Kalau berkunjung ke Kaison pasti akan rambang mata jadinya! Iyelah, semua barang nampak comel je di mata sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Kalau rasa keliru, bolehlah lihat thread yang disediakan oleh @cactuscaremy ini di twitter mengenai produk best yang boleh dibeli di situ.
Semuanya comel-comel belaka!
-
Tote bag yang boleh dipakai ke kuliah
2. Soft toy buat peneman tidur di malam hari
3. Kitchen mitten yang perlu ada di dapur supaya tangan tak panas!
4. Senang nak bawa barang kalau pakai bagpack yang trendy ni.
5. String light yang mencantikkan bilik dan juga menjadi sumber cahaya pada waktu malam.
6. Cute je kalau minum air pakai mug ni!
Bukan itu sahaja, banyak lagi barangan deko rumah yang boleh didapatkan di sana. Senang kerana semuanya lengkap di situ. Happy shopping sister!
kredit: twitter @cactuscaremy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Terdiri Dari Lima Wanita Hebat!
Genap seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan Nasional dibawah naungan beliau.
Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya menemui kata putus setelah beberapa kali tertangguh, ini sekaligus menamatkan teka-teki mengenai tarikh sebenar pengumuman senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.
Daripada jumlah keseluruhan Jemaah menteri, lima daripadanya adalah wanita-wanita hebat yang dipertanggungjawabkan menyadang jawatan penting untuk bersama membangun negara.
Lima Daripada Jemaah Menteri Kabinet Adalah Wanita
1. Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri dilahir pada 5 Ogos 1961, beliau merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini sekali dilantik sebagai ahli jemaah menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan, menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga turut merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.
2. Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said dilahirkan pada 31 Disember 1963. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO.
Sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
3. Fadhlina Sidek
Fadhlina Binti Sidek merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16,293 undi.
Terdahulu, Senator Fadhlina Sidek merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kini beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
4. Hannah Yeoh
Hannah Yeoh Tseow Suan dilahirkan pada 9 Januari 1979 merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Kini Hannah Yeoh memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan
5. Dr. Zaliha Mustafa
Dr. Zaliha Mustafa adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P141 Sekijang pada PRU ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,734 undi.
Dr Zaliha binti Mustafa telah dilahirkan pada 28 Jun 1964 dan merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik. Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Untuk rekod, pengumuman Jemaah Menteri berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Anwar menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen dan di laman sosial.
Senarai kabinet Anwar, merupakan antara maklumat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, selepas beliau pada sidang akhbar pertama menyatakan saiz kabinet di bawah pimpinannya adalah kecil.
Artikel berkaitan: Anwar Perdana Menteri Ke-10, Ini Ucapan Tulus Izzah-“I Love You Papa, Always Proud of You!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahu Hidap Kanser Lepas Dapat Anak Ke-2, Kini Masih ‘Survive’ & Jadikan Surah Al-Mulk Sebagai Penawar
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Sokongan suami & anak-anak
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Memperkenalkan Anak Kedua ABC…’- Yana Samsudin Dedah Wajah & Nama Puteri Comelnya
Selepas bersalin pada bulan November tahun lalu, Yana Samsudin akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya itu yang telah diberi nama Aura Aisy Sofea.
Yana atau lebih mesra disapa Kak Yong itu bagaimanapun menjelaskan bahawa nama anak perempuannya itu belum didaftarkan lagi kerana slot di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih penuh sehingga pertengahan bulan Februari akan datang.
Assalamualaikum semua.. good morning☺️
Memperkenalkan anak kedua ABC… baby Gaming @AuraAisySofea 🤗 huhu Nurblackpink nama pemberian @AisyMateen tu KIV dulu eh😅 , yang pastinya selagi tak daftar lagi macam macam boleh jadi dengan nama baby ni hahahaha!!!
Huhu tapi belum daftar nama lagi.. korang tau kenapa…
Slot JPN Selangor full sampai tengah Februari nak ingatkan korang yang baru dapat baby atau nak lahir baby kena buat temujanji JPN awal-awal tau, ikut lokasi dan tarikh siap siap hihi.
Ramai pengikut laman instagramnya yang memuji kecomelan Aura Aisy Sofea ini. Buat pengetahuan semua, Yana telah mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.
Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aisy Mateen yang kini sudah berusia empat tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI