: twitter @syaazabalqis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 6 Dekad Hidup Bersama, Ini Rupanya Rahsia ‘First Lady’ Tambat Hati PM Kesayangan, Tun Dr Mahathir
Jika semalam Perdana Menteri kesayangan kita Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke 94 tahun. Dan hari ini pula isteri kesayangannya Tun Dr Siti Hasmah pula yang menyambut hari kelahiran yang ke 93 tahun. Nampaknya pasangan ini sudah bersama sejak lebih enam dekad dan masih lagi dalam mood berkasih sayang.
Ini dapat dilihat dari foto yang dimuat turut dalam media massa di mana mereka sering dilihat berdua ke mana sahaja. Kasih sayang yang sudah dijalin sejak dulu masih lagi segar dan kekal berpanjangan hingga kini.
Pasangan ini yang sama-sama belajar dalam jurusan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya di Singapura telah dikurniakan tujuh orang anak, Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Dalam satu temubual dalam majalah keluarga First Lady ini memberitahu beliau juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak dan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Admin tertarik dengan satu posting yang dimuat naik dalam Instagram Official miliknya yang memaparkan foto lama ketika beliau dan Tun Dr Mahahtir. Dalam kapsyen tertulis
tundrdatinsitihasmah Berjayanya seorang lelaki kerana ada wanita disisinya
Ternyata pasangan ini sentiasa bersama dalam setiap episod suka dan duka mereka berdua sepanjang 63 tahun melayari hidup bersama.
Kita melihat Tun Dr Siti Hasmah sentiasa ada di sisi dan berada di belakang Tun Dr Mahathir dalam apa jua situasi dihadapi.
Sempena hari cukup istimewa ini Hijabista ucapkan selamat ulang tahun buat Tun Dr Siti Hasmah dan semoga beliau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dato’ Rizalman Ibrahim Ambil Keputusan Drastik ‘Total Lockdown’ Untuk Syarikatnya Sendiri!
Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Sumber gambar: Instagram Dato’ Rizalman Ibrahim.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 BE’S Ini Jadi KEKUATAN Neelofa Untuk Mencipta KEJAYAAN & Menepis Segala KECAMAN
10 Be’s yang diperkenalkan oleh Neelofa merupakan inspirasi yang menggambarkan wanita berjaya. Bertunjangkan dengan 10 Be’s ini jugalah Neelofa berdiri, terus maju dan ‘no turning back’. 10 Be’s itu adalah Be Extravanganza, Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraodinary, Be Grounded, Be fashionable, Be Adventurous, Be Bold dan Be Sparkly.
Dengan tagline ‘I Wanna Have Fun’, pengasas Naelofar Hijab, Neelofa, telah mengakhiri usianya yang ke-29 dengan menyambutnya bersama media, peminat, ahli keluarga dan stokis.
Koleksi Terbaru
Setiap tahun, Neelofa akan mengeluarkan koleksi khas sempena hari jadi beliau pada 10 Februari ini. Pastinya para pengikut setia tudung Naelofar tidak sabar menantikan koleksi terbaru ini. Jika sebelum ini koleksi tudungnya diberi nama Lady Love, Lady Lofa dan Miss Lofa, untuk tahun 2018, koleksi terbarunya digelar ‘Be Lofa’.
Tiga rekaan terbaru ini direka seiring dengan trend masa kini dan buat julung kalinya, Naelofar Hijab melancarkan rekaan turban yang pertama iaitu ‘Be Lofa Turban’. Menariknya, turban ini diperbuat daripada kain cotton bermutu tinggi. Menepis segala sangkaan umum, Be Lofa Turban masih melindungi rambut hijabi dan didatangkan dengan 51 pilihan warna yang dijual pada harga RM73.
Gaya #OOTD dan hijab Neelofa dalam drama bersiri ‘TiamoSweetHeart100hari’ telah membuatkan hijabi tertanya-tanya dan tidak sabar untuk memiliki koleksi terbaru itu. Ternyata drama bersiri ini memberikan impak yang besar walaupun masih belum disiarkan di kaca televisyen. Difahamkan bahawa drama ini menuntut Neelofa untuk bersiap dengan cepat dan mudah. Maka, terhasillah koleksi yang dinamakan ‘Be Lofa Shawl’.
Be Lofa Shawl mempertaruhkan fabrik terbaru sutera chiffon sebagai fabrik utama dan melambangkan gaya elegan, mewah, minimal dan lembut sinonim dengan Neelofa.
Perubahan Gaya Menjadi Kecaman
Bersedia menerima kritikan dan apa pun pandangan semua, Alhamdulilah Neelofa menerimanya dengan positif walaupun ada di antara netizen yang tidak menggemari gaya hijab terbarunya. Fesyen perlu dikembangkan di serata dunia, begitu juga dengan koleksi Naelofar Hijab. Perlu ada perubahan yang setara yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.
TiamoSweetHeart100hari
Gandingan hebat Neelofa dan Zul Ariffin di dalam drama bersiri TiamoSweetHeart100Hari ternyata memberi impak yang besar. Ramai netizen mempertikaikan kemesraan watak mereka. Malah, ada pihak yang tidak senang dan tidak setuju dengan apa yang Neelofa lakonkan. Menepis segala sangkaan ini, Neelofa berkata, “Memang kami mesra seperti di dalam babak yang ada tetapi tiada langsung sentuhan di antara kulit ke kulit dan kebanyakannya adalah camera trick“.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI