Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Pastinya seluruh umat Islam berlumba-lumba bagi mengejar malam Lailatul- Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Namun, pastinya akan ada kaum wanita yang berasa sedih apabila ‘datang bulan’ menjelang waktu itu kerana merasakan mereka tidak berpeluang untuk mencari malam istimewa itu.
Jangan bersedih girls! Sebenarnya banyak amalan baik yang boleh kita lakukan walaupun sedang didatangi haid. Mari kita ikuti perkongsian daripada Farah Najwa ini mengenai amalan yang boleh dilakukan pada baki malam terakhir Ramadhan ini.
Dia telah berkongsikan pendapat yang diterimanya daripada seorang ustaz.
kredit instagram @_farah.najwa_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Sedih & Berduka, Berdoalah Kepada-Nya Dengan Amalan Pilihan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa.
Sebagai manusia, perasaan kita seringkali berubah-ubah. Adakalanya kita suka dan ada kalanya juga kita duka. Saat kita berduka, usahlah memendam rasa, malah berdoalah kepada-Nya. Sesungguhnya perasaan duka itu ujian yang pasti ada hikmahnya.
Banyak doa ringkas yang boleh kita baca dan amalkan untuk tenangkan hati di saat sedih dan duka. Kali ini, sempena malam yang dingin, team Hijabista kongsikan kepada anda pilihan doa pendek yang boleh anda amalkan saat hati sedih. Tidak kiralah anda sedih disebabkan hal kerja, percintaan, keluarga atau apa sekalipun, luangkan sedikit masa untuk dekat dengan-Nya. Selamat beramal!
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
DOA 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
DOA 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Semoga amalan doa-doa diatas dapat memberi ketenteraman pada jiwa kita dan juga diberkati oleh-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maya Penyayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dayah Bakar Ceria Berposing Time ‘Honeymoon’, Walaupun Pakai Baju Orang Lain Sebab ‘Luggage Stuck’
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati bulan madu. Tidak terkecuali bagi pasangan baru, Dayah Bakar dan suaminya, Kapten Hanif. Pasangan ini mengambil kesempatan bercuti dan menerokai keindahan Kashmir, India sambil mengenali hati budi masing-masing. Namun keseronokan menikmati bulan madu sedikit tercalar kerana beg pakaian Dayah Bakar mengalami masalah menyebabkan dia terpaksa menggayakan pakaian orang lain.
Menurut Dayah, gara-gara masalah luggage stuck, menyebabkan beg persalinan tidak sampai ke tangannya.
Namun dia bernasib baik kerana menurut Dayah ada seorang kakak dari Malaysia yang duduk di hotel sama telah meminjamkan satu persalinan termasuk baju dan tudung kepadanya.
Menurut Dayah kakak berkenaan berasa kasihan melihat dia yang tidak ada baju disebabkan masalah luggage stuck ini dan telah menghantar baju dan tudung terus ke biliknya.
Namun dek kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan bumi Kashmir, Dayah tetap kekal positif dan ceria bergambar kenangan di samping suami tercinta.
Artikel Berkaitan: Dayah Bakar Pilih Berkat Hari Jumaat Langsungkan Pernikahan
Bagaimanapun masalah ini berjaya diselesaikan apabila beg baju berkenaan telah selamat sampai ke tangannya dengan selamat.
Dayah yang muat turut postingnya di laman Instagram memberitahu, dia dan suami begitu menikmati keindahan pemandangan indah di bumi Khasmir India.
Betapa dia menyatakan kekagumannya terhadap kebesaran Allah yang mencipta keindahan pemandangan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Dilihat dalam satu posting itu Dayah sempat menaiki kuda di salah satu kawasan pergunungan dan juga menziarah satu perkampungan yang mana kebanyakan penduduknya orang tua tetapi masih kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Biarpun diingatkan untuk tidak berbuat baik kepada mereka, namuh sifat peri kemanusiaan Dayah mengatasi segala-galanya dan turut memberi sedikit rezeki kepada kumpulan orang tua berkenaan.
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAYAH BAKAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yatt Hamzah Ajak Buat Amalan-amalan Ini Di Hari Jumaat Antaranya Membaca Surah Al-Kahfi
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
Berikut perkongsian Yatt Hamzah.
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on
1. Membaca Surah al-Kahfi
Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)
Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat alBaihaqi)
2. Potong kuku dan cukur rambut-rambut
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)
Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya.
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat. Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)
4. Lakukan solat Dhuha
Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain.
Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan: “Nabi Muhammad SAW biasa melakukan solat qabliah Zuhur empat rakaat di rumahnya. Kemudian baginda keluar, lalu solat mengimami orang-orang, lalu masuk ke rumahku, kemudian melakukan solat dua rakaat ba’diah…” (Riwayat Muslim)
5. Berdoa pada hari Jumaat
BERDOALAH memohon kepada ALLAH agar kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari.
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Sumber kredit: Instagram Yatt Hamzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI