Kita tidak sedar sebenarnya makanan banyak mempengaruhi kondisi tubuh kita. Kadangkala apa yang kita makan itu boleh memberi kesan positif dan negatif pada tubuh.

Bila dah makan macam-macam, badan pun mula berangin dan lebih membimbangkan jika berat pun naik tanpa kita sedar. Bila nak turunkan berat, macam-macam petua dah kita cuba tapi masih tak menjadi.

Ini ada satu lagi perkongsian seorang wanita bernama Lieyana Halim tentang amalan minum air campuran lemon dan serai. Katanya, minuman ini boleh buang angin dalam badan dan dalam masa yang sama juga boleh kuruskan badan.

Kalau anda nak tahu berkesan ke tak, boleh lah cuba amalkan. Mana tahu menjadi pula kan?

Bahan-bahan:

10 batang serai (lagi banyak lagi bagus)

Lemon

Madu

Air (untuk rebus serai)

*sukatan bahan-bahan mengikut berapa hari anda nak minum. Lagi banyak serai lagi bagus. Tapi bukan banyak lemon tau. Contohnya macam wanita ini buat untuk seminggu, dia gunakan 10 batang serai dan air dalam 1 hingga 2 liter. Lemon pula dalam separuh je sebab takut terlalu masam.

Cara-cara:

1. Rebus serai dengan air sehingga serai kembang dan air bertukar sedikit hijau. Nak guna periuk pun boleh, nak guna rice cooker pun boleh. Ikut kesenangan andalah.

2. Perah lemon. Kalau nak minum panas, terus masukkan lemon. Kalau nak minum sejuk, simpan dalam peti ais dahulu kemudian baru masukkan lemon.

3. Madu nie boleh diletakkan kalau anda nak bagi air nie rasa manis-manis sikit. Guna gula pun boleh. Terpulang anda suka yang mana satu.

Kesan serai:

1. Buang angin dalam badan. Kalau anda jenis yang banyak angin, memang bertalu-talu kentut dan sendawa keluar.

2. Boleh kuruskan badan. Memang semua orang suka kan.

3. Jika anda jenis makan macam raksasa gorgon, eloklah amalkan detox nie sebab lemak-lemak tadi tak sempat nak menyelit kat badan anda.

Selain itu, Lieyana juga akan buat senaman ringkas setiap malam:

1. Squats

2. Push up

P/s: Lain orang lain kesannya

SUMBER: via FB LIEYANA HALIM