‘Kahwin muda‘,topik yang sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana wanita dan lelaki. Dahulunya metod ini adalah perkara biasa kepada orang tua kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: whatapp dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
#5 Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, bersosial dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu menyesak kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
SUMBER: Zon Cinta
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Halus & Berseri Bella Dally Hasil Minum Air Suam Waktu Dinihari & 3 Lagi Petua Cantik Diamalkan Sejak Dulu!
Jika dilihat di laman instagram selebriti ini, dia memang rajin muat turun foto sama ada selfie atau dalam keadaan pose. Lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara bersama suami tersayang.
Walaupun sedang bercuti, pelakon tinggi lampai, Bella Dally ini tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan wajahnya. Pelakon dan isteri kesayangan usahawan ini memang diakui mempunyai kulit yang halus, putih dan berseri.
Bukan itu sahaja, Bella Dally juga antara selebriti yang dikurniakan wajah jelita mirip keanak-anakan. Nak jadi cantik macam Bella Dally, jom kita tengok rutin penjagaannya.
1. Tidak Pernah Skip Rutin Penjagaan Harian Sebaik Bangun Tidur
Bella mengamalkan tiga langkah sebaik sahaja sedar daripada tidur. Cuci muka, aplikasi ‘toner’ dan sapuan rata sedikit krim pelembap. Sekiranya melangkah keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria. Langkah diulangi pula pada malam hari.
2. Minum Air Suam Waktu Dinihari
Meneguk dua gelas air suam pada waktu dinihari. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.
3. Tidur Cukup
Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.
4. Solekan Sederhana
Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu. Saya gemar sisi natural.
Artikel Berkaitan: Petua Cantik & Sihat Sharifah Sakinah
KREDIT FOTO: BELLA DALLY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rejim Kecantikan Hijabi 20an, 30an Dan 40an, Ini Cara Merawat Kulit Dengan Pilihan Produk Terbaik
Tanpa bola kristal, sukar untuk meramalkan bagaimana penampilan kulit anda dalam tempoh 5, 10 atau 20 tahun dari sekarang. Tetapi kemungkinannya, anda mungkin akan throwback dan berharap anda melakukan lebih banyak perkara untuk melindungi epidermis kulit anda.
Ketika pakar kecantikan mengetahui lebih lanjut mengenai proses penuaan semula jadi tubuh, industri penjagaan kulit mengalihkan tumpuannya mereka dari yang sudah memiliki kedutan kepada mereka yang belum memilikinya. Dari rawatan bertaraf milenium hingga pembaikan kulit yang terbaik, Jom hijabita kongsikan apa yang patut anda lakukan dari sekarang.
Untuk mengetahui cara merawat kulit anda pada usia 20-an, 30-an dan 40-an di bawah:
20an – Rejim Pencegahan
Pada usia dua puluhan, anda mempunyai kulit yang gebu dan anjal, kaya dengan banyak kolagen, dan pembalut lemak subkutan di bawah kulit yang menyokong wajah tegang dan ceria, memberikan wajah yang segar dan bugar pada wajah.
Sebilangan besar kerosakan UV seumur hidup kita berlaku pada usia dua puluhan, sebab itulah sangat penting untuk memulakan rejim pencegahan anda bermula dari sekarang sebelum pengeluaran kolagen menjadi perlahan dan kerosakan itu mula kelihatan. Menjaga kulit anda pada usia dua puluhan akan memberi dividen seiring usia. Kebimbangan terbesar anda pada masa ini kemungkinan besar adalah jerawat dan pengeluaran minyak yang tidak teratur.
Pelindung tabir suria:
Ini adalah satu kaedah anti-penuaan yang paling penting dan yang diperlukan hanyalah sapuan krim tabir suria. Sinar matahari adalah penyebab penuaan nombor satu, cegah segera supaya kulit terlindung dan tidak rosak. Dapatkan pelindung cahaya spektrum luas terbaik yang boleh anda beli dan pakai 365 hari setahun. Sama ada anda menggunakan pelindung matahari kimia atau fizikal mineral, namun banyak pakar penjagaan kulit lebih suka pelindung matahari fizikal yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida daripada bahan kimia. Apabila anda memakai bahan kimia anda mencegah pembakaran, tetapi anda masih menyerap sinar matahari, yang menyebabkan kerosakan radikal bebas, oleh itu proses penuaan kulit masih terjadi.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Tolak Produk Pemutih Atau Anti Penuaan, Lindungi Dahulu Wajah Dengan Sunscreen Paling Laris Di Drugstore
Rawatan cahaya Niacinamide (Vitamin B3) atau LED:
Bintik hormon menjadi perhatian umum pada usia dua puluhan dan antara banyak kelebihan vitamin B3 meningkatkan epidermis, mengurangkan pigmentasi dan meningkatkan pengeluaran kolagen yang juga hebat untuk mengatur aliran minyak dan seterusnya mengurangkan jerawat. Rawatan cahaya LED perubatan, seperti Omnilux, memusnahkan bakteria penyebab jerawat, meredakan keradangan dan membantu proses penyembuhan semula jadi tubuh.
Vitamin A:
Satu-satunya bahan yang mampu memprogramkan semula sel, vitamin A tidak hanya melambatkan pemecahan kolagen dan elastin, tetapi juga meningkatkan pergantian sel pengelupasan semula jadi dan memperbaiki kerosakan UV yang ada. Terdapat sebilangan besar jenis vitamin A, tetapi pada usia 20an, sumber seperti beta-karoten juga terdapat dalam lobak merah atau retinil palmitat disyorkan kerana lebih lembut daripada retinol yang lebih kuat.
Antioksidan:
Makan makanan yang kaya Antioksidan untuk manfaat tambahan kesihatan umum kita, tetapi antioksidan juga penting untuk kesihatan kulit. Antioksidan melindungi kulit dari kerosakan persekitaran dengan bekerja dari dalam ke luar, yang seterusnya dapat membantu mengurangkan pengembangan garis-garis halus dan kedutan. Terdapat banyak antioksidan yang berkesan untuk kulit, dari teh hijau dan ekstrak anggur hingga vitamin C dan lain-lain untuk mangatasi masalah kulit anda. Penyelidikan menunjukkan bahawa kulit lebih baik dengan pelbagai antioksidan daripada hanya satu, jadi teruskan dan gunakannya.
Produk yang disarankan untuk umur 20an
Dari pembersih hingga alat sonik hingga skrub, jika anda menggunakan satu pengelupasan di atas yang lain, kulit boleh menjadi jengkel dan kasar. Selalu gunakan pembersih lembut, terutama pada waktu pagi apabila anda hanya mempunyai minyak semula jadi dan produk malam sebelumnya untuk membersihkannya.
Pembersih muka : Banila Co Clean It Zero Foam Cleanser
Pencuci pelengkap sempurna untuk membersihkan balm jenama ini. Rumusannya mengandungi agen pembersih semula jadi yang berasal dari asid amino untuk menyahtoksik kulit kotoran seperti kotoran dan peluh dengan berkesan tetapi berkesan. Kami menyukai pembersih berkrim ini kerana ia tidak menjadikan kulit terasa ketat dan kering selepas digunakan.
Toner: Benton Aloe BHA Skin Toner
Sekiranya pengalaman anda menggunakan toner terasa keras dan kering, anda mungkin perlu mencuba formula K-Beauty. Produk K-beauty cenderung lebih lembut dan menawarkan lebih banyak faedah daripada hanya menyeimbangkan kulit anda. Dengan asid salisilat, lidah buaya, dan snail mucin, toner ini mensasarkan pelbagai masalah kulit yang biasa berlaku di antara 20-an, termasuk jerawat, kepekaan dan dehidrasi.
Essence: Cosrx Galactomyces 95 Tone Balancing Essence
Sekiranya anda seorang pemula, esen penjagaan kulit tambahan, walaupun ringan, lapisan penghidratan dan membantu meningkatkan kadar perolehan sel, yang mula perlahan pada usia 20-an. Untuk mendapatkan kulit yang cerah, pertimbangkan Cosrx Galactomyces 95 Tone Balancing Essence. Mengandungi 95% filtrat fermentasi galactomyces bahan yang menghidrat, mencerahkan, dan memperbaiki tekstur kulit.
Pengelupas: Saturday Skin Rub-A-Dub Refining Peel Gel
Pada usia 20-an – terutama awal 20-an kulit anda mungkin belum bersedia atau memerlukan pengelupasan kimia yang berat. Gel pengelupas seperti ini dari Saturday Skin adalah medium yang senang dengan lembut mengelupas sel-sel kulit mati yang menyumbat pori dengan enzim semula jadi dan meningkatkan proses pembaharuan semula jadi kulit dengan campuran peptida.
Masker: Mamonde Pore Clean Clay Mask
Campuran tanah liat menyapu sebum dan mengurangkan penampilan pori-pori, sementara heartleaf (eoseongcho) berfungsi untuk mencegah jerawat dan walnut shell powder ringan untuk pengelupasan. Tidak seperti topeng tanah liat pembersih di luar sana, yang ini tidak meninggalkan kulit yang terasa kering setelah digunakan.
Serum: DRUNK ELEPHANT C-Firma Day Serum
Serum unik ini walaupun mengandungi tahap Vitamin C yang tinggi, ianya tidak akan teroksida dan memedih seperti serum Vitamin C yang lainnya. Khasiat Vitamin C ialah untuk membantu menambah regulasi kolagen dalam kulit, mempercepatkan penumbuhan kulit baru yang akan mengantikan kulit bermasalah, menghakis sel kulit mati dan menggandakan kesan hidrasi supaya anda akan kelihatan gebu, cerah dan berseri. Kandungan anti-oksidan yang tinggi dalam serum ini juga membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan produk mencegah tanda penuaan awal supaya kulit kekal awet muda!
Krim mata: Olay Brightening Eye Cream For Dark Circles
Krim mata yang sangat berkesan ini mengandungi semua bahan kegemaran anda untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kulit di sekitar mata. Ia memulihkan, menghidrat, dan memberi tenaga. Lebih penting lagi, ia sangat menyerlah. Mempunyai vitamin C untuk membantu lingkaran hitam, pigmentasi, dan untuk merangsang pembentukan kolagen. Mengandungi vitamin E untuk memberikan perlindungan radikal bebas. Niacinamide dan kafein pelbagai tugas meningkatkan kesan pencerahan krim mata. Kulit kekal terhidrat sementara krim berfungsi untuk mencegah kedutan. Memang berbaloi!
Pelembap muka: Glow Recipe Watermelon Pink Juice Oil-Free Moisturizer
Krim berkhasiat yang dibuat untuk menambah dan menyuburkan kulit berminyak dan kering. Sekiranya anda juga mengalami kulit berminyak pada usia 20-an, pelembap bebas minyak menyatukan kulit dengan asid hyaluronik dan menyuntikkan kulit dengan ekstrak tembikai, yang kaya dengan antioksidan dan mineral. Sekiranya anda berusia awal 20-an, krim ringan ini boleh menjadi tambahan yang baik untuk penjagaan kulit anda untuk memastikan minyak yang berlebihan terkawal sambil memberi kulit antioksidan setiap hari.
Krim Tabir Suria: Thank You Farmer Sun Project Light Sun Essence
Menggunakan pelindung matahari setiap hari adalah kaedah terbaik untuk mencegah penuaan. Percayalah, apabila anda lebih tua dan kulit anda akan bersyukur kerana kekerapan anda menggunakan SPF pada usia 20-an. Krim tabir suria ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit, meninggalkan kemasan semi-matte dan tidak putih. Selain perlindungan spektrum luas, formula ini juga mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kulit seperti ekstrak daun aloe vera dan lipid kacang soya.
30-an Tumpuan Pada Penghidratan & Pigmentasi
Ketika anda mencapai usia akhir dua puluhan dan awal tiga puluhan, kulit anda mula berubah ke bawah ketika pengeluaran kolagen mula perlahan. Garis-garis halus, terutama di sekitar mata dan dahi kelihatan, kulit mula menipis terutama di sekitar mata dan kehilangan lapisan lemak subkutan di bahagian tengah muka, di bawah lubang mata dan sudut mulut mula membuat kita kelihatan letih dan tertarik. Pada awal tahun tiga puluhan, anda mula melihat kesan pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak, jadi anda juga sering mengalami pigmentasi,” jelas Marianna. Tumpuan anda harus pada penghidratan, merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan pigmentasi.
Pelembap:
Penghidratan sangat penting, jadi tanamkan pelembap yang baik, krim mata dan rawatan malam, sesuai dengan asid hyaluronik kerana ia sangat baik untuk mengekalkan kelembapan.
Vitamin A:
Sekiranya anda tidak menggunakan serum vitamin A pada usia dua puluhan, sudah tibanya untuk bermula sekarang. Bergantung pada jenis kulit, vitamin A (retinol) yang lebih kuat boleh digunakan tetapi, seperti semua bahan aktif, ia perlu diperkenalkan secara perlahan. Vitamin A sensitif terhadap cahaya UV jadi hanya boleh digunakan pada waktu malam. Ia juga penting semasa menggunakan vitamin A bahawa anda memakai pelindung matahari setiap hari, kerana kulit menjadi lebih sensitif terhadap UV.
Vitamin C:
Antioksidan yang paling kuat, serum vitamin C kini tidak dapat dipisahkan kerana ia akan berfungsi memperbaiki DNA sel kulit yang rosak sehingga menyebabkan pigmentasi.
Penyimpanan Kolagen:
Seperti namanya, perbankan kolagen adalah proses menyimpan kolagen sehingga badan anda dapat menggunakannya di kemudian hari. Ini dilakukan melalui proses merengsakan kulit dan membuat luka mikro, memaksa tubuh menghasilkan pecahan kolagen untuk menyembuhkan luka. Teorinya adalah bahawa dengan membina dan menambah kolagen pada kulit pada usia dua puluhan dan tiga puluhan, anda tidak akan kehilangan banyak sokongan struktur ketika anda mencapai usia empat puluhan dan lima puluhan.
Terdapat sejumlah rawatan perbankan kolagen yang tersedia. Rawatan PRP melibatkan penyuntikan platelet darah anda sendiri ke dalam kulit, sehingga meningkatkan pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan.
Dermal rolling juga merupakan proses jarum, menggunakan alat yang ditutup dengan jarum kecil yang digulung ke atas kulit, menembusi beberapa lapisan pertama epidermis. Dermal rolling biasanya digunakan bersamaan dengan wajah kerana membantu penembusan produk penjagaan kulit yang aktif. Ini juga dapat mengurangkan pigmentasi.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 10 Alat Kecantikan Rawatan Ala SPA Di Rumah, Berbaloi Dimiliki Agar Kulit Kekal Awet Muda
Terdapat pelbagai rawatan laser pecahan yang memulakan perbankan kolagen, namun banyak di antaranya melibatkan waktu untuk pulih. Laser berfungsi jauh ke dalam kulit sehingga menyebabkan lesi mikroskopik di bawah permukaan. Apabila kulit kita rosak ia menghasilkan tisu kolagen yang lebih kuat daripada sebelumnya. Sepanjang rawatan, serat kolagen diperkuat dan kulit menjadi lebih anjal, lebih halus dan tegang dengan tekstur yang lebih baik.
Produk yang disarankan untuk umur 30an:
Pembersih bercahaya
Semasa tidur, kulit anda melalui proses pembaharuan, dengan menghilangkan toksin dan serpihan. Ini tidak memerlukan pencucian wajah secara keseluruhan, cukup air misel adalah yang anda perlukan.
Pembersih muka: Caudalie Micellar Cleansing Water
Tanggalkan solekan dalam satu langkah tanpa menggunakan air. Tidak perlu bilas, hanya sapuan cepat, dan alat solek, kekotoran, dan sebum melekat pada formula. Pembersih nombor satu di Perancis, Air Pembersih Micellar Caudalie bertindak seperti magnet untuk mengangkat kotoran, minyak, sebum berlebihan, dan alat solek dari wajah dan mata. Rumusannya digerakkan oleh air anggur organik, ekstrak chamomile, dan gliserin tumbuhan untuk menenangkan, melembapkan, dan melembutkan kulit.
Toner: Elemis Soothing Apricot Toner
Toner rawatan yang menenangkan ini dapat menenangkan kulit dengan berkesan dan membantu mengekalkan tahap pH, tanpa penggunaan alkohol atau bahan pencuci keras lain. Warna segar dan berseri. Untuk kulit sensitif.
Serum: Alpha-H Vitamin C
Merangsang penghasilan kolagen dengan berkesan, Serum Vitamin C Alpha H berfungsi untuk memperbaiki cahaya, keanjalan dan tekstur kulit serta mengurangkan pigmentasi, memperbaiki pori-pori dan melindungi dari kerosakan sinar matahari di masa depan. Sesuai untuk semua jenis kulit, serum penghidratan ini menjadikan kulit kelihatan lebih gebu, lebih tegang dan muda.
Pelembap muka: Paula’s Choice Defense Essential Glow Moisturizer SPF 30
Pelembap yang melindungi kulit dengan perlindungan matahari mineral dan antioksidan untuk membantu melindungi daripada kesan kerosakan persekitaran. Menciptakan cahaya sihat dan segera untuk kulit di bawah solekan. 12 antioksidan dengan jelas mengurangkan tanda-tanda penuaan berasaskan persekitaran. Krim ringan digunakan sebagai langkah terakhir rutin pagi anda.
Krim tabir suria: Supergoop Glowscreen SPF 40
Formula menghidratkan ini menghasilkan kanvas yang sempurna dan bercahaya untuk solekan, dengan perlindungan UV spektrum luas yang dibina. Peretasan SPF, juga berfungsi sebagai penyerlah tinggi di mana sahaja anda mahukan sedikit cahaya sinar matahari.
40-an Pergantian Sel
Semasa anda berusia empat puluhan, kulit anda mulai hilang integriti dan akan menjadi lebih kering dan rapuh. Pergantian sel anda akan mula perlahan lebih jauh dan anda mungkin akan melihat tompok-tompok kasar di wajah. Keanjalan akan terus berkurang apabila kulit anda menipis dan anda akan melihat sedikit kulit kendur melalui mulut, dagu dan pelipis.
Oleh kerana kulit anda semakin menipis, mungkin anda akan memperhatikan lebih banyak garis, terutama di sekitar bibir dan mata. Semuanya terdengar seperti malapetaka dan kesuraman, tetapi jangan khuawatir, anda hanya mempunyai dua perkara yang perlu ditumpukan pergantian sel dan mengangkat.
Retinol:
Sekiranya anda belum beralih ke retinol, sekarang adalah masa untuk melakukannya. “Vitamin A yang lebih kuat, seperti retinol, mempunyai sifat permukaan semula jadi untuk meningkatkan pergantian sel dan mengurangkan penumpukan sel mati dan meminimumkan ‘tompok kasar’ yang dapat berkembang pada kulit pada usia ini.
AHA:
Ketika anda lebih muda kulit mempunyai proses pengelupasan semula jadi, tetapi ketika kita semakin tua proses ini menjadi perlahan, menghasilkan kulit yang kusam. Teknik pengelupasan yang paling lembut dan berkesan, AHA (asid alfa hidroksi) berfungsi dengan melonggarkan gam yang menyatukan sel-sel kulit mati, menghasilkan cahaya segar. Cubalah dengan masker.
Peptida:
Peptida membantu penghidratan dan merangsang sel yang menghasilkan kolagen untuk menjadi lebih aktif.
Penegangan:
Dengan menggunakan facelift tanpa menggunakan pisau, menggunakan jumlah minimum dermal filler yang ditempatkan di lapan lokasi strategik untuk mencapai angkat dan sokongan maksimum di mana anda sangat memerlukannya.
Produk yang disarankan untuk umur 40an:
Pencuci muka: Soy Face Cleanser
Pembersih gel yang sangat lembut yang langsung menghilangkan kekotoran dan solek setiap hari-bahkan maskara-tanpa menanggalkan kulit dengan kelembapan penting, sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Toner: The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution
Formula pekat Ordinary mempunyai 7% asid glikolat, AHA yang cukup ajaib mengembalikan kejernihan, kegemilangan, dan juga tekstur pada kulit anda setelah satu kali penggunaan dan dengan hasil yang semakin bertambah dari masa ke masa. Lada Tasmania dan lidah buaya yang berasal dari tumbuhan untuk menenangkan kerengsaan atau kemerahan dan akar ginseng untuk cahaya tambahan.
Serum: SkinCeuticals C E Ferulic Serum
Serum antioksidan yang menggabungkan 15% Vit C dan 1% Vit E dengan Ferulic Acid, untuk mengoptimumkan perlindungan terhadap kerosakan sinar UVA / UVB, membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang, dan merangsang pengeluaran kolagen.
Pelembap Muka: Olay Total Effects Day Moisturiser Fragrance Free 7-in-1 Anti-Ageing
Total Effect Face Moisturizer yang berkhasiat ini memberi anda tujuh faedah: ia menghidrat, menambah, mencerahkan, menyerlahkan tona nada, meminimumkan penampilan pori-pori, kelihatan tegang dan halus. Selain itu, terkandung VitaNiacin Complex II untuk kulit yang kelihatan sihat. Formula bebas minyak ini menyerap dengan cepat dan bersih sehingga anda akan merasa berseri dan bukannya berminyak.
Krim Tabir Suria: EltaMD UV Clear Broad-Spectrum SPF 46
Losyen ini mengandungi zink oksida dan octinoxate, yang melindungi kulit dari sinar UV yang menjengkelkan dan mencegah tanda-tanda penuaan di masa depan, seperti garis halus, kedutan, dan bintik-bintik usia. Ia juga mengandungi niacinamide, bahan yang membantu mengurangkan kemerahan. Bonusnya krim ini bebas minyak, bebas wangian, bebas paraben, dan telus, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 13 ‘Makeup Base’ Rahsia Buat Solekan Tahan Lama & Kulit Bebas Cela. Hijabi Boleh Cuba Ya!
Setiap kali keluar rumah, pasti anda akan mengenakan solekan pada wajah agar wajah tampak lebih berseri dan bermaya. Antara perkara yang penting sebelum mula bersolek adalah memakai makeup base. Makeup base berfungsi sebagai penutup pori wajah dan buat wajah tampak mulus. Malah, solekan juga akan kekal lebih lama.
Anda tentu bingung dan keliru untuk memilih ‘makeup ‘base’ yang sesuai dengan kulit wajah anda kan? Kini anda tidak perlu runsing untuk memilih makeup base yang sesuai kerana wanita bernama Azreena Azmi ini telah berkongsi 13 jenis ‘makeup base’ dengan fungsi yang berbeza mengikut keperluan kulit masing-masing. Semua ini boleh didapati di drug stores berhampiran anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Beberapa Sebab Pentingnya ‘PRIMER’ Untuk Make Up Yang Cantik Dan Tahan Lebih Lama!
Fungsi ‘Makeup Base’
Kali ni makeup base pula. Mostly makeup base yang jual kat Watsons or any drug store semuanya ada fungsi yang sama iaitu tutup poridan bagi nampak halus. Susah nak cari yang boleh bagi mekap lasting, ada satu dua produk ja. Tapi jangan risau, ampa boleh pakai 2 jenis ‘makeup base’ kat muka.
Semua Ena letak standard 16 jam. Sebab memang semua produk depa letak ‘setengah hari’ tahan. Ada yang kurang daripada itu bergantung pada kulit masing-masing.
First, pakai yang bagi lasting. Second, makeup base yang boleh tutup pores, sapu kat kawasan yang big pores ja.
Kalau untuk kulit kering ada satu dua produk jugak. Sebab kat drug store tak dak juai yang oil-based. Sebab oil-based ni sesuai untuk dry skin. Macam argan oil or any oil. Actually bio-oil pon boleh buat ‘makeup base’. Haaaaa! Tapi untuk kulit kering je la. Yang berminyak tu jangan gatai pi pakai. Nanti lagi nampak berminyak, boleh goreng teloq. Hahahaha
Kalau pores terlalu besaq macam iols memang tak boleh buat apa nak bagi nampak licin. I’m so sorry. Memang akan nampak.
Makeup base ni hampa nak pakai dia saja pon boleh, nak pakai before foundation pun boleh. Ikut la mana satu hampa mau. Janji hampa hepy. Muahahaha.
Harga yang display semuanya NORMAL PRICE kat WATSONS, HIJABISTA kongsi paralink untuk beli atas talian jer. Mudah bukan!
1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15
Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Hahaha. Ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai ni saja. Fungsi untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.
Ni fav ena, dah 4 botoi pakai rasanya. Ena pakai yang ni sahaja, lepas tu apply baby powder ja. Dia bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.
Untuk oily skin boleh nak pakai, tapi tak tahan lama. After apply yang ni better pakai loose powder untuk tahan lebih lama.
Texture: light cream (tak heavy)
Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit ena mula keluaq minyak ?)
Untuk semua jenis kulit: Terutamanya dry skin Tak clogged pores
Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata. Mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.
- ONLY AT WATSONS: Harga: RM52.90
- LAZADA: BElI DI SINI
2. Luna Pro-Lighting Base SPF30
Haaa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin. Iols suka yang macam ni. Nak buat makeup nampak glowing mowing.
Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.
Texture: liquid
Boleh clogged pores sbbkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing
Tahap lasting: 16 jam
Untuk jenis kulit: all skin types terutamanya dry skin
- ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS) : Harga: RM89.00
3. Revlon Photoready Pore Reducing
Yang ni pun ena pakai bila nak buat heavy makeup, or nak attend any function. Sebab ena ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat) . Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati ?
Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cayaq sikit ?)
Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la)
Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk normal to oily skin.
- WATSONS: Harga: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
4. Revlon Photoready Brightening
Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.
Texture: light balm
Tahap lasting: 16hours
Boleh clogged pores.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Bak Porselin, Make Up flawless Dengan 12 Primer Cadangan Dan Ini Cara Terbaik Pilih Primer.
5. Revlon Colorstay UV Primer SPF40
Untuk yang suka makeup light-light, sebab dia ringan. Ada SPF40. Makeup lasting 24 hours tapi dia tak boleh tutup pores. Heee.
Texture: liquid
Tahap lasting: 24jam
Tak clogged pores. Tapi pakai lama-lama boleh clogged
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
6. Maybelline Baby Skin Pore Eraser
Ni ramai orang tau kan. Femes jugak kat luaq negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)
Texture: liquid balm (light, weightless)
Tahap lasting: 16jam
Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. Muahahahahaha.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM29.90
- LAZADA : BELI DI SINI
7. Maybelline Dream One Day Perfect SPF18
Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Hehehe. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.
Texture: liquid
Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la bro. Hahahaha
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak
- WATSONS: RM52.90
- LAZADA: BELI DI SINI
8. L’oréal Paris Base Magique
Macam biasa, buatkan kulit nampak halus mulus dan cover pores.
Texture: balm
Tahap lasting: 16hours
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
9. L’oréal True Match Blur Cream
Yang ni sama ja fungsi dia macam mak dia (base magique) cuma yang ni texture dia lebih pekat sikit. Dia sama macam Benefit Porefessional. Hehehehehehehe. Macam biasa, cover pores dan buat kulit nampak halus mulus.
Tahap lasting: 16hours
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya oily skin.
Boleh clogged pores.
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
10. L’oréal Lucent Magique Pure Light Primer
Yang ni bukan untuk cover pores. Dia lebih kepada makeup nampak glowing. Sebab dia ada sedikit shimmer. Dia punya tahap kelembapan berpanjangan sampai malam. So sesuai untuk dry skin.
Texture: liquid
Tahap lasting: 16 hours
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
11. Kate Tokyo Makeup Lock Primer
Iols berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Huhuhu. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.
Texture: cream (oil-free)
Tahap lasting: 24 jam ?
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin
Tak clogged pores.
- WATSONS: RM39.90
12. Kate Tokyo Secret Skin CC Base Zero SPF30
Ni produk baru je, siap ada cc lagi (color corrector, sesuai untuk pale skin, muka yang pucat lesu tak bermaya) instant brightening effect. Boleh improve skin complexion. Yang ni dia pink base. Macam biasa boleh cover pores jugak, kurang berminyak.
Texture: cream (non-oily)
Tahap lasting: 16jam
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types, Tak clogged pores
WATSONS: RM47.00
13. Peripera Blur Pang!
Yang ni ketiga-tiganya ada fungsi yang sama iaitu boleh mencerahkan kulit. Glowing mowing. Ni antara best selling dalam watsons sebab chinese suka beli. Kulit depa cerah gebu elok la pakai hat ni. Nak kulit ala-ala kpop la katakan boleh la cuba yang ni. Different dia yang peach tu ada SPF30 dan bau peach. Milk pula ada skin care effect, which is boleh mencerahkan kulit. Banana pula ada bau pishangggg.
Texture: light cream (oily sikit je, sbb dia tak bagi kering kulit)
Tahap lasting: 10 hours
Sesuai duduk bawah aircond sebab dia tak kering
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin.
- WATSONS: RM49.59 (satu, bukan tiga-tiga tu tau)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Facebook Azreena Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI