Apabila bercuti di tepi pantai, pemakaian sunscreen amat penting bagi melindungi kulit daripada selaran cahaya matahari. Jenis sunscreen yang dipakai juga berbeza berbanding dengan sunscreen yang dipakai seharian.

Bagi mereka yang aktif dengan aktiviti berenang ketika bercuti di pulau-pulau, tentunya pemakaian sunscreen menjadi kewajipan. Jika tidak nanti tentunya ia menyebabkan kulit wajah dan juga tubuh menjadi ‘sunburn.’

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Photo by Asad Photo Maldives from Pexels

Walau bagaimanapun ketika memilih produk sunscreen ketika bercuti di pantai terutama buat mereka yang suka berenang di laut, anda perlu lebih berhati-hati memilih sunscreen. Berikut perkongsian Qyn Mina Skincare

 

IKLAN

 

Sunscreen yang tidak selamat untuk terumbu karang adalah Chemical Sunscreen. Bahan-bahan yang ada dalam chemical sunscreen akan merosakkan atau menyebabkan terumbu karang mati.

IKLAN

 

Bagaimana physical vs chemical sunscreen berfungsi? Physical sunscreen akan memantulkan sinaran UV matahari seperti cermin manakala chemical sunscreen akan menyerap dan menapis sinaran UV matahari.

IKLAN

 

Kalau sayangkan pantai dan laut kita yang biru menghijau, tolonglah beli Physical Sunscreen untuk anda pakai sebelum berenang di laut. Pastikan sunscreen itu ada bahan Titanium Dioxide atau Zinc Oxide dan tidak ada bahan-bahan yang toksik.

HIJABISTA: Kesimpulannya pemilihan jenis sunscreen yang ingin dipakai bukan sahaja perlu selamat untuk kita pakai tetapi juga selamat untuk alam sekitar. 

Sumber kredit: Twitter Qyn Mina Skincare Top image:  Photo by Armin Rimoldi from Pexels

https://youtu.be/VzDUtG0mkVo
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI