Pelakon jelita dan juga usahawan inai, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta baru-baru ini menzahirkan rasa sedih dan kurang senang dengan kelakuan orang melayu beragama Islam yang menyambut hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Menurut Che Ta golongan ini terlalu berusaha mahu ‘acah-acah mat salleh’ dengan tanpa segan silu menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun agama Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.
Sedih Tengok Orang Melayu ‘Acah’ Jadi Orang Putih
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada aktor kacak Zain Saidin itu, menerusi satu hantaran di laman Instastory miliknya tengah malam tadi.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam!,” Tulis Che Ta
Ads
Moga Allah Kurniakan hidayah Kepada mereka
Sehubungan itu, ibu kepada Aisyah Dhia Rana itu juga berkesempatan menitipkan doa agar individu-individu ini kelak akan mendapat hidayah kurniaan Allah SWT.
“Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..” Tulisnya lagi.
Untuk rekod, isu artis dikecam kerana meraikan sambutn hari Krismas turut terpalit kepada penyanyi, Nourul Depp yang baru-baru ini tindakannya itu telah menjadi perdebatan hingga menerima kritikan hebat dari netizen, selepas berkongsi momen berkenaan di media sosial miliknya.
Ads
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah sahaja, memandangkan kedua-dua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Rendah diri, peramah serta berintektual tinggi. Itu yang dapat penulis huraikan mengenai keperibadian anak muda ini yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam dunia solekan tempatan. Nabilah Binti Mohamed Nordin atau panggilan popularnya, Warnabilla, 31, merupakan seorang jurusolek terkenal negara yang sentiasa memberi sentuhan magis dalam tatariasnya.
Malah, dia juga seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang seni bina. Kini, dia juga merupakan seorang pengasas bagi jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY. Warnabilla punya cerita menarik sebagai ‘Mighty Hijabi’ yang mencurah inspirasi serta menghembus aspirasi buat semua mata yang membaca.
Bagi anda yang ingin mencari rekaan cermin mata yang serba moden, unik, meriah dan menarik, pastinya jenama COOL AUNTY ini memenuhi citarasa anda!
Jenama COOL AUNTY ini adalah sebuah idea Warnabilla bersama sahabatnya yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka, Bella Hudd. Menurut Warnabilla, idea hadir tatkala pandemik Covid-19 berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ia membataskan pergerakan untuk berjumpa dengan pelanggan bagi menata rias wajah, maka sedikit-sebanyak ia menjejaskan aspek kewangan mereka berdua.
“Bila kami tidak boleh menjalankan perkhidmatan kami sebagai jurusolek, ia memberi kesan kepada pendapatan kami. Oleh itu, saya dan juga Bella hadir dengan idea untuk mengeluarkan produk cermin mata yang begitu unik, berbeza dan berani dari segi rekaannya.”
Jenama COOL AUNTY mula beroperasi semenjak Disember 2020. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap rekaan cermin mata serta mereka berdua juga memakai cermin mata, lantas langkah diatur dengan menjadikan ia sebagai produk asas jenama ini.
Memfokuskan kepada mereka yang memakai cermin mata, tidak kira lelaki ataupun wanita yang sukakan gaya yang ceria, warna-warni, bersemangat dan kuat, jenama ini menyediakan pelbagai jenis rekaan yang begitu menarik dari segi warna dan konsep rekaan. Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
“Biarpun jenama ini bermula saat Covid-19 melanda dunia, namun Alhamdulillah sambutannya begitu baik dan jualannya juga laris. Kami percaya bahawa cermin mata merupakan sebuah aksesori yang mampu mengubah keseluruhan gaya si pemakai. Tambahan pula, hari ini, kita semua harus memakai topeng muka. Jadi, untuk menjadikan gaya fesyen tidak bosan, rekaan cermin mata yang menarik menjadi sebuah kenyataan fesyen bagi setiap individu,” ujarnya.
Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
Memasang niat dan impian untuk berkolaborasi bersama selebriti ataupun artis serta mengembangkan sayap jenama ini di pasaran luar, Warnabilla menegaskan bahawa segala pelan harus dibentuk dengan struktur yang terperinci memandangkan dunia harini berubah disebabkan pandemik. Maka, dia dan Bella sentiasa memastikan strategi yang dipasang kekal relevan dan logik dengan apa yang berlaku pada masa kini.
Sempat berbicara sebelum mengakhiri kalam warkah ini, Warnabilla berkongsi perspektinya tentang pendapat mengenai kaum wanita dan dunia perniagaan.
“Sesungguhnya dunia hari ini sudah berubah. Tiada istilah kaum wanita itu lemah dan sebagainya. Di dalam Islam sekalipun tidak ada menyatakan bahawa kaum wanita itu lemah. Maka, kaum wanita harini bebas bergerak melakukan apa-apa sahaja, sama seperti kaum lelaki. Memegang kuasa, berstatus, berprofil tinggi malah menjadi ketua, kaum wanita bisa melakukan semua itu. Malah, ada kajian juga mengatakan bahawa kaum wanita lebih sesuai menjadi ketua berbanding lelaki. Kami kaum wanita sudah terbiasa dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kami seorang isteri, kami juga seorang ibu, kami juga penjaga, kami juga seorang usahawanita dan kami seorang pendidik kerana kami adalah seorang wanita.”
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan keluaran eksklusif Majalah Hijabista Edisi Jawi di pasaran sekarang!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi wanita yang mengenakan hijab, wajah berbelang adalah salah satu masalah kulit yang sering dialami. Melakukan aktiviti di bawah sinar matahari saat mengenakan hijab, akan membuat salah satu bahagian wajah memiliki warna yang lebih gelap dari yang tertutupi hijab.
Jangan kuawatir, cadangan skincare ini dapat menyelesaikan masalah hijabi. Hebatnya, senarai produk ini juga memiliki harga berpatutan dengan bajet anda.
Pencuci muka dari Japan ini memang menjadi kegemaran ramai. Kebiasaanya kemasan berwarna biru, khusus untuk yang ini warna putih kerana sifatnya yang mencerahkan. Pembersih wajah ini memiliki kandungan White Cocoon dan Hyaluronic Acid yang membersihkan kulit secara mendalam dan melembabkan kulit. Berbeza dari varian produk lain, kandungan White Clay yang mampu mengangkat sel kulit mati dan mencerahkan wajah tanpa membuat kulit wajah menjadi kering.
Toner daripada Simple ini bukan sahaja amat terkenal dengan kandungan bahannya yang natural serta mesra kulit, malah ianya juga dipasarkan dengan harga berpatutan dan membuatkan jenama nombor 1 daripada UK ini digemari ramai. Diperkaya dengan Vitamin B5 dan ekstrak Chamomile, produk ini menjanjikan kesegaran dan menenangkan kulit yang kemerahan serta iritasi.
Toner ini juga mampu menghidratkan kulit sensitif yang kering dengan melembutkan permukaannya. Dengan bauan segar yang natural, kandungan ekstrak Chamomile dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah sekaligus memberikan wajah efek berseri dan cerah. productnation
Bagi hijabi, penting untuk memilih produk halal yang boleh mengatasi kulit berbelang. Salah satu jenama dari Indonesia, Wardah, sudah dikenali dengan kehalalan produknya. Produk ini sangat sesuai sebagai pelembap saat anda beraktiviti mengenakan hijab di bawah matahari.
Untuk mengatasi kulit belang, serum adalah salah satu skincare yang memegang peranan penting. Kita sendiri sudah tahu bagaimana efek vitamin C pada kulit wajah, yang boleh mencerahkan. Sebagai pilihan serum terjangkau ada Garnier Light Complete Whitespeed Vitamin C Super Essence yang memiliki kandungan white speed dan vitamin C.
Selain serum, tabir surya juga salah satu produk penting untuk atasi kulit belang. Jangan sampai kulit belang yang sudah kamu punya justru bertambah gelap. Nivea sudah lama mengeluarkan produk tabir surya, baik untuk tubuh maupun wajah. Produk ini memiliki SPF 50 dengan teksturnya yang ringan cocok digunakan setiap hari, untuk melindungi kulit wajah dari efek negatif sinar matahari.
Sekali dalam seminggu, rawat kulit anda dengan sheet mask. Ingin hilangkan kulit berbelang pilih sheet mask dengan kandungan mencerahkan. Sheet Mask dengan kemasan soft pink ini mengandung clay dan 40x Vitamin C yang dapat menyamarkan noda hitam dan noda bekas jerawat, plus mencerahkan wajah.
Krim malam punya khasiat hebat untuk menghilangkan wajah berbelang pada wajah. Krim malam Wardah ini memiliki kandungan ekstrak licorice, alpha arbutin dan vitamin B3 yang dapat mencerahkan kulit. Selain itu, AHA Natural untuk mengangkat sel kulit mati sambil meregenerasi kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita kebiasaannya akan mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak. Selain itu masalah lain yang sering dihadapi adalah di bahagian perut yang susah untuk kempis terutama bagi yang kerap melahirkan anak.
Namun tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Seperti perkongsian wanita ini Nieyssa Hashim yang berkongsi petua mengempiskan perut dengan berkesan tetapi syarat dilakukan secara konsisten.
Dia yang sudah melahirkan lima orang anak mengamalkan tip dengan minum air sebaik bangun tidur dan juga makan jamu.
Menurutnya sejak darjah 6 lagi dia susah mengamalkan makan jamu ini dan hasilnya badannya kekal langsing seperti anak dara walaupun sudah mempunyai lima anak.
Menurutnya lagi banyak khasiat daripada makan jamu ini, antaranya kurangkan bau badan, period jadi teratur, muka tak pucat dan paling penting badan sentiasa bertenaga.
RAMAI NAK TIPS KURUS PERUT KEMPIS KAN?
Sebenarnya ibu beranak ramai ni susah jugak untuk kempiskan perut. Ambil masa 1-2 bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan tapi perlu konsisten. Tapi boleh la cuba sedikit tips yang nissa amalkan ni.
Bangun jer waktu pagi tu terus minum 2 gelas air untuk buang toksik dalam badan.
Then nissa suka makan jamu, Dari darjah 6 lagi nissa dah amalkan jamu, Sebab jamu boleh menyihatkan dalaman kita, dan menyuburkan. Apa sahaja jamu yang sesuai dengan diri kita, Orang perempuan silalah amalkan.
Jamu ni bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran pon boleh nampak, Kurangnya bau badan, period teratur, muka xkan pucat lesi yang penting kita xkan letih dan sentiasa bertenaga.
Dan yang mana xnak badan yang berbenjol2 bila kita pakai pakaian dalam kerana lemak berlebihan keluar. Pada sebelah malamnya buat la senama yang boleh mengeluarkan peluh, xperlu ke gym sebab kita ramai anak kan. Ajak anak2 sekali, buat la HIGH INTENSITY WORKOUT. Ambil masa setengah jam sudah cukup Buka youtube dan amalkan selama sebulan, Nissa jamin semua orang akan tegur selepas tu sebulan buat,
Tapi yang penting perlu konsisten.
So nak cantik, nak slim bukanlah satu alasan yang pelbagai. xperlu nak berbelanja besar pon sudah boleh cantik dan sihat.
nissa hashim Enjoy mommy of 5 kids
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.