Masalah kemurungan perlu diberi perhatian dan jangan diambil mudah. Jika dilihat, terdapat pelbagai kes yang berkaitan dengan masalah kemurungan hingga menyebabkan seorang ibu sanggup mendera dan membunuh anaknya sendiri. Allahuakbar, betapa besarnya efek kemurungan dalam kehidupan seseorang individu jika tidak dirawat dari awal.

Menurut seorang wanita bernama Zaeda Aziz, dia juga pernah mengalami masalah kemurungan apabila mendapati tanda-tanda kemurungan ada pada dirinya. Pada masa ini, alhamdulillah dia sudah sembuh. Tetapi kemurungan merupakan satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Dengan rawataan yang tepat, pesakit pasti boleh sembuh sepenuhnya.

Ayuh baca perkongsian Zaeda Aziz yang juga merupakan salah seorang cancer survivor. Hijabista doakan agar wanita ini diberi kesihatan yang baik dan semoga penulisannya dijadikan ikhtibar untuk semua individu yang membaca.

Foto: Facebook Zaeda Aziz

Bagaimana saya tahu yang saya menghidap kemurungan?

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas:

1.  RASA KOSONG

Sedih tidak. Happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.

2.  SUSAH UNTUK SENYUM.

Pura-pura senyum tu boleh. Tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.

3.  MUDAH MARAH

Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil “mommy’ dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah.

IKLAN
4.  CEPAT LETIH

Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.

5.  RAMBUT GUGUR

Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang² rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala. Selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan.

6.  LENGUH BADAN

Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.

7.  MALAS BANGUN TIDUR

Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino’s Pizza bila taufan depresi datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli la Nasi Ayam atau apa² sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.

8.  TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI

Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.

IKLAN
9.  TIDUR YANG TAK PUAS

Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba. Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all. Nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur. 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal.

10.  INGIN BERSENDIRI

Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup fb, tutup insta, tutup phone, tutup pintu. Berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak aktif.

11.  SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA)

Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang ‘low latent inhibition’ selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah…sorang-sorang layan kepala sendiri. Tak nak berbual dengan manusia.

Foto: Facebook Zaeda Aziz

Saya menulis sepanjang ini bukan untuk menjemput kecaman. Kalau anda mula mengecam, then obviously you too have mental issues. Get it fix. Jika anda menulis untuk membangga diri, yang walaupun anda telah diuji tapi tak kena kemurungan, then you too have mental issues which we call it as narcissistic behaviour. Membangga diri tak kena tempat.

IKLAN

Why am I sharing this?
Sebab ramai ibu sedang bertarung dengan depresi dan tak mengetahuinya. Mereka dibisukan oleh pasangan masing-masing. Fikir banyak sangat, zikir lebih sikit, benda dah sudah lupakanlah, cepat sangat sentap, etc… Ini lah yang disebut untuk mendiamkan mereka. Dan sampai ke sudah menanggung sengsara.

Nasihat saya, cepat dapatkan rawatan pakar. Malu untuk berjumpa dengan psikiatris? Nak malu apa? Lagi malu kalau teramuk di khalayak ramai sambil memegang stereng lock. Lebih malu terjerit-pekik marahkan anak di shopping mall. Sebelum orang label kamu gila, baik pergi berubat sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik.

Ini pesanan untuk ibu-ibu juga..

Kita mahu anak-anak kita membesar dengan memori yang indah. Mereka ada ibu yang penyayang, supportive, sentiasa bertenang walaupun diuji, dan bersedia melindungi mereka jika musibah datang. Sekiranya gangguan emosi kita tidak dirawat, anak-anak akan berjauh hati, suami akan fed-up dengan sikap pemarah tak terkawal, dan lama kelamaan kita akan hidup bersendiri. Jika faham maksud saya, lekas-lekas ke hospital untuk dapatkan appointment. InsyaAllah things will get better.

Foto: Facebook Zaeda Aziz

Buat masa ini Alhamdulillah, saya okay. BUAT MASA INI lah. Kemurungan ini satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa…hummm, payah nak cakap. Tapi dengan rawatan yang tepat, kita boleh disembuhkan sepenuhnya. Gabungkan rawatan moden, holistik, ubah gaya hidup dan cari kumpulan sokongan.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.

Sumber & Foto: Facebook Zaeda Aziz

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI