Pernahkah anda mengalami bibir pecah-pecah, kering, dan terasa pedih ketika memakan atau meminum sesuatu? Keadaan ini sangat tidak selesa terutama bagi para wanita yang mementingkan penampilan diri.
Lebih parah lagi jika penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian akan menyebabkan bibir jadi hitam. Mislanya penggunaan gincu bibir yang tidak sesuai dengan bibir.
Sebagai alternatif kepada gincu terutamanya yang mengolesnya di bibir sebagai penyeri wajah, boleh menggunakan lip balm sahaja. Malah, kini lip balm atau pelembap bibir semakin popular di kalangan wanita kerana ia lebih simple dan terasa ringan di bibir.
Untuk lebih jimat, admin nak kongsikan beberapa lip balm yang boleh kita buat sendiri di rumah. Lip balm ini mampu melembap dan melembutkan bibir kering, malah, mempunyai bau yang luar biasa dan tahan sepanjang hari.
1. ORANGE KISS LIP BALM
Cara penyediaan:
• 2 sudu Beeswax
• 2 sudu shea butter
• 4 sudu sweet almond oil
• 10-12 titis minyak pati oren atau limau
Cairkan beeswax, sweet almond oil, shea butter di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Sentiasa check setiap 30 saat dan kacau. Tambah minyak pati anda atau mana-mana pewarna tambahan. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.
2. VANILLA LIP BALM
Cara penyediaan:
• 2 sudu Beeswax
• 2 sudu shea butter
• 2 sudu coconut oil
• Pati vanilla
Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Tambah pati vanilla. Tuangkan ke dalam bekas kecil dan sejukkan.
3. PEPPERMINT COCOA LIP BALM
Cara penyediaan:
• Beeswax
• Cocoa Butter
• Coconut Oil
IKLAN
• Vitamin E
• Peppermint Oil
Ambil periuk kecil dan letakkan mangkuk kaca/logam di atasnya, buat kaedah double boiler. Seterusnya pada haba yang rendah, cairkan bahan-bahan bermula dengan beeswax, coconut oil, cocoa butter. Potong dua kapsul Vitamin E, masukkan ke dalam campuran adunan dan tambah sedikit peppermint oil. Apabila semuanya cair, tutup api dan tuang adunan beeswax ke dalam bekas pilihan anda.
Gunakan kaedah double boiler ataupun ketuhar gelombang mikro, ikut suka. Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil, almond oil. Setelah semua bahan telah cair, kacau dan tambah 15 titis grapefruit oil. Kemudian tambah kira-kira 1/4 sudu teh shimmer dust, ini akan memberikan sedikit warna dan kilauan.
5. SPICY LIP BALM
Cara penyediaan:
• Coconut oil
IKLAN
• Shea butter
• Beeswax
• Castor oil
• Pati vanilla
• Essential oil – Cinnamon, Ginger, Clove
Beeswax, shea butter, coconut oil dicairkan kira-kira 5 hingga 10 minit. Tambah castor oil, untuk berikan kilauan pada lip balm. Tambahkan pati vanilla dan campuran essential oil seperti cinnamon, ginger dan clove. Kacau semuanya. Letakkan dalam bekas dan biarkan sejuk.
6. RASPBERRY LIP BALM
Cara penyediaan :
• Coconut oil
• Dried raspberry
• Beeswax
Kisar dried raspberry sehingga halus, cairkan coconut oil dan beeswax dengan kaedah double boiler. Tambah raspberry ke dalam adunan dan kacau sebati. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.
7. ORGANIC LIP BALM
Cara penyediaan :
• Minyak pati lemon
• Sweet almond oil
IKLAN
• Organic extra virgin oil
• Besswax
Gunakan kaedah double boiler, cairkan beeswax, sweet almond oil, organic extra virgin oil. Seterusnya ketepikan adunan, tambah minyak pati lemon. Tuang ke dalam bekas dan biarkan sejuk selama beberapa jam
8. STRAWBERRY LIP BALM
Cara penyediaan :
• Shea butter
• Rosehip seed oil
• Beeswax
• Strawberry extract
• Pewarna – rose petals powder
Campur shea butter, rosehip seed oil dan beeswax dan cairkan menggunakan kaedah double boiler. Keluarkan adunan dan biarkan sejuk. Tambah sedikit strawberry extract dan pewarna ke dalam adunan. Gaul ke semua bahan, letak perlahan-lahan dalam bekas.
9. COCONUT MANGO BUTTER LIP BALM
Cara penyediaan :
• Coconut oil
• Mango butter
• Olive oil
• Jojoba oil
• Castor oil
• Beeswax
Campurkan ke semua bahan ke dalam bekas kaca, guna kaedah double boiler. Teruskan pemanasan sehingga mango butter dan beeswax cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam tin atau bekas pilihan.
NOTA: BEESWAX – Lilin semula jadi yang dihasilkan oleh lebah. Beeswax disebut juga dengan lilin madu atau lilin lebah. Beeswax diperolehi dari sarang lebah atau tala yang telah dikeluarkan madunya. Selepas sarang diproses dalam pemerah, madu akan keluar dan tinggalah sarang lebahnya. Sarang lebah itulah yang disebut dengan nama beeswax.
Selamat Mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Bantu Membantu membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Hasil penelitian, HIJABISTA mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif serta semangat agar Iman kekal istiqamah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Mendirikan solat lima waktu adalah satu kewajipan buat semua umat Islam. Ia juga satu tuntutan ibadah yang harus dititiberatkan apatah lagi merupakan rukun Islam yang kedua.
Tular sebuah perkongsian video di Tiktok menunjukkan para penumpang lelaki sedang melakukan solat subuh secara berjemaah di dalam keretapi komuter. Ia mendapat perhatian orang ramai atas kesanggupan mereka untuk melakukan ibadah tak kira di mana sekalipun.
Salute Mereka Walaupun Keadaan Bergoyang-goyang
@bentengsejagatSolat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊♬ original sound – Founder Misi
Perkongsian dari pemilik akaun @bentengsejagat menunjukkan suasana di dalam keretapi komuter dari Butterworth ke Padang Besar. Difahamkan lagi, keadaan ini sering terjadi setiap pagi oleh kerana ramai yang berulang alik dari kerja menggunakan pengangkutan ini.
Situasi itu sering terjadi sewaktu awal pagi sejurus azan subuh berkumandang. Mereka sudah biasa menjalani rutin harian sebegitu kerana tidak sempat untuk menunggu waktu solat subuh di rumah masing-masing.
“Solat itu mudah, kita semua boleh.” itulah kata-kata oleh pemilik video tersebut.
Mereka ini juga sudah bersiap sedia mengambil wudhuk di rumah masing-masing ekoran untuk mendirikan solat terus di dalam komuter. Alangkah bagusnya, ramai penumpang yang lain turut memberi kerjasama dalam memberi ruang dan menghormati keadaan itu.
Sudah Boleh Sediakan Koc Khas Untuk Solat
Setelah ramai yang telah melihat keadaan itu, lantas mereka mengutarakan pendapat untuk pihak syarikat pengangkutan awam itu untuk sediakan koc khas buat mereka yang ingin mendirikan solat.
Ia bagi memudahkan para penumpang Islam untuk mendirikan solat bahkan lebih menyenangkan keadaan di dalam keretapi Komuter. Tambahan lagi, ia juga sudah menjadi rutin harian buat para penumpang yang menaiki komuter itu.
“Subhanallah…dah boleh cadangkan satu kabin untuk yang ingin solat,
“@KTMB boleh minta satu koc bagi tempat solat. Sebagai penambahbaikan.” ujar mereka yang melihat video itu diruangan komen.
Sumber: Says
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.