gambar sekadar hiasan

Walaupun sudah meningkat dewasa, pastinya ramai di antara kita yang masih takut jika tidur dalam keadaan gelap. Jika tidak membuka lampu utama pun, pastinya mereka memerlukan lampu tidur sebagai cahaya peneman pada waktu malam.

Namun, fakta yang baru diketahui ini mengejutkan semua kerana mereka yang suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang berdepan dengan risiko beberapa perkara.

gambar dari Google

Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

IKLAN

-Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
-Peningkatan risiko 10% BMI
-Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia.

gambar dari Google

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Tak sangkakan rupanya ia mampu memberi pengaruh buruk pada tubuh badan kita dengan menaikkan berat badan tanpa sengaja. Kalau tidak mahu terdedah kepada risiko sebegini, seelok-eloknya kita mulakanlah untuk latih diri tidur dalam gelap. Jimat pun jimatkan!

sumber: facebook Public Health Malaysia