Setiap wanita mahu sentiasa kelihatan cantik dan muda walaupun umur semakin meningkat. Pelbagai rawatan sanggup dilakukan semata-mata mahu mendapatkan wajah idaman.

Tak perlu berhabis wang ringgit. Ia hanya satu pembaziran. Hijabista kongsikan 6 tip awet muda tanpa perlu melakukan sebarang rawatan wajah.

1. Sentiasa Tersenyum & Be Happy

Senyum dan ketawa sebenarnya boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih segar dan muda. Malah, senyuman juga dapat membendung anda daripada stress.

2. Selalu Berwuduk

IKLAN

Sebaiknya, jaga wuduk anda. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang berwuduk. Tahukah anda sebenarnya yang wuduk boleh membuatkan kulit kelihatan bersih dan sihat, dalam masa yang sama buat anda kelihatan lebih muda dan segar.

3. Minum Air Putih Secukupnya

Untuk mencegah penuaan, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih elok untuk kulit kerana ia akan meneutralkan racun dalam badan. Kulit pun akan jadi lebih lembap.

IKLAN

4. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Sering tidur lewat akan menyebabkan wajah kelihatan tua dengan lebih cepat. Tidur lewat akan menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.

5. Hindari Asap Rokok & Kurangkan Pengambilan Kopi

IKLAN

Jika anda merupakan seorang penggemar kopi, kurangkan pengambilan kopi kerana kafein yang ada di dalam kopi akan membuatkan wajah menjadi tua dengan cepat. Jauhi juga daripada asap rokok kerana rokok mengandungi zat beracun serta bahan aktif berbahaya yang akan mempercepat proses penuaan diri.

6. Rajin Memakai Masker

Sebaiknya, pakai masker yang dibuat sendiri di rumah. Antara masker yang elok untuk kulit adalah masker putih telur. Ia mampu buat kulit menjadi tegang dan bertambah muda.

Sumber: ummi-online.com