Penyanyi Elyana mendapat tahu dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua sejak enam tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah. Dan sepanjang tempoh itu dia telah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali setahun. Dan salah satunya pengalaman ketika melakukan kemoterapi di bulan puasa.

Umum mengetahui Elyana memang seorang cancer survivor yang kuat. Dia tekad membuat rawatan berkenaan walaupun tahu kesan sampingan yang perlu dilalui selepas menjalani rawatan kemoterapi itu.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

“Tahun lepas saya kena sambung buat rawatan kemoterapi pada bulan puasa. Jika diikutkan doktor memang tak benarkan saya berpuasa dan mahu saya buat rawatan dengan segera.

“Dalam masa sama doktor tak menghalang. Saya tetap cuba untuk berpuasa sebab memikirkan jenuh nanti nak ganti puasa. Jadi saya tekad berpuasa dan pada masa yang sama turut membuat rawatan berkenan,” katanya ketika ditemubual bersama majalah Pa&Ma.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

IKLAN

Menurutnya juga sebaik selepas rawatan keadaan dirinya masih dalam keadaan baik. Tetapi beberapa hari selepas itu badannya mula lemah.

“Beberapa hari selepas rawatan, badan saya mulai lemah kerana kekurangan air. Kalau nak tahu air sangat penting selepas membuat rawatan kerana ia membantu tubuh keluarkan semula ubat yang digunakan.

“Sudahnya saya hanya berjaya puasa tujuh hari sahaja. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat juga jalani ibadah puasa.  Walau bagaimanapun perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan jika ok boleh teruskan,” katanya lagi yang turut memberi kata-kata semangat buat pesakit kansewr agar tabah jalani rawatan kemoterapi.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

IKLAN

“Nasihat saya ambil sumber makanan yang mengandungi kalsium secukupnya. Ini penting bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening daripada mengalami masalah keguguran selepas rawatan dilalui,” jelasnya lagi yang turut berkongsi pengalaman pertama anak tunggalnya berpuasa.

“Anak saya belajar berpuasa sejak tahun lepas. Dia mahu cuba dan berjaya puasa sehari penuh. Tahun ini saya ikutkan saja kemahuan dia yang nak berpuasa.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

IKLAN

“Masa untuk bangun sahur tak jadi masalah untuk kejutkannya kerana dia seorang yang suka bangun waktu subuh. Lagi satu anak saya tak gemar pergi bazar Ramadan kerana tidak selesa ramai orang.

“Berbeza dengan saya dan suami yang memang suka pergi bazar Ramadan. Dan mahu tak mahu anak saya terpaksa ikut kami membeli juadah di bazar Ramadan,” cerita Elyana lagi yang menambah mereka sekeluarga gemar berbuka dengan nasi.

Artikel Berkaitan: Elyana Dedah Rahsia 7 Tahun Derita Kanser

SUMBER: PA&MA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELYANA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI