Face mist juga salah satu cara untuk kekalkan solekan dan tidak mengotorkan hijab. Face mist merupakan produk yang sesuai digunakan untuk menyegarkan kulit wajah yang kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya akibat sinaran matahari.

Terdapat pelbagai jenis face mist yang berada di pasaran, jadi anda perlu mengetahui produk yang mana sesuai digunakan untuk kulit wajah dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Justeru itu, untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, pemilihan face mist harus bersesuaian dengan keperluan kulit sendiri. Ini adalah antara face mist yang terbaik dan sesuai digunakan.

1. Eucerin Aquaporin Mist Spray – Face mist drugstore yang murah.

Sumber: princess-neverland blog

Kulit sangat memerlukan air untuk kelihatan lebih sihat dan face mist ini sangat sesuai untuk melembapkan kulit wajah serta membuatkan kulit kelihatan lebih mulus. Bukan itu sahaja, saiz face mist yang kecil ini mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ia mudah didapati dimana sahaja drugstore yang berhampiran dengan rumah anda serta online.

2. Nano White Fresh Miracle Mist – Face mist yang mengandungi vitamin C sesuai untuk kulit berminyak.

Produk ini mengandungi vitamin C yang sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit mahupun kulit berminyak. Katakan selamat tinggal untuk kulit kusam kerana kulit anda akan kelihatan lebih segar dan sihat dengan menggunakan face mist ini. Ia juga dapat mengurangkan masalah jerawat serta mencerahkan kulit.

3. Elianto Ex Moist Regenerating Face Mist – Face mist lidah buaya untuk kulit glowing.

Sumber: Gobuysisters Carousells

Face mist ini mengandungi vitamin B3 dan lidah buaya yang dapat melembapkan lagi kulit wajah dan memberi keanjalan yang diidamkan. Bukan itu sahaja, formula produk ini direka khas untuk membuatkan kulit kelihatan lebih glowing. Jadi anda boleh peroleh kulit yang glowing dengan sekelip mata.

4. The Face Shop Argan Oil In Water Radiating Moisture Mist – Terbaik untuk kulit kering.

Bagi yang ada masalah kulit kering, face mist ini sangat sesuai digunakan oleh anda. Ini kerana face mist ini mengandungi argan oil yang dapat memberikan kelembapan pada wajah dan membuatkan kulit wajah nampak lebih sihat. Bukan itu sahaja, kulit wajah pasti lebih lembut seperti kain sutera.

5. DYXY Mineral Face Mist Green Tea – Face mist yang mempunyai vitamin E untuk kulit sensitif.

Sumber: Lelong.my

Face mist ini mencerahkan wajah dan mempunyai bau ekstrak teh hijau yang sangat wangi. Ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan sesuai digunakan bagi yang mempunyai kulit sensitif. Selain itu, face mist ini juga boleh digunakan sebagai makeup based dan ‘finishing spray’ untuk membuatkan makeup tahan lebih lama.

6. L’Oreal Paris UV Perfect Aqua Essence City Face Mist – Face mist yang mengandungi SPF.

Sumber: Christinbunady Blog

Bagi yang sering terdedah kepada cahaya matahari, anda harus dapatkan face mist ini kerana ia mengandungi SPF 50. Face mist ini dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan boleh digunakan selepas memakai makeup. Ia juga dapat melindungi kulit wajah dalam masa 12 jam.

IKLAN

7. Herbivore Botanicals Rose Hibiscus Hydrating Face Mist – Face mist air mawar yang sesuai untuk kulit berjerawat.

Sumber: Terain Blog

Diperbuat 100% daripada produk natural yang berasaskan tumbuhan dan bahan organik, face mist ini mengandungi air mawar yang dapat membantu mengurangkan jerawat dan masalah keradangan kulit. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata.

8. Bioaqua Fountain Spray Skin Antioxidant Water – Face mist dengan antioksidan yang dapat memutihkan kulit.

Zaman sekarang antioksidan sangat diperlukan untuk menangkal radikal bebas dari tubuh kita, termasuk wajah. Di dalam face mist dari Bioaqua ini selain antioksidan, terdapat juga formula untuk memutihkan, melembutkan, mengecilkan pori-pori, dan tentu saja menyegarkan wajah. Face mist ini dapat melindungi wajah Anda dari pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok. Selain itu juga dapat melindungi wajah dari pancaran sinar matahari dan dapat menyegarkan wajah. Sangat sesuai bagi mereka yang sentiasa berada di luar.

9. Kose Sekkisei Lotion Mist – Jerawat karena kulit kering? Tidak masalah!

Face mist ini dapat menghidrasi kulit dengan lembut kerana diperkaya dengan ekstrak tumbuhan oriental. Dibuat dengan tekstur yang halus, dapat melembapkan dan menjadikan kulit sebening salju. Produk ini dapat menyeimbangkan kadar air dalam kulit, sehingga dapat mencegah kekusaman, masalah-masalah kulit, bahkan jerawat yang timbulkan kerana kulit kering pun dapat diatasi. Kulit yang terpapar sinar matahari juga dapat dipulihkan dengan produk ini.

IKLAN

10. Avene Thermale Spring Water – Pemakaiannya praktis dan serbaguna.

Avene Thermale Spring Water ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit hingga kulit yang sensitif. Formulanya yang alami bahkan dapat menangani permasalan kulit seperti bekas luka, jerawat, dan banyak lagi. Produk ini juga dapat digunakan oleh semua orang, untuk bayi dapat digunakan saat pergantian lampin, untuk lelaki, produk ini juga dapat digunakan setelah bercukur dan untuk wanita dapat digunakan sebelum atau sesudah makeup!

Selain untuk wajah, produk ini juga boleh digunakan pada rambut yang kering dan susah diurus. Caranya dengan menyemburkan Avene Thermale Spring Water ini pada rambut, kemudian tunggu hingga hampir kering, dan sikat!

11. BERRY FACE MIST BY MIRA FILZAH – Ejen Anti penuaan.

Kandungan istimewa MORA Berry Mist yang mempunyai Ekstrak Strawberi bertindak sebagai ejen anti penuaan dan merawat “acne”. Kandungan antioksida yang tinggi dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran UV. Juga kaya dengan Vitamin C yang boleh membantu melembut dan mencerahkan kulit. Aloe Vera di dalam Face mist ini bertindak sebagai lapisan yang melindungi kulit, membantu merawat “sunburn”, dan membuatkan liang pori kekal bersih. Kandungan Kolagen membantu melembut dan menegangkan kembali kulit agar kelihatan muda remaja.

IKLAN

Ekstrak Bunga Matricaria, biasa digunakan dalam rawatan kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Mengandungi “flavaniods” yang mana membantu dalam merawat kemerahan/ruam dan rasa gatal pada kulit. Juga membantu melembapkab kulit yang kering.

12. TIAR ZAINAL BEAUTY PRIMER + TOONER HYDRATING FACEMIST

Lain pula facemist keluaran dari jurusolek terkenal Tiar Zainal ini, di mana primer dan facemist bergabung sekali. Istimewanya kandungan facemist TZB tidak mengandungi bahan kimia dan bebas dari wangian. Kandungan  ‘witch hazel’ merupakan yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai “Hamamelis virginiana“, dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Ia juga dapat mengatasi kulit kering bersisik dan kemerahan. Yang pastinya facemist ini menampakan effek muka sentiasa segar dan mengekalkan solekan.

Dengan menggunakan face mist pada siang hari, efektif untuk menyegarkan wajah dan melembapkan masalah kulit kering dalam sekali semburan. Jika anda yang bermasalah dengan kulit kering, Face mist dapat mebuatkan kulit anda lembap sepanjang hari!

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI