Agak menjengkelkan pagi yang indah ketika bersiap mahu ke tempat kerja mood dirosakkan gara-gara sebatang pin. Oleh kerana mahu cepat, pin yang dicucuk tercarik tudung satin  yang sedang digayakan. Sudahlah baru beli dan harganya juga sangat mahal. Bayangkan tudung sutera atau satin tertetas hanya kerana pin tudung. Namun usah risau, bagi penggemar satin, boleh cuba tutorial hijab tanpa pin ini. Hasilnya tudung digayakan anda akan sentiasa kemas dan terjaga.

TAHUKAH ANDA?

  • Butang magnet! Anda hanya perlu sepasang butang magnet dan pinkan pada hijab tanpa perlu mencucuk hijab anda.
  • Ada beberapa jenama yang mencipta hijab tanpa pin, salah satunya adalah tudung Cakenis dari Hanis Zalikha. Cepat, mudah dan selamat digunakan.

KREDIT FOTOl SHAWLBYVSNOW, AMEERAZAINIOFFICIAL & CAKENIS

Tinggalkan Komen