Kebanyakan wanita pastinya mahukan bentuk badan yang cantik lagi sihat. Sememangnya ada pelbagai cara yang boleh kita praktikkan untuk mendapatkan bentuk atau berat badan yang diidamkan. Pilih saja mana yang bersesuaian tapi ikutlah cara yang selamat.
Salah satu cara yang boleh anda cuba untuk turunkan berat badan adalah dengan minum jus timun. Mudah sangat cara nak membuatnya. Jom kita lihat!

BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
2. Air (100ml) = 1 cawan
3. Gula anggaran dua sudu
CARA PENYEDIAAN:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (termasuk kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus.
Tak perlu tapis, boleh terus minum bila sudah siap. Sebiji timun uboleh menghasilkan 2 gelas minuman (Untuk waktu pagi dan malam)

KELEBIHAN TIMUN YANG ANDA KENA TAHU:
1. Timun adalah bahan detoks semula jadi
2. Minum bersama patinya boleh buat anda cepat berasa kenyang
3. 95% kandungan timun adalah berasaskan air
4. Minum secawan jus timun buatkan perut anda terus rasa penuh
5. Membersihkan usus dalam badan
6. Mengatasi masalah perut buncit

Oh ya, bila dalaman anda bersih, jerawat pasti susah nak muncul. Jadi, rajin-rajinkanlah amalkan jika anda juga mahu kulit yang cantik! Cuba amalkan selama seminggu, pasti anda akan dapat lihat perbezaan pada kulit dan juga berat badan anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee