Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyakit mental di Malaysia semakin membimbangkan. Pada zahirnya mungkin seseorang individu itu nampak sihat. Hakikatnya, mereka mungkin sedang berperang dengan perasaan mereka sendiri. Mereka mungkin tiada tempat untuk mengadu masalah hingga membuatkan mereka memendam perasaan dan akhirnya memberi kesan yang negatif kepada mental mereka.

Menurut artikel yang ditulis oleh Berita Harian, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan rata-rata kaum wanita lebih berisiko tinggi untuk mendapat simptom berkenaan. Gangguan mental yang teruk boleh menyebabkan wanita kemurungan dan akhirnya mereka bertindak untuk membunuh diri.

Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr Ng Chong Guan, berkata peningkatan pesakit mental di Malaysia meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan ia sangat membimbangkan.

IKLAN

Dr Ng berkata, antara penyumbang gejala gangguan mental ialah faktor kemurungan di mana 40% daripada masyarakat Malaysia menderita sepanjang hayat akibat daripada penyakit tersebut. Punca penyakit mental ini dikatakan ada kaitan dengan sejarah keluarga yang turut pernah mengalami gangguan jiwa dan tekanan.

IKLAN

Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Michael Ang Jin Kiat, berkata terdapat 3 gejala utama masalah gangguan mental iaitu:

IKLAN
  1. Penyakit jiwa
  2. Kemurungan yang teruk
  3. Kecelaruan fikiran

Anda perlu berjaga-jaga sekiranya terdapat ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang berkelakuan seperti:

  1. Bercakap seorang diri
  2. Melihat, mendengar atau merasai sesuatu yang tidak wujud atau halusinasi
  3. Delusi

Sekiranya mereka mempunyai tiga tanda ini, segera dapatkan rawatan kerana dibimbangi ia akan menjadi lebih teruk.

Sumber: Berita Harian Online

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI