Photo by destiawan nur agustra from Pexels Photo by STIL on Unsplash

Tiada manusia yang tidak teruja apabila datangnya waktu cuti. Pastinya semua ternanti-nanti saat tibanya waktu itu bagi merehatkan minda dan menerokai tempat baharu. Oh, seronoknya! Tetapi, sebelum itu pasti ada satu perkara yang hijabi rasa berat untuk melakukannya iaitu mengemas baju.

Saat mengemas rasa tidak kena apabila muatan terlebih dan sebagainya. Usah khuatir hijabi! Ikuti trik ini untuk sesi mengemas yang mudah.

  1. Gulungkan baju, jangan lipat

Gulungkan baju anda seperti gulungan kek untuk mengelakkannya kedut. Sememangnya cara ini pantas dan menjimatkan ruang dalam beg anda.

IKLAN
Photo by Liza Summer from Pexels
  1. Susun bra secara bertingkat

Susun atur bra anda seperti sebuah menara. Seluar dalam juga boleh diselitkan di celah-celahnya.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels
  1. Balut kasut dengan shower cap atau shoe bags

Tidak syoklah jadinya jika kasut kotor terkena baju bersih. Bukan hanya kotoran, malah bau juga boleh melekat. Oleh itu, simpan kasut anda dalam shower cap atau shoe bags bagi mengasingkannya.

IKLAN
Photo by Anna Shvets from Pexels
  1. Bawa 2 baju untuk setiap helai seluar

Kebiasaannya kita pasti mengulang pakai seluar yang dibawa. Bagi mengelak terlebih muatan, lipat dua helai baju yang berlainan jenis seperti t-shirt atau blaus untuk setiap helaian seluar yang dibawa. Seeloknya bawa sehelai jeans berwarna cerah dan gelap untuk suaikannya.

IKLAN

  1. Simpan barang kelengkapan peribadi dalam beg lutsinar

Cara penyimpanan sebegini buatkan anda senang mencari dan mengenal pasti jika ada barang yang hilang tanpa perlu bersusah payah membuka beg tersebut.

Photo by Sarah Chai from Pexels