Nampaknya masih ramai netizen yang belum ’move on’ dengan majlis pernikahan pasangan paling popuar, Fattah Amin dan Fazura. Walaupun sudah beberapa hari mereka bergelar suami isteri dengan tersebarnya video pernikahan itu membuatkan ramai antara follower kedua-duanya tersenyum kegembiraan. Ketiga-tiga video yang dimuat turun dalam akaun laman sosial masing-masing mencapai lebih sejuta tontonan. Betapa ramai yang masih belum ‘move on’ dan begitu asyik menyaksikan momen bahagia mereka bergelar suami isteri.

Tidak kisahlah dikatakan seperti ‘mempermainkan’ media kerana majlis ini tidak dapat dihidu, namun hakikatnya mereka sudahpun selamat diijab kabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Isnin valu.

Dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga dan dibuat secara tertutup itu menyaksikan abang Fazura menjadi wali itu dia turut menerima wang mas kahwin RM250.

Walaupun tiada maklumat lain mengenai majlis itu, namun Fazura dan Fattah masing-masing menerima ribuan ucapan tahniah dari netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

?Fattah?Fazura? ~27.11.17~

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Follower mereka juga seperti mahu menangis apabila mendapat tahu hati Fazura sudah dimiliki. Betapa selama ini mereka sentiasa menanti siapakah bakal menjadi Imam buat Fazura. Ternyata Fattah Amin yang menjadi pasangannya dalam ‘Hero Seorang Cinderella’ menjadi insan bertuah untuk membimbing Fazura menjadi seorang isteri solehah.

IKLAN

Sebahagian komen netizen:

@zurasyafira Sama cantik sama padan… Semoga kekal bahagia hingga ke jannah… Aamiin..

@sharifah_safona Congrats kak fazura n fattah…so sweet..semoga bahagia till jannah..aminn

@alfa_alwie Congrats…happy til Jannah both of u

@sofya.piya Omgg… U guyss really sweet..untill jannah ammin

IKLAN

 

Admin sendiri sudah beberapa kali melihat video dan beberapa foto pernikahan mereka dan memang sangat asyik. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka berdua dan Fazura kelihatannya sangat cantik dan santun sekali menggayakan JUBAH moden rona putih dental sedikit perincian manik dan lengkap berhijab.

IKLAN

Kita doakan agar pasangan yang sama cantik sama padan ini Sudan bersedia mental dan fizikal until melayari fasa baru kehidupan sebagai suami isteri. Moga akan dikurniakan zuriat sebagai tanda kasih cinta antara mereka berdua.

?Fattah?Fazura? ~27.11.17~

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Artikel Berkaitan: Fazura Ayu Tampil Berhijab Di Hari Pernikahan

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAZURA & RIZMAN RUZAINI

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI