Saban tahun tatkala usia semakin meningkat, begitu juga kondusi kulit kita terutamanya pada bahagian wajah. Jadi cara penjagaan kita semasa remaja dan awal 20-an sudah tentu tidak lagi dapat menampung keperluan kulit kita. Jadi bagaimana mahu dapatkan kulit lebih baik?

Mari Hijabista berikan lima cara mudah:

1. Pastikan Tidur Anda Mencukupi

Adakah anda jenis yang gemar mencuba-cuba produk kecantikan? Hentikan! Jangan mencampur-campur atau menukar produk sesuka hati anda kerana ini hanya akan memburukkan keadaan kulit anda.

2. Periksa Produk Kecantikan Anda

Cari produk dari jenama yang serasi dengan kulit anda dan kekal dengannya untuk selama yang boleh. Jika anda mahu menukar juga produk, pastikan anda memberi selang masa selama dua minggu tanpa produk agar saki baki produk itu hilang dari kulit anda.

IKLAN

3. Sapukan Pelembap

ni merupakan langkah yang selalu kita langkaui hanya kerana kita tidak cukup masa atau malas. Jangan! Tahukah anda pelembap merupakan produk terpenting untuk kulit anda bagi mengekalkan kelembapan dan kandungan cecair pada kulit.

Periksa dulu kandungan pada pelembap ya. Cari yang sesuai untuk kondisi kulit anda; berminyak atau kering.

IKLAN

4. Tukar Diet Harian Anda

Ini mungkin sukar memandangkan ia memerlukan banyak pengorbanan dan juga kesungguhan yang kuat tetapi jangan putus asa dan mudah mengalah.

Diet yang sihat bukan sahaja membantu kompleksi wajah malah ia memberi kesihatan yang berpanjangan kepada tubuh badan anda. Jangan lupa juga untuk membanyakkan konsumasi air; 3 liter satu hari ya~

IKLAN

5.’Simpan’ Tangan Anda!

Apabila ada sahaja jerawat pada wajah, pasti tangan kita juga gatal-gatal mahu pecahkan. Cuba elakkan! Ini hanya akan memburukkan lagi jerawat anda.

Dengan tindakan anda memecahkan jerawat, ia hanya menyumbatkan lagi pori yang bernanah itu dan ia hanya memburukkan lagi keadaannya. Sebaiknya, rawat sahaja dengan produk yang sesuai dan pastikan anda menggunakan putik kapas untuk meletak ubat ya!

Cara ini sama sekali tidak susah tetapi mahu melaksanakannya bukanlah mudah. Tetapi sentiasa positif dan kuatkan semangat agar kulit anda akan lebih baik dan tanpa cela. Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI