Kurma mengandungi terlalu banyak khasiatnya, dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat islam dianjurkan memakan buah kurma terlebih dahulu semsa berbuka puasa.

Khasiat Kurma

Manakala amalan memakan beberapa biji kurma dalam diet harian pula mampu memberi tenaga dan keseimbangan gula dalam darah. Ini kerana kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, magnesium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Buah ini mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi.

Penyelidik juga telah mendapati, kurma juga bagus untuk mengurangkan tekanan darah, merupakan agen penggalak buat minda serta baik untuk membantu mengekalkan jisim tulang dalam tubuh. Bahkan bagi ibu menyusu pula, tak perlu lagi bimbang tentang kandungan mikronutrisi dalam susu ibu kerana kurma sendiri bertindak sebagai multivitamin terbaik!

Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi. Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi, pengambilan susu kurma boleh meningkatkan prolaktin, iaitu hormon yang membantu badan menghasilkan susu.

Diet Kurma

Sebenarnya,salah satu cara mudah dan terbaik untuk menjaga diri, hilangkan penat dan kekalkan tenaga adalah dengan menikmati nutrisi sihat lagi berkhasiat daripada susu dan kurma. Ini kerana susu terbukti sangat berkhasiat dan kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Sekaligus kandungan nutrisi lengkap susu, mampu menjadi gantian kepada hidangan lain.

Kini di pasaran terdapat pelbagai jenama telah mengeluarkan susu dengan ekstrak buah kurma. Khasiatnya anda akan dapat lebih dari kurma mengikut nutrisi di dalam kandungan susu itu sendiri.

Cadangan Susu Kurma Terbaik Di Pasaran

1. ORIGINA Tamar Milk

Susu kurma terbaik untuk gastrik – murah dan dijamin Halal

IKLAN

Susu kurma dari jenama Origina ini, keluaran produk muslim yang mendapat pengiktirafan Halal ke atas semua minumannya. Dengan mengandungi kalsium tinggi yang diproses daripada pati kurma, rendah lemak, tidak mengandungi gula, tiada pewarna dan bahan pengawet tambahan.

Susu ini juga mampu untuk dijadikan sebagai milk booster buat ibu yang sedang menyusu bayi dan memberikan nutrisi pada ibu hamil. Jika anda mempunyai masalah gastrik, keletihan atau mengalami insomnia, ambillah susu ini sebagai pemberi tenaga.

2. LAZZ Susu Kambing (Perisa Kurma)

Ambillah susu kambing sebagai susu alternatif sesuai untuk ibu hamil

Bagi para ibu yang memang tidak boleh mengambil susu lembu, Susu Kambing Lazz ini boleh dijadikan sebagai susu alternatif terbaik. Susu kambing yang mengandungi bahan semulajadi dan organik ini dijamin halal tanpa sebarang bahan kimia yang diragui. Ianya memudahkan pengambilan susu terutama di peringkat awal kehamilan yang agak cerewet dengan perisa dan bau makanan.

3. Farm Fresh Susu Kurma

IKLAN

Susu segar tiada gula tambahan

Diperbuat dari kurma dan susu segar, susu kurma ini adalah penggalak susu utama untuk ibu hamil yang sedang menyusui anak, kaya dengan zat besi untuk membantu perkembangan sel darah merah yang sihat pada bayi. Susu segar Farm Fresh perisa kurma ini tiada gula tambahan, rasa manisnya datang daripada gula kompleks kurma yang sangat baik. Gula kompleks ini menghasilkan glukosa secara berperingkat.

4. Tamar Milk Shake

Susu untuk seisi keluarga

Tamar milk ini terkandung pelbagai khasiat untuk membantu mencerahkan kulit, melembab dan mencantikan kulit, memberi tenaga dan penuh dengan kebaikkan kurma. Juga baik untuk ibu mengandung dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama wanita-wanita yang inginkan hasil kulit yang cantik dengan melembapkan dan sekatakan kulit. Selain dari susu harian yang boleh dijadikan sebagai minuman kegemaran seisi keluarga, ia juga sesuai bagi mereka yang memiliki masalah gastrik kerana susu ini dapat membantu mengisi perut anda setiap masa.

IKLAN

5. Dutch Lady Pure Farm Kurma

Susu UHT untuk semua golongan usia

Susu daripada jenama Dutch Lady ini adalah susu berperisa kurma yang penuh krim dan berkhasiat. Ianya sesuai untuk diminum oleh semua golongan usia, tidak kira samada kanak-kanak sehinggalah orang tua. Susu dengan rasa kurma ini bukan sahaja lazat diminum tetapi ianya juga membekal nutrisi yang diperlukan untuk anda sekeluarga. Untuk tenaga berkekalan sepanjang hari anda disarankan minum ketika sahur.

6. Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL

Gandingan Ideal Susu & Kurma

Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL adalah adunan yang diperkaya dengan khasiat kebaikan dan kemanisan kurma segar bersama Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL. Susu berperisa kurma ini diperkuat dengan sembilan vitamin penting, khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik. Ia juga mempunyai kandungan kalsium lebih tinggi dan kandungan lemak dan laktosa lebih rendah berbanding jenama susu lain yang boleh didapati di pasaran! Penambahan kurma yang amat berkhasiat memperkuatkan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL sebagai “kelebihan berganda” – satu gelas membekalkan khasiat untuk tenaga berpanjangan bagi badan dan minda. Ia adalah satu-satunya susu pasteur yang memberikan keseimbangan tinggi dan rendah yang sempurna!

BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini Jadinya Dengan Badan Jika Ambil 3 Biji Kurma Setiap Hari Dalam Seminggu. Hasilnya Pasti Menggagumkan!

Sebenarnya,salah satu cara mudah dan terbaik untuk menjaga diri, hilangkan penat dan kekalkan tenaga adalah dengan menikmati nutrisi sihat lagi berkhasiat daripada susu dan kurma. Ini kerana susu terbukti sangat berkhasiat dan kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Sekaligus kandungan nutrisi lengkap susu, mampu menjadi gantian kepada hidangan lain.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI