Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.

Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.

Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.

Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini  sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.

1. Baju Kurung Lipat Lengan Tunku Aminah

Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif  netizen.

Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.

TUNKU TUN AMINAH KINI BERGELAR ISTERI DENNIS MUHAMMAD Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini (14 Ogos). Pasangan DiRaja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan. Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat. Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda. ~~~~~ TUNKU AMINAH & DENNIS MUHAMMAD PRONOUNCED HUSBAND AND WIFE HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim and Dutch-born Dennis Muhammad Abdullah were today (14 Aug 2017) pronounced husband and wife after their “akad nikah” (solemnisation of marriage) ceremony at Istana Bukit Serene. The ceremony which followed Johor royal tradition was witnessed by Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah and close family members and friends. Also present were the groom’s parents, Martin and Henriette Verbaas, his brother and sister, as well as close family friends who had flown in from the Netherlands to be part of the wedding ceremonies. Dennis Muhammad, looking smart and handsome in a traditional “Baju Melayu Teluk Belanga”, solemnly affirmed his marriage to Tunku Aminah before the State Mufti, Dato’ Muhammad Tahrir Shamsudin. The royal wedding ceremony will continue tonight with the ‘Istiadat Bersanding” (sitting-in-state) ceremony at the Istana Besar (Grand Palace) here which will be attended by 1,200 guests. #theroyaljohor #royalpressoffice

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.

Biarpun nampak simple, tetapi  sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.

IKLAN

2. Gaun Kahwin Anzalna

Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.

Putra Cosry.

Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.

Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.

Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.

3. Dress Biru Fazura

Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.

IKLAN

Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.

Duo Rizman Ruzaini.

Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.

1st look: Cinderella @missfazura in #rizmanruzaini #Abpbh30 #hsc #heroseorangcinderella

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.

4. Gaun Kahwin Oleh Nurita Harith

Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.

Nurita Harith.

Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya  sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.

IKLAN

Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.

5. Busana Kebangsaan Miss Universe 2016

Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.

Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.

The KLCC twin towers has been selected as Rizman Ruzaini’s iconic inspiration in designing Miss Malaysia Universe’s @kiran_jassal National Costume. Every detail that is put into the dress is symbolic and represents the uniqueness and why it best represents Malaysia. Diamonds are fashioned in a way of structure to represent the steel beams that The KLCC Twin Towers is best known for that has been substituted in a more glamour and high fashion manner. On the shoulders and wrap around the sleeves are laser cut metal encrusted with diamonds and sparkles that was handmade and It in inspired by the shape of The KLCC Twin Towers all biassed in glamour and pizzazz. #makeupby @sheila_mohamad #styledbyvee @xeliciousxass #curatedbyAizatAidid @aizataidid #photography @blackpepperproduction #nationalcostume #missmalaysiauniverse #missuniverse #65thmissuniverse

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.

KREDIT FOTO: THE ROYAL JOHOR & INSTAGRAM SELEBRITI

Artikel Berkaitan: Baju RM15K DiPeraga Mira Di New York

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI