Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigih Cari Rezeki Demi Anak-Anak, Meski Rumahtangga Bergolak, ‘Semangat’ Shu Cetus Inspirasi!
Sebut sahaja nama pelakon yang sedang terpalit kontroversi, Hafidz Roshdi pasti mengenali isterinya iaitu Nurul Shuhada yang merupakan seorang wanita cekal yang sedang bergelut meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak, meskipun rumahtangganya sedang goyah dilanda badai.
Baru-baru ini, Nurul Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu telah melakukan jualan biskut keluaranya iaitu ‘Satu Tak Cukup, Shelup Shelup’ by Shuhada Shukri menerusi laman Instagram miliknya dan tindakan ini membuatkan ramai netizen sebak, sekaligus terinspirasi dengan ketabahan wanita hebat ini.
‘Live’ Shu Cari Rezeki Raih Ribuan Tontonan!
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja sesi siaran langsung, wanita berusia 29 tahun yang gigih mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya itu meraih ribuan tontonan wargamaya yang terkesan dengan nasib malang yang menimpa Shu.
Malah, siaran langsung yang dilakukan selama hampir satu jam itu bukan sahaja mendapat sokongan dari warganet, turut kelihatan tampil memberi semangat buat Shu adalah rakan artis iaitu, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob.
Sepanjang sesi siaran langsung itu berlaku, Mawar dan Raf tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Shu serta menawarkan diri untuk membantu dari segi melariskan jualan dan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Artikel berkaitan: Baru Keluar Hospital, Terus ‘Lincah’, Gigih Banting Tulang Cari Rezeki! Netizen Terinspirasi Lihat Semangat Puteri Sarah
Menerusi paparan ‘live’ berkenaan juga, sekali sekala kelihatan sepasang cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar menemani ibu mereka yang sedang bersiaran langsung mencari sesuap nasi.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada sesi siaran langsung tersebut dan mendapati orang ramai, khususnya kaum hawa membanjiri komen dengan meluahkan rasa sebak dan dalam masa sama mengagumi kekuatan dan ketabahan yang dipamerkan Shu dalam kesungguhan wanita itu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.
Malah, ramai diantaranya meniupkan semangat untuk wanita itu terus bangkit dan berharap Shu terus cekal dan kuat meski melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, Hafidz didakwa telah mengasari Shu dengan menumbuknya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian bawah mata dan Shu terpaksa menerima 10 jahitan akibat insiden itu.
Susulan kejadian tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor esok.
Sumber: Instagram Nurul Shuhada
Artikel berkaitan: Cari Rezeki Di Perantauan, Cikgu Tak Sangka Terima Hadiah Hari Lahir Paling ‘Bermakna’ Dari Anak Murid!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakai Glove Boleh Sebabkan Covid-19 Lebih Mudah Tersebar Tanpa Disengajakan & Lebih Undang Bahaya
Dalam usaha membendung agar wabak Covid-19 tidak terus menular, ramai jugalah yang mengambil inisiatif dengan memakai topeng muka dan juga sarung tangan (glove).
Walau bagaimanapun adakah sebenarnya pemakaian glove itu perlu. Ini perkongsian daripada Farmasi i-Sihat. Moga bermanfaat.
PERLU KE PAKAI GLOVE?
Untuk pengetahuan semua, pemakaian glove oleh public sebenarnya boleh menyebabkan corona virus lebih mudah tersebar tanpa disengajakan. Ini berlaku apabila anda menganggap pemakaian glove adalah pengganti kepada membasuh tangan @ hand sanitizing. Ini adalah lebih mengundang bahaya!
Contohnya anda menyentuh pam minyak dengan menggunakan glove, ya tangan anda tidak tercemar virus, tapi glove itu jugalah anda buka pintu kereta, betulkan tudung di muka, buka tombol pintu rumah, ini boleh menyebabkan virus (jika ada) merebak dengan lebih meluas, secara tidak sengaja dan tanpa disedari.
Sedangkan jika anda tidak memakai glove, anda akan kerap mencuci tangan @ handsanitizing. Selepas memegang pam, anda hand sanitizing dulu, baru buka pintu kereta. Sampai dirumah, hand sanitizing dulu, baru pegang tombol pintu, anda lebih selamat! Namun jika anda tidak yakin, #stayathome, ini adalah paling selamat.
Di hospital, terdapat ‘clinical waste bin’, untuk petugas kesihatan terus buang gloves tersebut selepas melakukan prosedur. Ini mengelakkan penularan virus yang tidak diingini. Bukan seperti kita, tiada tempat khusus untuk buang selepas menggunakannya. Belum lagi termasuk kes yang membuang gloves merata-rata begitu sahaja dan memberi risiko kepada pengutip sampah pula.
Selain itu, jika kita tidak membuka glove dengan cara yang betul, sekali kita akan menggagalkan fungsi glove kerana kita memegang kembali bahagian yang telah tercemar.
Petugas kesihatan juga tidak memakai 1 pasang glove sahaja sehari, mereka akan kerap tukar mengikut keperluan. Begitu juga dengan pegawai bank, mereka ‘handle’ wang kertas dengan menggunakan glove, namun mereka terus buka dan buang di dalam plastik khas tertutup apabila bangun dari kaunter mereka.
Apa akan jadi jika mereka guna gloves tersebut untuk pegang cawan? Atau bergerak merata-rata, buat bermacam aktiviti dan sentuh pelbagai benda seperti kita? Lagi cepatlah virus tersebut (jika ada) tersebar.
Tidak perlu memakai glove, kerap cuci tangan dengan sabun dan air dengan teknik yang betul selama 20 saat, ini adalah paling baik, atau guna sanitizer ketika tiada air dan sabun.
Pengetahuan ini sangat penting untuk ‘public’ faham. Kerap juga saya lihat pelanggan yang datang ke farmasi memakai face mask, tetapi tangannya tetap ingin pegang mana-mana bahagian muka atau facemask. JANGAN sentuh mana-mana bahagian muka tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu.
Teknik yang betul juga mesti digunakan ketika membuka dan membuang facemask yang telah digunakan. Sekali lagi #stayathome adalah paling selamat. Ada mask tapi tersasul/lupa cara pengendalian yang betul tetap memerbahayakan diri anda.
Sumber kredit: Farmasi i-Sihat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Skrub Badan Rahmah, Kulit Auto Mulus Dan Glowing. Guna 4 Bahan Ni Jer!
Sesibuk mana pun anda jangan lupa luangkan masa untuk memanjakan diri. Selalunya muka adalah bahagian penting yang diberi sepenuh perhatian, namun jangan lupa badan juga sama penting.
Lelah mencari produk yang sesuai, salah satu faktor bahagian ini diabaikan. Nah jika itu menjadi kegusaran anda, cuba intai-intai ruang dapur mungkin terdapat bahan yang berguna dan bermanfaat untuk mencantikkan kulit mulus dan glowing.
Resipi dari hijabi ini pasti membuka mata anda kenapa dari dahulu tidak memulakannya! Guna 4 bahan di dapur je! Serius, dalam seminggu kulit jadi lembap dan mulus sikit, ini resipi skrub badan mudah dan ‘low cost’:
ARTIKEL BERKAITAN: Haluskan Kulit Wajah Dan Badan Dengan Kiub Skrub Gula. Buat Sendiri Lebih Jimat!
Bahan-bahan:
- Madu
- Gula perang
- Minyak zaitun
- Lemon
Cara Bancuhan:
Campurkan bahan semua sekali dan gaul. Jadikan adunan ini seperti pes dan tidak perlu pewangi tambahan. Bau lemon dan campuran minyak zaitun, cukup menenangkan baunya. Campuran ini akan menjadi pekat dan bertekstur kasar dan jika boleh elakkan tambah air. Ia akan membuat gula terlarut.
Cara Menggunakan:
- Sapu di bahagian kulit badan. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit bagi meresap semua ramuan skrub.
- Selepas itu, sental kulit dengan skrub gula, jangan terlalu kuat.
- Dah siap, bilas badan dengan air.
Kekerapan: 2-3 kali seminggu
ARTIKEL BERKAITAN: Hampas Kelapa Jangan Dibuang, Boleh Buat Skrub, Hasilnya Kulit Badan Jadi Licin & Lembut
Fungsi bahan-bahan
GULA – Skrub dari gula akan membantu mengangkat sel kulit mati secara alami. Proses eksfoliasi ini akan menghilangkan noda di kulit tanpa menyumbat pori-pori, sekaligus mengembalikan keseimbangan minyak di kulit.
LEMON – Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia membaiki sel-sel kulit yang rosak dan menghalang kulit daripada penuaan. Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan serta mencerahkan kulit.
MINYAK ZAITUN – Khasiat minyak ini baik untuk kulit yang kering, dengan mengamalkan sapuan minyak badan, kulit akan sentiasa lembut dan lembap. Minyak zaitun memang memiliki beberapa manfaat untuk kulit. Minyak zaitun memiliki banyak kandungan vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E.
MADU – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih. Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI