Walaupun berhijab, kecantikan rambut itu tetap perlu diutamakan kerana rambutlah mahkota setiap wanita! Di sini, Hijabista kongsikan 7 perkara penting yang perlu dilakukan agar rambut kekal sihat dan kuat.

1. Potong hujung rambut anda.

Lakukan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya rambut akan bertambah sihat dan rambut yang lama akan digantikan dengan rambut yang lebih sihat.

foto:Google

2. Tak perlu cuci rambut hari-hari.

Sebaiknya cuci sekali dalam 2-3 hari bergantung kepada keadaan rambut anda. Ini bagi mengimbangkan minyak semula jadi yang terdapat dalam rambut kita semua. Cuci rambut yang terlalu kerap boleh menyebabkan ianya jadi kering. Nanti rambut tak sihat pulak. Tapi kalau tak selesa, hijabi bolehlah memakai ‘dry shampoo’ yang ternyata lebih mudah!

foto:Google

3. Gunakan minyak semula jadi untuk rambut.

Minyak kelapa, argan dan zaitun sememangnya sangat bagus. Selepas seharian bertudung, bolehlah urut minyak ini di kepala supaya rambut kekal sihat!

foto:Google

4. Jangan mandi guna air panas.

Memang syok mandi dengan air panas namun ianya akan membuatkan rambut bertambah kering. Jadi elakkanlah hijabi!

foto: Google

5. Pastikan rambut kering ketika memakai tudung.

Jangan pakai tudung masa rambut tgn lembap dan masih basah lepas baru mandi! Ini adalah satu kesalahan. Rambut akan menjadi berbau dan akan mudah gugur.

foto: Google

6. Longgarkan ikatan rambut.

Jangan ikat rambut terlalu ketat dan kuat. Ini akan membuatkan akar rambut tidak kuat seterusnya akan gugur. Untuk alternatif yang lebih mudah, gunakan inner neck/ninja supaya rambut tidak akan tidak terkeluar daripada tudung.

foto: Google

7. Basuh anak tudung dengan kerap.

Kebersihan itu sangat penting! Jangan selalu ulang pakai anak tudung itu. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang sudah melekat di situ. Nanti juga boleh menyebabkan bau kepam!

foto: Google

kredit : Have Halal Will Travel

Tinggalkan Komen