Masuk April sudah dua tahun pelakon si cantik manis, Sherry Ibrahim melakukan penghijrahannya. Dan dalam tempoh kita, dia masih lagi istiqomah walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya. Ternyata April juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir pelakon yang juga boleh menyanyi ini. Malah sempena meraikan bulan April jugalah dia turut berkongsi rezeki dengan menyalurkan sumbangan kepada Autism Project Café, Puchong.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Sumbangan derma yang disalurkan kepada pusat kebajikan itu  ini bukanlah disebabkan dia atau ahli keluarga ada sejarah tentang sakit ini, tetapi sebagai salah satu usaha amal CSR yang dilakukannya.

“Bulan April  memang Bulan Kesedaran Autism Sedunia. Jadi tidak salah kalau saya berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Lagipun April adalah sempena hari lahir saya yang jatuh pada 3 April lalu. Juga ia adalah ulang tahun penghijrahan saya.

“Sumbangan ini adalah dari 10 peratus hasil keuntungan jualan koleksi tudung Paint My Love. Saya memang cukup terharu apabila membaca kisah pesakit autism ini dan sumbangan ini harapnya dapat meringankan sedikit beban mereka,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran tudung Sherry Scarves di Petaling Jaya minggu lalu.

Menurut Sherry walaupun pelbagai lambakan jenama tudung di pasaran sekarang, tetapi dia menganggap itu sebagai persaingan yang sihat. Malah Sherry juga tidak berminat melakukan publisiti murahan untuk strategi pemasaran sebaliknya lebih mementingkan kualiti produk.

IKLAN

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Bercerita kisah penghijrahannya, Sherry berkata ia secara tiba-tiba tetapi alhamdulillah masih istiqomah.

“Alhamdulillah sepanjang dua tahun berhijab tak ada halangan atau rintangan yang dihadapi. Walaupun berhijab tetapi rezeki Sherry juga semakin murah. Cuma dalam lakonan kena lihat watak yang bersesuaian dengan keadaan Sherry yang berhijab.

“Bagi Sherry Allah itu Maha Adil, Dia bagi yang lain dan alhamdulillah ada hikmah dengan penghijrahan ini. Oleh sebab itulah Sherry Scarves dilancarkan pada bulan April yang cukup bermakna,” jelasnya yang turut mendapat tawaran menyanyi.

IKLAN

Menurut Sherry juga dia menganggap bisnes tudung ini sebagai hijrah bisnes sesuai dengan penghijrahannya.

“Sebelum itu masa Sherry masa mula-mula berhijab memang ada yang offer buat tudung. Cuma masa itu Sherry masih belum bersedia tak tidak berminat. Dan dalam masa sama setelah dua tahun berhijab ini, Sherry belajar banyak perkara mengenai tudung.

IKLAN

“Barulah Sherry tahu warna yang sesuai dengan Sherry dan selama ini ramai yang tanya trademark Sherry yang gemar pakai tudung warna terang dengan inner yang juga dari color terang. Malah kombinasi dua color ini menyerlahkan lagi penampilan kita.

“Sherry Scarves ini juga dicipta untuk mereka yang gemar travel. Ini kerana ada rekaan tudung yang didatangkan sekali dengan inner. Ini memudahkan bagi mereka yang selalu travel untuk bersiap,” tambahnya lagi yang begitu mementingkan kualiti hijab dengan memilih fabrik satin terbaik yang mudah dibentuk, tidak panas dan tidak pekak. Malah Sherry Scarves ini juga dijual dengan harga berpatutan.

Buat masa ini tudung ini boleh didapati di Butik Wardia di Melawati Mall dan juga boleh didapati secara online.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHERRY IBRAHIM

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI