Rambut manusia ini warnanya saja yang sama, hitam tetapi punya hati lain-lain. Kadang-kadang kita tak dapat meneka apa yang ada dalam hati manusia. Malah sikap buruk atau sering syak wasangka memang sering ada dalam diri seseorang. Kadang-kadang perasaan itu akan menyebabkan kita sering salah anggap tanpa terlebih dahulu menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.

Seperti yang berlaku pada seorang pengguna laman sosial Yue Shariff yang membuat pekerjaan sebagai suprise delivery. Dia yang tanpa usul periksa telah dimarahi dan dikatakan mahu mengurat suami orang gara-gara syak wasangka dan rasa curiga isterinya disebabkan pesanan WhatsApp.

Namun wanita ini tidak cepat melatah kerana dia begitu menghargai pelanggannya yang juga merupakan suami wanita berkenaan. Dia yang mahu menghantar bunga yang ditempah kepada isterinya terkejut apabila terus menerima panggilan darinya mengatakan mahu berjumpa.

Apa yang seterusnya berlaku memang mengejutkan. Walaupun dikatakan cuba menggoda suaminya, tetapi dia hanya mampu tersenyum dan menjawab lembut sahaja.

Sebenarnya suaminya mahu membuat suprise pada isterinya dengan membuat tempahan bunga.

Baca perkongsiannya di sini dan kita sebagai kaum wanita perlu percaya pada pasangan yang mereka ini sebenarnya jujur dan kadang kala ada element of suprise.

IKLAN

Kisah benar suprise delivery hari ini …
PANJANG SIKIT TAPI TERSANGATLAH SUPRISE! JOM BACA!

Si asben sebelum ni wasap kita sebab nak order bunga untuk wife dia …
Si asben kemain excited nak suruh bagi bunga sempena birthday wife dia …

Tetapi ketika mahu menghantar, isterinya telah terlebih dahulu menelefonnya.

Masa kita sibuk-sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tibe-tibe wife dia sendiri call kita!
Ayat dia …

“Kau kenapa minta duit kat laki aku? Siap jumpa kt Mahkota bagai?! Bape lama dah kau skandal dengan laki aku ni? Mentang-mentang LAKI AKU POLIS, kau nak menggatal ek? Bla … Bla … Bla … AKU NAK JUMPA KAU!”

Walaupun menerima cacian, tetapi Yue Shariff tetap cool. Isterinya ajak jumpa dan tidak mahu dipanggil adik.

Dia bebel panjang sampai tak bagi can kita cakap, siap maki tapi taknak tulis kat sini. Hihi …
“Ok dik. Nak jumpa kat mana?” (Ngam-ngam memang nak jumpa pun!☺️)
Kita SABAUkan!

IKLAN

“Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!”
Dia marah woo kita panggil dia adik padahal umur dia baru 26 tahun! Hehe …

“OK! Tunggu ye!”

 

IKLAN

Bawa bodyguard sebagai peneman. Orangnya cantik & kecil molek.

Sampai Jusco, kita call dia siap bawak bunga yang asben dia tempah! Dia bagitahu tempat, pakai baju apa siap! Ada 2-3 gegirls sebelah dia. ADA BODIGAD beb! Untuk ganyang kita kot! Haha ? Kita jumpa dia, kita senyum! Muka dia macam singa weii tapi cantik orangnya! Kecik molek! Kalau kita kepit celah ketiak pun lemas dah ni. Hahaha

Terkedu dia bila tahu hal sebenar. Lembut bercakap padanya.

“Puan ****,ni bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga nilah saya berhubung dengan suami puan tu! Berjumpa pun sebab dia nak buat payment aritu. Takde urusan lain. Sekarang ni, bila sampai je bunga ni ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai! Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?”
Lembut je kita cakap tau. Berdesupppp …
Biasalah, kita kan LEMAH LEMBUT orangnya! Aummm … ?

Dia hanya diam membisu & cakap terima kasih. Terus berlalu pergi setelah urusan selesai.

Dia diam. BISU! Merah padam muka dia. Yang bodigad pun diam. Sendu! Nak marah ke, nak nangis ke kita tak tahu! Dia cuma cakap perlahan “Terima Kasih!”.

“Sama-sama dik!”
Dan kita pun berlalu dari situ. Kita nak bungkus diri jap! TAMAT!

KOMEN TEMAN-TEMAN YUE SHARIFF:

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI