
Di dunia ini, kita tidak dapat hidup sendiri. Bersyukurlah atas rakan-rakan hebat yang telah dianugerahkan kepada kita. Oleh itu jagalah hati rakan kita, kadang-kadang bagi kita nampak simple, tapi sebenarnya mempunya hati yang super sensitif. Benda yang simple pun mudah terasa.
Bergurau senda tu perkara biasa la. Tapi kena tahu jugak batas-batasnya. Lagi-lagi kena kena banyak bersabar. Disini ada beberapa cara mengekalkan persahabatan, mungkin kita boleh cuba!
RAHSIA MENGEKALKAN PERSAHABATAN SEHINGGA SELAMANYA
1. JANGAN MENJADI API
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, biasalah kalau timbul salah faham yang boleh menimbulkan pergaduhan. Tapi yang penting, salah seorang kenalah mengalah, mengalah bukan bererti kita kalah.
2. BERKAWAN IKHLAS KERANA ALLAH
Kunci utama mengekalkan persahabatan, Bila kita ikhlas berkawan kerana Allah, Insyaallah kita pasti dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.
3. LUANGKAN MASA BERSAMA
Walaupun kita sibuk dengan kerja seharian. Tapi kena pandai curi masa yang ada untuk meluangkan masa bersama-sama. Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.
4. SENTIASA BERSAMA DIWAKTU SUSAH DAN SENANG
Kita selalu senang nak dapat kawan, tapi bila nak cari kawan ketika susah itu yang sukar dicari. Carilah kawan yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.
Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting dalam hidup kita. Agama kita juga mahu kita merapatkan silaturrahim. Seboleh-bolehnya kita cubalah menjaga persahabatan kita dengan hati yang ikhlas, agar ia berkekalan.
Fazura Tampil Buat KEJUTAN Santun Berhijab Di Sidang Akhbar Umum PERTUNANGAN. Moga Terus ISTIQOMAH!

Sebelum ini kecoh di media sosial pasangan popular Fattah Amin dan Fazura telah bernikah sebelum keduanya berangkat ke tanah suci Mekah. Namun semalam kedua-duanya telah menjelaskan perkara sebenar. Mereka bukan sudah bernikah tetapi mengakui telah mengikat tali pertunangan 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya.
Semua kontroversi terlerai apabila diadakan sidang akhbar khas lewat petang tadi seperti dijanjikan sebelum berangkat tempohari. Pasangan ini tampil mengejutkan dengan mengenakan pakaian serba putih bagaikan sudah bernikah.

Malah lebih mengejutkan Fazura tampil cukup ayu berhijab juga dari warna sama. Pelakon ini nampak sangat cantik dan jelita sekali dengan padanan warna putih yang digayakan sempena sidang akhbar berkenaan.

Kurung moden yang digayakan juga menampakkan ciri seperti baju akad nikah dengan perincian manik di hujung lengan dan bawah baju. Walaupun wajah Fazura dibiarkan polos tanpa solekan, namun tetap terserlah seri dan aura tunangan orang ini.
Belum menetapkan bila akan berkahwin, tetapi pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Fazura menggayakan dress pengantin yang pastinya akan lain daripada yang lain. Rasanya nanti Fazura akan menjadi pengantin paling cantik dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
Namun begitu dalam sidang media berkenaan juga memberitahu keduanya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin. Menurut Fattah mereka perlu menjalani prosedur yang telah ditetapkan sebelum berkahwin seperti menghadiri kursus dan sebagainya.
Apapun admin doakan segalam urusan dipermudahkan dan mengharapkan penampilan Fazura akan kekal berhijab begitu. Wajahnya memang sesuai sekali mengenakan hijab dan lebih terserlah ayunya.
6 Khasiat Air Basuhan BERAS Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Buat Wajah Jadi ‘FLAWLESS’ & Hilangkan Jerawat

Tahukah anda khasiat air beras ini boleh memberi pelbagai manfaat buat anda. Beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolesterol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.
Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya. Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiatnya untuk kulit wajah.

1. Kulit Lembut & Halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan Wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah Lebih Cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
4. Mengecilkan Pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh Jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
6. Atasi Kulit Wajah Berminyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Puasa 16 Jam & Diet Eat Clean Rahsia Wanita Ini Kurus Cepat. Berjaya Lenyapkan 13.5 KG Dalam Masa 4 Bulan

Setiap hari di laman media sosial, ada sahaja yang berkongsi cara menurunkan berat badan. Bukan tujuan mereka untuk riak kerana berjaya dalam misi diet, tetapi sekadar berkongsi dengan netizen di luar sana yang juga mengalami masalah pertambahan berat badan berlebihan. Seperti perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu pengalamannya berjaya menurunkan 13.5 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Nurain Sazila, 33 tahun ini mengamalkan puasa atau kaedah intermittent fasting selama 16 jam, duet kalori dan juga senaman. Menurutunya dia mengamalkan diet cara ini sejak Oktober tahun lalu selepas melahirkan kedua-dua anaknya melalui kaedah ceaserean.
Ikuti perkongsiannya di laman sosial facebook caranya menghilangkan berat asal dari 74.5 kg dan kini hanya 61 kg. dia turut berkongsi menu diet diamalkan dan semuanya adalah ‘eat eat’.
Kena sabar dan konsisten kalau nak diet berkesan
Saya share sebab nak bagi semangat pada yang lain² yang sedang berdiet your journey, your struggles, your high and low akan terbayar sekiranya kita istiqomah dan bersabar.
Semua diet akan berkesan sekiranya kita sabar dan konsisten buat. Walau ada hari terbabas and kita makan banyak macam ada lapan perut teruskan perjuangan. Yang hari dah tergagal tu dahlah. Yang penting esoknya back on track
Saya cuma amalkan Intermittent Fasting + Diet Kalori ( kadang² eatclean/kdg² sukusukuseparuh/kdg² low carbs – tapi saya just jaga food kalori intake saya antara 1200-1350kalori sehari) + light workout ( aerobic/ light zumba/briskwalk/slow jog)
Monitor kalori saya pakai apps myfitnesspal. Workout goals saya pakai jam Mi Band 3.
Share gambar buka untuk tujuan riak, tetapi beri inspirasi kepada orang lain.
Saya share gambar ni bukan nak meriak. Sebab saya x hebat, saya bukan orang yang sangat² disiplin tetapi Allah swt yang mudahkan urusan diet/fitness saya.
Saya share dekat sini menu apa yang saya amalkan dan makan untuk turunkan berat badan saya.
Saya makan 3 kali sehari. Meal 1 + Meal 2 + Snack. Ini saya punya personal preference. Sebab saya buat IF, jadi feeding window pun sekejap je. Tak semestinya kena makan 3x macam saya ya,lagi kerap makan lagi bagus tapi kena pastikan jumlah kalori mestilah diantara 1000-1300cal. Ingat apa rahsia sebenar kurus ???? Makan jangan lebih kalori defisit harian.
Tahu tak sebenarnya kalau hari² lunch makan burger McD (tak termasuk fries dengan cola ya) sebenarnya boleh je kurus pasal McChiken Burger tu kalori dalam 300-400 – kan ke masih dalam nilai kalori defisit tu. Tapiiiiiiiii kena ingat fast food, processed food tak ada nilai nutrisi. Tak berkhasiat. Sekali sekala nak makan ok je. Nak elakkan terus, kita ni manusia ada nafsu kan. Makanlah tapi berpada². Sekali sekala melayan anak tekak ok je. Jangan stress² diet ni. Sebenarnya diet ni x ada makanan yang tak boleh makan, semua boleh makan cuma makanan yang kita makan tu lebih baik ada nilai nutrisi dan khasiat.
Buat masakan tumis tetap guna minyak, tetapi satu sudu sahaja
Tahu tak minyak masak sesudu besar bersamaan anggaran 120 kalori ? Sebab itu saya kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Bukan tak guna terus ya. Saya masih juga tapi saya akan guna paling banyak 1-2 sudu besar sahaja jika masak. Kalau tak macam mana nak menumiskan boleh ke tumis pakai 1 sudu besar minyak? Boleh je. Saya dah test. Sedap je. Menjadi je masakan. Kalau sambal tak jadilah kot. Tapi saya pun dah berbulan x menumis sambal sebab kami makan sambal belacan dengan sambal kicap je sekarang. Masak udang sambal ke sotong sambal ke pakai pes sambal belacan + 1 sudu besar minyak. Sama sedap je macam sambal biasa.
Gula putih dan susu pekat manis pun jarang guna dirumah kami. Saya pun kalau masak memang jarang tambah gula. Kalau rasa nak menambah pun dalam 1 sudu teh kecil. Susu pekat manis memang dah tak ada dalam fridge sebab saya minum kopi essenso yang sachet tu kan jadi x kena tambah apa² lagi manisan sbb memang dah 3 in 1. Eh diet pun boleh minum 3 in 1 ya? Susah nak jawab soalan ni saya ni avid coffee drinker. So dalam kalori harian saya – saya memang allocate 110kalori untuk kopi yg saya suka – macam saya cakap tadi asalkan ada kalori defisit berat tetap akan turun.
Untuk yang PM saya makan apa. Ni saya share saya makan apa. Tak ada rahsia lain. Memang tips yang common je
1. Kurangkan minyak 2.Kurangkan gula 3.Kurangkan makan 4. Rajinkan diri bersenam
Masalah berdiet ni, bukan diet tu susah. Yang susah nak kawal diri ni asyik nak makan je. Sebab tu IF membantu sebab feeding window nak makan tu sekejap je.
Tak ada rahsia. Tak ada pil. Tak ada produk² kurus. Rahsianya Jaga Makan.
Ingat 80% jaga makan 20% bersenam.