Rambut yang lebat, lembut, kilat dan sihat memang menjadi idaman semua. Siapa yang mahu rambut yang nipis kan lebih-lebih lagi sewaktu usia masih muda ini. Oleh itu, penjagaan rambut ini perlulah dimulakan dari sekarang tidak kiralah sama ada anda berhijab ataupun tidak.

Eka Farinna telah berkongsikan caranya bagi mendapat rambut yang lebat dan cantik di Facebook yang telah mendapat hampir 14 ribu shares daripada orang ramai.

Dulunya mengalami keguguran rambut yang teruk…

– TAK KENAL MAKA TAK CINTA –

RAMBUT ANDA KEGUGURAN & BERKELEMUMUR?? Gunalah SEBORIN HAIR TONIC !!!

Serious Eka menyesal sebab lambat kenal produk ni. Ok ni Eka nak share kebaikan produk yg ohsem abad. Cewah ayat have2 sangat ? Betul Eka tak kan share kalau benda ni tak bagus. Bukan senang Eka nak review tulis panjang2 ni. Anda ingat saya ada masa untuk benda ni semua? Bukan dapat payment pun. Hahaha ? Niat Eka nak share dengan kawan2 semua yang ada masalah sama.

Nak dijadikan cerita, dah hampir 5 tahun Eka menderita keguguran rambut yg agak teruk + berkelemumur tambah2 lepas bersalin anak pertama. Eka jadi stress dengan masalah rambut ni. Dulu muka dah elok dari breakout, mai rambut gila hang setiap kali sikat rambut luruh banyak, sisir dengan tangan pun luruh, buka getah rambut pun penuh kat getah, bila bangun tidur tengok atas bantal pun banyak rambut gugur. 

Rambut gugur segenggam di bilik air.

MasyaAllah tu tak kira lagi bila kita shampoo dan bilas2 rambut tudia segenggam kat tangan penuh kat bilik air. Husband Eka pun naik stress & geram kat mana2 ada rambut. Atas lantai, kain baju, kadang kat makanan pun ada. Sumpah eka memang tak boleh control. Campur dengan kelemumur punya la banyak jatuh yang putih2 tu.Sampai dia tanya la isteri dia ni ada sakit cancer ka?? Eka dah cuba macam2 jenis shampoo, conditioner & vitamin rambut tapi sama juga masalah tak selesai. Eka memang rambut panjang sampai pinggang bila luruh hari2 memang nampak makin nipis dah. Siap nampak botak sikit kat tengah. Oh tidak !! ??

IKLAN

Last2 sekali memang eka malas nak ambil tau dah pasal rambut ni. Eka hari2 just sanggul tinggi macam tu ja sampai 1 tahap tak bersikat weh sebab takut luruh banyak lagi. Aku pun dah jadi macam ala2 nenek kebayan lagi sebab dah tak boleh gerbang2 rambut ala2 wanita ayu gitu ? Haha hampa jangan gelak, ingat lagi tahun lepas gara2 xjaga rambut, rambut jadi bersimpul tak boleh sikat + first time mai kutu kot mana pulak dah. Haru sungguh tak pasal2 beli ubat kutu kat farmasi pakai. Laki aku punya marah la sebab takut anak2 berjangkit kutu pulak ?

Ok lepas kejadian tu eka dah jumpa shampoo yang agak serasi dengan Eka. Gambar shampoo ada Eka share kat bawah lepas Eka dah buat research sikit2. Eka buat keputusan dah tak nak pakai dah shampoo yang ada bahan Parabens, Silicone & Sulphates (Dalam conditioner mmg akan ada banyak bahan tu sebab rambut kita jadi lembut & licin gila) antara penyebab rambut gugur, sebab akan buat kulit kepala kita jadi berminyak. Shampoo yg bebas bahan ni semua kalau korang nak tau memang buih tak akan ada banyak & tak wangi sangat pun. So bila pakai shampoo ni jadi berkurang la sikit rambut gugur lebih ok dari sebelum tu memang banyak..memang nampak la kesan dia.
.
Tapi kan Eka macam biasa la agak susah hati sebab rambut dah tak lebat macam dulu lagi. Duk ingat tak sampai tua satgi rambut dah tak dak apa..huhu ? Sampai la 3 bulan lepas, Eka ada jumpa kawan Eka di kelas duduk sebelah, dia free hair rambut elok tebal siap colour2 gitu. Tanya dia pakai apa kat rambut. Terus dia bagitau dia spray2 tonic hair Seborin ni saja kat kulit kepala. Sebab salun rambut yg dia pergi tu pun suggest pakai yg ni. Lagipun memang dari pengeluar brand famous produk rambut kan SCHWARZKOPZ ni. 
.
Tapi eka mula macam tak percaya kat kawan ni sebab takut sembang ja lebih. Balik tu cepat2 search cari review. Rupanya aku ni ketinggalan la eh bab2 tonic rambut ni. Haha alhamdulillah semua review Eka jumpa semua positif kata bagus. Memang sesuai sangat la macam kita yang berhijab ni suka berpeluh. Nak beli kat mana tonic ni?? Hanya ada jual kat Watson saja. Kat Guardian tanya dah memang tak jual. Tempat lain tak sure sebab ni import dari German.
.
Eka dah cuba selama 2 bulan lebih dah. Amazing woww dah tak ada rambut gugur lagi (gugur sehelai dua tu normal la) dah tak ada rambut kelumumur, dan anak rambut tumbuh dengan cepat & jayanya, lepas pakai ni uollss jangan risau rambut akan lebat gila.Then akan protect kulit kepala kita. 
.
Ok cara nak guna boleh tengok kat gambar. Kalau rasa bermanfaat boleh share @ tag post ni dengan rakan2 yg mengalami masalah yang sama. Eka tak jual tau tonic ni. Boleh beli sendiri kat Watson tapi tak semua watson yang masuk tonic ni. Rasanya watson yg besar2 saja. Ni pun Eka jenuh cari kat Watson belah seberang Penang semua cakap tak ada stok. Last2 Eka direct beli dari supplier yg import ni.

Terima kasih sudi baca tulisan Eka panjang2 ni. Kalau ada kawan2 yg dah guna tonic ni boleh share sekali pengalaman guna di komen.

Produk-produk yang telah digunakan oleh Eka.

IKLAN

Syampu yang menjadi pilihannya.

Kadang-kadang tukar syampu yang ini juga.

IKLAN

Vitamin rambut bagi menguatkannya!

kredit: facebook Eka Farinna

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI