Selama ini ramai yang takut untuk makan telur sebagai diet harian kerana dikatakan telur mengandungi kolestrol yang tinggi.

Walau bagaimanapun admin nak kongsi Diet Telur Rebus yang merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

Ahli Diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan pagi kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Telur rebus mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.

Selain itu, diet telur rebus sendiri juga  boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.

Cadangan Menu Sepanjang Tempoh 2 Minggu;

Isnin

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal

Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

Sarapan:  2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam

Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato

Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)

Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus

Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: Buah-buahan

Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang

Malam: Sayur stim

Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu

– Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.

– Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.

– Tidak makan makanan segera.

– Kurangkan pengambilan garam dan gula.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI