Siapa kata kulit gelap tidak perlu solekan. Ia tidak benar! Mereka yang berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan, pasti akan menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah.  Namun, pemilihan warna harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terlihat aneh.

Ayuh, Hijabista kongsikan tip solekan sesuai untuk hijabi yang berkulit gelap:

Sumber: youtube.com (Rose Kimberly)

Sebelum itu hijabi juga perlu tahu beberapa perkara penting dalam dunia solekan agar tampil mempesona dan lebih berseri penampilan.

Asas Solekan

Hal pertama yang anda wajib tahu ialah koleksi warna mekap yang anda perlu ada adalah warna-warna asas yang tidak terlalu terang. Pilihlah foundation yang tidak terlalu kontra dengan kulit anda.

Dicadangkan anda untuk gunakan foundation berbentuk cecair kerana ia dapat membantu kulit tampak lebih sekata dan lebih natural. Biarkan foundationseketika sehingga ia meresap ke dalam kulit.

Kulit gelap kebiasaannya akan kelihatan sedikit berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut. Jadi, apa yang boleh anda buat ialah sapukan loose powdersecara sekata dan nipis. Bedak kompak adalah optional.

Blusher

Untuk pemerah pipi, pilih warna seperti coral, rose, deep orange, dan sempurnakan dengan shadow berwarna peach atau coklat.

Gunakan warna pink untuk blush on pada siang hari kerana ia akan menjadikan wajah anda lebih cerah dan warna bronze atau plum pada malam hari untuk menonjolkan tekstur kulit wajah anda. Ratakan ia di sepanjang tulang pipi anda.

Eyeshadow & Eyeliner

Untuk eyeshadow, penggunaan warna-warna natural seperti coklat, merah bata,grey, silver,bronzedan goldadalah lebih sesuai. Elak dari pilih warna yang terang dan putih kerana warna ini kontra dengan kulit anda (melainkan anda mahu menghadiri photoshoot majalah atau anda seorang model).

Jangan lupa untuk mencalitkan eyeliner dan maskara di mata dengan warna yang sesuai seperti biru gelap, hitam, atau kelabu gelap sebagai bingkai di bahagian atas juga bawah mata.

Gincu bibir

Perkara paling terakhir ialah, memakai gincu . Warna pucat adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menghilangkan seri di wajah anda. Guna warna seperti copper, bronze, merah tua, ungu dan juga burgundy. Sapukan juga lip gloss supaya bibir anda lebih menonjol.  Adalah lebih baik jika anda padankan warna gincu dengan warna eyeshadow anda.

Tinggalkan Komen