Oat bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga boleh menjadi medium perawatan kecantikan wajah. Dikatakan ramai wanita Korea mengamalkan tip ini.

Parut dan jerawat pada wajah pasti membuatkan seseorang itu rasa rendah diri. Telah banyak produk yang dicuba namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Sebenarnya selain menggunakan produk perawatan wajah, rawatan menggunakan produk semula jadi juga amat membantu.

RESEPI HILANGKAN PARUT DAN JERAWAT DENGAN OAT

BAHAN-BAHAN:
Oat yang tiada perisa
Air mineral

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.

IKLAN

2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.

3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun brighten.

IKLAN

4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.

5.Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.

IKLAN

6.Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.

HIJABISTA: Apa-apa jua petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi sedikit lambat menampakkan kesannya. Sebab itulah anda perlu bersabar. Namun kebaikan menggunakan bahan semula jadi ialah ia tiada kesan sampingan. 

Sumber kredit: Intan Syafinas