Minuman detoks antara amalan diamalkan kebanyakan orang. Ramai yang mempercayai bahawa herba dan buah-buahan dalam minuman itu bukan sahaja membekalkan vitamin serta mineral, tetapi ada unsur menyingkirkan toksin keluar daripada badan.

Ada berbagai versi air detoks dan ia biasanya disesuaikan dengan kesesuaian seseorang individu. Melalui perkongsian Niza Hamid wanita ini berkongsi tentang khasiat air detoks chia fresca.

ARTIKEL BERKAITAN: Detoks Guna Lemon & Air Panas, Wajah Bebas Jerawat & Jeragat, Paling Best Kulit…

AIR DETOKS CHIA FRESCA UNTUK JAGA BADAN

Sejak ramai yang ada kesedaran untuk melakukan amalan detoks, macam-macam versi air detoks keluar. Ramai usung botol air berisi jus detoks kegemaran masing-masing, air detoks lemon, timun, limau, strawberi, kiwi dan bermacam lagi.

Satu perkembangan yang bagus menunjukkan kesedaran untuk menjaga badan itu sudah semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Mana taknya kos untuk mengubati lagi tinggi daripada mencegah, betul tak? Jadi kita mestilahg rajin berusaha untuk menjaga badan.

Menariknya tentang detoks ini ialah ia sangat-sangat membantu dalam mengurangkan berat badan di samping melancarkan sistem penghadaman dan mengeluarkan toksin dalam badan. Cara termudah untuk detoks hanyalah dengan merendamkan buah-buahan kesukaan anda dalam sebotol air.

TIP BONUS UNTUK KESAN LEBIH ‘KEBABOOM’ UNTUK AIR DETOKS 

Tambahkan Chia Seed atau biji Chia! Khas untuk anda yang sedang berdiet, hendak kurangkan ‘craving’ hendak makan itu ini, nak kurangkan selera makan, nak cepatkan proses pembakaran lemak, boleh cuba resipi air detoks ini.

Menurut Niza Hamid dia mendapat resipi Air Detoks Chia Fresca daripada kakaknya. Chia Fresca ini sebenarnya sejenis minuman tenaga yang sangat terkenal dalam kalangan orang Mexico dan di Central America. Minuman yang mudah sangat disediakan tetapi sangat berkesan untuk ‘boost’ tenaga dan juga membantu kita sentiasa rasa kenyang dan sentiasa terhidrasi.

IKLAN

BAHAN BAHAN:

2 cawan air (bergantung berapa liter botol yang anda gunakan) boleh juga gunakan air kelapa
1 – 1 1/2 sudu besar – chia seed
1/2 sudu besar perahan lemon/limau (ikut suka yang mana)
Pemanis – boleh gunakan stevia/mapple syrup atau pun madu. Cadangan: guna madu dalam 1-2 sudu, terpulang ikut suka.

CARA-CARANYA:

1. Campurkan chia dan air ke dalam cawan atau botol. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit supaya chia seed itu mengembang. Lagi bagus guna botol air, senang anak hendak goncang  (shake). Penting untuk goncang sebab hendak leraikan chia seed yang bergumpal di dasar botol.

IKLAN

2. Tambahkan perahan lemon/limau dan campurkan bahan pemanis pilihan anda. Kacau sebati dan goncang (shake).

3. Siap. Bolehlah diminum. Setiap kali sebelum minum, goncang dulu botol.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cepat Kurus Hanya Minum Air Kosong, Cuma Kena Tahu Aturannya. No 5 Ikut…

IKLAN

BAGAIMANA CHIA SEED BANTU UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN? 

Chia seed sangat berupaya menyerap air, 12 kali ganda dalam 10 minit. Maksudnya, kalau anda amalkan chia seed ini , anda akan rasa lebih cepat kenyang. Sangat kaya dengan serat, cukup dengan maksima 2 sudu besar setiap hari dapat membantu turunkan beratt badann.

Kandungan tryptophan pula membantu melancarkan sistem pencernaan sekaligus membantu melangsingkan tubuh. Sebuah kajian di Brazil membuktikan bahawa chia seed berupaya untuk mengurangkan lemak dalam tubuh.

Mempunyai kandungan omega-3 lapan kali ganda lebih banyak daripada yang terkandung dalam ikan salmon, chia seed ini memang bagus la untuk dimasukkan dalam diet seharian kita.

Secara perbandingan, ia ada 30% lebih kandungan anti-oksidan daripada yang ada dalam blueberi, 6 kali ganda lebih banyak kalsium daripada susu dan dua kali ganda kandungan potassium daripada yang ada dalam pisang.

Sumber kredit: Niza Hamid

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI