Mendahulukan sesuatu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Kebesaran Allah SWT.

Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Bismillah’.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

Fadhilat Bismillah

Banyak khasiat dan fadhilat ‘Bismillah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmilah ini; Diantaranya:

  • ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
  • Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
  • Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
  • Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
  • Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
  • Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
  • Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
  • Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.

Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

IKLAN

Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.

Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.

 

IKLAN

Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

Amalan Bismillah 5 Sebagai Syifa’

Apa yang istimewa amalan Bismillah 5 ini sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit yang kita tidak ketahui puncanya. Bagus dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Sekiranya amalan ini diamalkan selalu dan istiqomah, isyallah dapat elakkan diri dari:

IKLAN

  • Dapat mengelak dari terkena sihir.
  • Menghalang diganggu jin dan syaitan
  • Terpelihara dari bahaya dan musuh yang disangka atau tidak
  • Penawar pelbagai racun dan bisa.
  • Penawar penyakit gila meroyan.
  • Melegakan bengkak dan benjol.
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
  • Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  • Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  • Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara-cara mengamalnya

Sekiranya ada yang sakit boleh la cuba cara ini. Tidak salah kalau kita cuba, ikhtiar itu perlu. Memula letakkan tangan di tempat yang sakit. Bacalah ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk. Hembus jek kat tempat sakit.

Jika ada air untuk minum, hembuskan pada air dan minum. Sapukan di tempat yang sakit atau satu badan. Sekiranya makan di gerai atau restoran kita baca dulu bismillah 5 ni sebelum masuk ke kedai tu. Bagi melindungi diri dari termakan sesuatu yang bahaya. Malah makan ubat harus baca dulu Bismillah 5 ni.

Amalkan juga setiap kali lepas solat. Baca sebanyak 33 kali selepas solat. Apa yang penting mulakan dengan yakin dan serahkan segala kesembuhan pada Allah. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

SUMBER: MUSLIM GUIDE