Kita mesti biasa dengar mengenai kes scammer yang menyamar menjadi orang lain di media sosial bukan? Selalunya mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan gambar sesiapa saja yang mereka mahu lalu melakukan tipu helah mereka bagi memperdayakan mangsa yang diingini.

Bagi mengelakkan gambar kita daripada dicuri dan disalah guna, anda bolehlah mengikuti cara yang dikongsikan oleh Arisya Adam ini di Facebook.

IKLAN
Elakkan gambar kita digunakan oleh scammer
1. install monakaitoolkit di playstore
Follow video ni untuk on kan link guard :
2. klik kamera di pic profile
3. Klik Turn on the profile picture guard
dan yang penting kurangkan gambar selfie, gambar keluarga dan yang sangat merisaukan adalah gambar anak-anak..apa lagi gambar seksi menyeksa dalam media sosial..
Kita boleh guard picture profile tapi kat timeline tu sendiri kena control la..
ya memang kita nak share life kita tapi kalau bakal memudaratkan diri sendiri seelokknya kita berhati-hatilah.
Ni adalah salah satu cara tuk protect gambar profile kita ( tak boleh download/screenshot) ..tapi kalau rasa boleh di screen shot juga.. letak la watermark sebesar alam..
Ini semua pilihan dalam hidup kita.

IKLAN

Moga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana. Setidak-tidaknya inilah yang boleh kita lakukan bagi membendung masalah ini. Selamat mencuba sis!

IKLAN

Kredit: Arisya Adam