Kebanyakan wanita pastinya mahukan bentuk badan yang cantik lagi sihat. Sememangnya ada pelbagai cara yang boleh kita praktikkan untuk mendapatkan bentuk atau berat badan yang diidamkan. Pilih saja mana yang bersesuaian tapi ikutlah cara yang selamat. Bukan badan je jadi cantik, kulit juga flawless bila rajin amalkan jus detoks timun!
Salah satu cara yang boleh anda cuba untuk turunkan berat badan adalah dengan minum jus timun. Mudah sangat cara nak membuatnya. Jom kita lihat!
ARTIKEL BERKAITAN: Guna Timun & Daun Pudina, Jerawat Hilang, Kulit Anjal & Nampak Glowing
BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
2. Air (100ml) = 1 cawan
3. Gula anggaran dua sudu
CARA PENYEDIAAN:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (termasuk kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus.
Tak perlu tapis, boleh terus minum bila sudah siap. Sebiji timun uboleh menghasilkan 2 gelas minuman (Untuk waktu pagi dan malam)
KELEBIHAN TIMUN YANG ANDA KENA TAHU:
1. Timun adalah bahan detoks semula jadi
2. Minum bersama patinya boleh buat anda cepat berasa kenyang
3. 95% kandungan timun adalah berasaskan air
4. Minum secawan jus timun buatkan perut anda terus rasa penuh
5. Membersihkan usus dalam badan
6. Mengatasi masalah perut buncit
Oh ya, bila dalaman anda bersih, jerawat pasti susah nak muncul. Jadi, rajin-rajinkanlah amalkan jika anda juga mahu kulit yang cantik! Cuba amalkan selama seminggu, pasti anda akan dapat lihat perbezaan pada kulit dan juga berat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/f_7IJIrVfaE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Air Masak & Berfikiran Positif Cara Farahanim Kekal Sihat, Cantik Walaupun Sibuk Uruskan Si Kembar
Setiap kali melihat foto atau video dimuat turut personaliti ini, bagaikan dapat meneka kesibukannya menguruskan tugasan harian. Lebih-lebih lagi terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata kembar. Walaupun begitu, penyampai TV AlHijrah ini tetap kelihatan ceria, aktif dan bertenaga biarpun seharian menguruskan rutin yang sama. Menurutnya, dia tidak mengambil apa-apa suplemen untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan, sebaliknya hanya petua minum air masak sahaja.
Menurut Farahanim Razak lagi, selain itu katanya dia juga turut memastikan fikiran sentiasa berfikiran positif dan hanya fikirkan perkara yang membahagiakan. Tidak peduli apa orang kata dan paling penting sentiasa berada dalam situasi menggembirakan.
“Itulah rahsia utama Anim untuk kekal sihat, aktif dan bertenaga. Kalau kita dalam kedaaan sedih ataus sering berfikiran negatif sedikit sebanyak akan mempengaruhi gaya hidup kita. Jadi Anim memang sentiasa akan bersikap gembira dan pastikan keluarga kecil Hanim juga begitu.
“Selain itu Anim juga akan sentiasa menjaga penampilan. Maklumlah tuntutan kerjaya sebagai penyampai TV AlHijrah dan juga sebagai pemilik produk kecantikan, pastinya kita perlu sentiasa tampil cantik, kemas dan meyakinkan,” ujar Farahanim yang lebih mesra dipanggil Anim.
Menurutnya lagi sejak sebelum kahwin lagi dia memang seorang yang suka kepada soal kecantikan dan kesihatan.
“Tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak ambil pusing bab kecantikan diri sendiri dan hanya memikirkan soal anak semata-mata. Sebelum kahwin lagi Anim memang suka pada kecantikan, kesihatan dan sentiasa tampil kemas jika mahu ke mana-mana.
“Jadi selepas dah ada anak ini, Anim maintain perkara yang sama. Tiada alasan sudah ada anak, tidak boleh berdandan rapi dan kelihatan cantik,” kata Farahanim yang juga pernah mengalami pertambahan berat badan ketika hamil tempohari.
“Berat Anim semasa hamil kembar tempohari mencecah 79 kg dan selepas bersalin Anim cuba dapatkan kembali berat asal. Tiada petua tertentu yang diamalkan, cuma Anim memang sangat teliti dalam bab berpantang tempohari.
“Anim memang jaga bab makan dan paling penting banyak minum air masak. Itu adalah senjata paling utama untuk maintain berat badan seperti yang kita idamkan.
“Lagi satu Anim sangat menjaga kecantikan wajah. Anim akan pastikan walau penat mana sekalipun kena cuci muka sebelum masuk tidur,” jelasnya lagi yang seronok melalui fasa sebagai ibu muda, lagi-lagi mempunyai sepasang kembar yang sedang membesar kini.
“Anim memamg seorang yang gemar bergaya. Anim masih lagi gemar mix and match baju, shopping baru baru dan beli barangan mekap. Jadinya lepas dapat anak kembar ini, Anim buat perkara yang sama pada Ameena dan Ameera.
“Misalnya kalau Anim pakai baju kuning, kembar pun akan pakai baju kuning juga. Malah perkembangan bisnes online sekarang juga menyebabkan banyak barangan bayi boleh kita beli.
“Contohnya Anim suka sangat beli headband pada diorang dan ada macam-macam design yang dibeli secara online. Kata orang ini pun macam terapi diri,” tambahnya lagi yang ditemui ketika majlis sambutan Hari jadi Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang diadakan di Ampang Glass House baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang baru sahaja pulang mengerjakan umrah telah diraikan dalam satu majlis sambutan hari jadi yang dibuat secara kejutan oleh kaki tangan Sugarscarf serta rakan-rakannya.
Ternyata Eyka Sulaiman kelihatan sebak diraikan dalam majlis yang turut memperkenalkan koleksi shawl terbaru sempena sambutan hari jadinya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAHANIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubat Kerinduan Hijabi, Kafe Baharu Suasana Paris Ini Pertaruhkan Menu Ala Perancis. Menarik!
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Makanan Ini Buat Lemak Degil Terkumpul Dalam Perut. Hijabi Patut Elakkan!
Siapa yang tak inginkan perut flat macam model. Tetapi kita tahu lemak di bahagian perut memanng paling sukar untuk dihilangkan. Walaupun gigih bersenam dan mengamalkan tabiat pemakanan sihat, tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Lemak di bahagian itu tetap ada dan sukar untuk dilenyapkan begitu sahaja. Cuba lihat pola pemakanan kita dan cuba untuk hindarkan langsung supaya masalah ini tidak lagi membelengu kita.
1. Elak minuman ringan
Walaupun tahu salah satu punca hadirnya lemak adalah di bahagian abdomen adalah pengambilan air manis tetapi ia bagaikan diangin lalu. Tetapi jika anda benar-benar mahu untuk menghilangkan lemak di bahagian abdomen, perlu berhenti minum minuman ringan. Malah mereka minuman rendah kalori melambatkan metabolisma anda dan merangsang badan untuk mendapatkan lemak.
2. Jangan mengunyah gula-gula getah
Apabila kita mengunyah gula-gula getah, otak dan perut kita menerima isyarat yang menyediakan ruang untuk kita merasai pelbagai hidangan enak. Tambahan pula gula-gula getah ini juga turut mencetuskan kelebihan pengeluaran asid perut, dan, hasilnya, anda berasa lapar.
3. Mengamalkan diet rendah natrium
Ingat: gula dan garam harus dihadkan kepada jumlah yang kecil, terutamanya jika kita mengalami tekanan darah tinggi. Bukan sahaja tinggi natrium makanan berbahaya kepada kesihatan tetapi mereka juga mengekalkan cecair yang menghalang anda daripada kehilangan lemak perut dengan berkesan.
2. Katakanlah selamat tinggal kepada makanan segera
Bukan rahsia bahawa makanan segera mengandungi terlalu banyak kalori yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan, tetapi jika itu tidak cukup meyakinkan untuk anda melepaskan makanan ini. Kena ingat sayangi perut kalau tak mahu mendatangkan kemudharatan pada perut.
5. Lupakan mayonis
Jika kita seorang peminat mayonis dan salad berasaskan mayonis-, maka kita perlu tahu bahawa berpakaian ini mengandungi sekurang-kurangnya 80% lemak. Pilihan terbaik adalah untuk menggantikan mayo untuk puri sayur-sayuran atau pes tomato semula jadi.
6. Katakan “Tidak” kepada kentang goreng
Kentang goreng, seperti mana-mana lain-lain makanan goreng, bekerja seperti span yang menyerap lemak tepu. Percaya atau tidak, tetapi lemak tepu sebenarnya boleh menjejaskan fungsi otak supaya ia tidak boleh berfikir dengan jelas tentang berapa banyak berat badan anda mendapat pada masa ini. Akibatnya, anda boleh makan sehingga 30 kentang tanpa menyedarinya.
7. Tiada lagi ais krim
Yang ini adalah cukup jelas, bukan? Makanan yang kaya dengan gula tidak dapat tidak menjadi lemak di bahagian abdomen, yang merupakan lemak yang paling berbahaya dalam badan anda.
8. Jangan makan makanan yang membuat kita leka
Walaupun mereka yang bertubuh kurus boleh mempunyai perut yang agak kelihatan menggariskan disebabkan oleh makanan yang mencetuskan gas usus atau sakit perut. Jika ini adalah satu isu untuk anda, elakkan makanan itu dan fikir rutin senaman yang baik untuk mempercepatkan penghadaman anda.
9. Hindari produk “bebas gula”
Makanan yang mengandungi pengganti gula seperti polyalcohols, sebagai contoh, hanya berkesan untuk pesakit diabetes. Produk-produk ini bebas gula masih menyumbang kepada saiz perut anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI