Ujian Allah pada setiap hamba-Nya berbeza-beza. Ada yang kehilangan anak, ibu bapa, isteri ataupun suami. Biarpun agak pahit menerima dugaan berkenaan, tetapi kita harus reda dengan qadak dan qadar Tuhan. Seperti perkongsian lelaki ini di laman twitter, memberitahu dia baru sahaja kehilangan isteri tersayang. Apa yang lebih menyedihkan isteri tercinta meninggalkan bukan satu tetapi sepasang bayi kembar. Tabahnya dia yang berdoa agar diketemukan isterinya itu di Syurga Allah nanti.

Perkongsiannya di media sosial ini ternyata mengundang simpati netizen. Mendapat butang retweet lebih 18 ribu dan like pula lebih 10 ribu.

Menurut Alif Adam atau yang menggunakan akaun nama @nocapitalAA memberitahu isterinya itu meninggal dunia 7 Oktober lalu.

Nyata dia cukup berterima kasih kepada arwah isterinya itu yang sanggup mempertaruhkan nyawa memberikannya zuriat walaupun tahu risiko bakal dihadapi.

Membaca tiap entrinya cukup memberi kesan mendalam buat dirinya. Ternyata pengorbanan yang dilakukan isterinya itu begitu besar untuk menjadi seorang isteri yang sempurna.

Menurut Alif juga tiga hari sebelum kematian isterinya itu, arwah rebah selepas solat Maghrib dan kemudiannya terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum pergi untuk selama-lamanya dengan meninggal harta tidak ternilai, sepasang anak kembar.

Dalam titipan doanya itu, dia halalkan segalanya untuk isteri tersayang. Inilah masa untuk isterinya itu tenang dalam tidur lenanya dan dia berjanji untuk kuat demi anak-anak mereka.

Moga ditempatkan di kalangan orang beriman.

Doakan anak membesar dengan sempurna.

Dia menunggumu di Syurga.

Menyedari kisahnya jadi viral serta mengundang simpati netizen, dia juga turut mengucapkan terima kasih atas doa serta semangat yang diberikan walaupun tidak kenal satu sama lain.

Tinggalkan Komen