Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa pakar, bomoh atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara. Asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir dan sebagainya.

Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan gejala penyakit-penyakit kerana pada hakikatNya Dialah yang Maha Penyembuh.

Gambar sekadar hiasan

Apa yang menariknya dengan selawat syifa dan beberapa ayat syifa yang digunakan dalam perubatan cara Islam boeh menyembuhkan penyakit. Kita disarankan untuk mengamalkan ayat-ayat alquran mahupun zikir untuk melawan penyakit berserta dengan ubat-ubatan.

Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
— Surah al-Fatihah ayat 5

Selawat Syifa memohon kesembuhan penyakit

Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib. Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.

Bacaan selawat syifa adalah seperti berikut:

Maksudnya:

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).

IKLAN

Ayat-Ayat Syifa (Penyembuh) yan boleh diamalkan

Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.

Ayat-ayatnya adalah:

1. Ayat 14 Surah at-Taubah

Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman”

2. Ayat 57 Surah Yunus

IKLAN

Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada”

3. Ayat 69 Surah an-Nahli

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia

4. Ayat 82 Surah al-Isra’

Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

IKLAN

5. Ayat 80 Surah asy-Syu’ara

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”

6. Ayat 44 Surah Fushshilat

 

Katakanlah: “Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.

Betapalah rugi kita sekiranya tidak mengamalkan surah-surah yang terdapat di dalam AlQuran. Insyallah dengan izinNya segala penyakit akan sembuh.

SUMBER: AKUISLAM

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI