
Malaysia mencatatkan kematian pertama akibat koronavirus baharu (Covid-19) hari ini.
Mangsa itu seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak berusia 60 tahun yang disahkan meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.
“Seramai 193 kontak rapat mangsa sedang dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin.
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 17 March 2020
Menurutnya, kesemua mereka kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.
“Sebanyak 35 orang diletakkan di bawah pesakit pengesanan kes yang disyaki (PUI) manakala 204 pesakit masih lagi menunggu keputusan ujian darah.
“Setakat ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak di kesan di bawah empat kluster iaitu kluster Sri Petaling, Gereja Kuching, Sarikei dan satu di Kuching,” katanya.
Sumber kredit: Harian Metro dan Sinar Harian
Obses Cantik Dengan ‘Filler’ Dan Rawatan ‘V-Shape’ Hingga Ubah Ciptaan Allah, Ini Hukumnya!

Kebelakangan ini, banyak kita lihat iklan-iklan kecantikan yang menawarkan rawatan kecantikan sehingga mengubah ciptaan asal dari Allah SWT, malah perkara ini seakan trend yang semakin diterima oleh masyarakat termasuk di kalangan wanita Islam.
Malah, trend rawatan kecantikan seperti Filler bibir dan hidung, rawatan peruncingan bentuk dagu V (V shape treatment) serta rawatan pemutihan kulit secara suntikan ini kian rancak dan sering dikongsikan di laman sosial.
Tapi tahukah hijabi, apakah hukum sebenar jika kita terlalu taksub atau obses untuk cantik sehingga mengambil rawatan yang boleh mengubah ciptaan yang maha esa.
Ubah Bentuk Wajah Melalui Kaedah Moden? Ini Hukumnya!
Tak sanggup berdiam diri melihat kebatilan dan kemungkaran yang terus menerus membelenggu masyarakat khususnya umat Islam. Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran dan peringatan menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
“Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden.
“Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung dan lain-lain tanpa mengambil peduli tentang hukum yang digariskan oleh agama.
“Mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Hukumnya adalah haram,” tegas Asma’.
Artikel berkaitan: Ustazah Asma Harun Juga Pergi Facial, Sudah Dididik Dari Zaman Remaja. Bukan Membazir!
Mengulas isu sama, Asma’ turut memohon orang ramau agar berhenti bersubahat dengan menyebarkan tentang perkara tersebut, sehingga menarik minat mahupun memberi pengaruh buruk kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata pengikut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila akhirnya ada golongan agamawan yang bersuara dan menjelaskan kekeliruan berhubung perkara ini.
Malah, perkongsian ustazah mengenai isu ini dilihat sangat berguna dan rata-ratanya berharap dapat perkongsian ini memberi manfaat dan menyedarkan umat Islam agar lebih cakna dan tidak keterlaluan dalam mengejar kecantikan hingga ada yang tergamak menggunakan alasan untuk suami sebagai ‘tiket’ untuk mengubah paras rupa.
Sumber: Instagram Ustazah Asma Harun
Artikel berkaitan: Pamer Adegan ‘Panas’ Dalam Video Promosi, Ustazah Asma’ Harun Nasihat Penggiat Seni Tempatan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Hilang 17.5 KG Lepas Tempoh 37 Hari Berpantang, Penampilan Terbaru Siti Nurhaliza Makin Langsing & Berseri-Seri

Kalau sebelum ini penyanyi Nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan beliau hilang14 kg. Dan kini setelah 37 hari berpantang, beliau sudah menurunkan berat badannya sebanyak 17.5 KG secara keseluruhannya. Malah penampilan terbaru Siti itu menampakkan beliau sudah semakin langsing seperti anak dara.
Apatah lagi, dengan hanya mengenakan blaus ringkas dengan tudung dililit ringkas serta berkaca mata dan solekan tipis menyerlahkan sisi comel penyanyi kesayangan ramai ini.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Sebaik selepas melahirkan baby Siti Aafiyah 1 Rejab lalu, Siti menghadkan aktiviti di luar dan beliau memang memberi sepenuh perhatian sepanjang sesi berpantang.
Lagi seminggu nampaknya Siti akan tamat tempoh berpantang tetapi penyanyi ini nyata masih belum berpuas hati dengan hasil penurunan berat badannya. Katanya di laman sosial instagram, beliau mahu turun banyak lagi, cuma tidak diberitahu jumlah target sebenar.
Kalau sebelum ini Siti mendedahkan rahsia cepat penurunan berat badannya adalah disebabkan beliau berjaga dan baby Siti Aafiyah yang kuat menyusu.
Netizen juga turut memuji penampilan terbaru Siti yang semakin cantik dan berseri-seri
@noorhaslindamhdpuatbeautiful!
@ekynzulkifliCantiknyaa Ctdk ni. Love u ♡♡♡
@lackateperfumeCantik
@ichantiqueinaCantik berseri2 dh dato seri @ctdk
@tie_awatiffTokti dah kurusssss. Cantikkkkk
@st.natasyaCantik nyeee
Sebelum ini Siti turut memuat turun gambar di mana beliau berterima kasih kepada dua orang individu yang bertanggungjawab menjaganya sepanjang tempoh berpantang.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Begitu juga dengan insan yang turut menjaga dirinya di rumah sejak hamil hinggalah sampai sekarang. Menurut Siti hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa dan kebaikan mereka.
Jadi kita tunggu selesai tempoh berpantang Siti dan lihat berapa agaknya penurunan kali ini. Apa pun semoga Siti terus gembira menikmati saat-saat sepanjang berpantang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK