Setiap manusia telah ditetapkan rezeki sejak berada di dalam kandungan ibunya lagi. Rezeki setiap manusia berbeza-beza.

Manusia hanya perlu bertawakal, berusaha dan berdoa  dan insyaAllah mereka akan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah SWT.yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Terdapat satu perkongsian oleh seorang wanita bernama Nana Macarona di Facebook tentang rahsia rezeki luar biasa. Katanya, hanya dengan istighfar 1,000 kali setiap hari, insyaAllah akan menjemput rezeki. Tidak hanya menjemput rezeki semata, tetapi juga kerana kita akan insaf dengan setiap dosa yang kita lakukan.

Ikuti perkongsiannya.

"Alhamdulillah, ramaiii sangat yang nak tahu tips yang nana nak kongsi ni..

And actually kalau pun tak ada yang komen cakap nak tahu, nana tetap nak kongsi dont worry..

Bagi nana, tak ada sebarang rahsia yang perlu disembunyikan pun.. Prinsip nana, ilmu andai kita kongsi manfaatnya bukan hanya kepada orang yang memperolehi ilmu sahaja, tetapi manfaat berbalik kepada kita semula..

Tambah pula, ilmu yang nana ada ini semua pun pinjaman sahaja daripada Allah.. Semua ilmu Allah.. Semua Allah punya..

Nana cuma diberikan ilham sahaja oleh Allah taala, mungkin sebagai pengantara untuk nana sampaikan ilmu buat semua, InshaAllah..

Pertama sekali, nana nak tanya..

Pernah tak dalam hidup, kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik serba serbi.. Tapi entah kenapa, nasib seakan tak mahu menyebelahi kita..

Rezeki, kebahagiaan, kejayaan seakan-akan tidak sudi untuk singgah dalam kehidupan kita..

Entah lah kenapa  😒

Kadang-kadang, kita rasa kehidupan kita ni sempit sangat.. Dalam bisnes, kita rasa kita dah cuba yang terbaik tetapi entah kenapa kita masih belum juga berjaya?

Dalam kehidupan berkeluarga, kita rasa kita dah jalankan tanggungjawab sebagai isteri, anak, ibu, menantu dengan sebaiknya, tetapi kenapa bahagia masih tidak kunjung tiba?

Sebagai pelajar, kita rasa kita dah ulangkajipelajaran sesungguh-sungguhnya.. Kita study sampai lewat malam.. Kita ulangkaji sungguh-sungguh.. Tetapi kenapa masih tidak score yang terbaik dan kenapa masih belum selesai pengajian?

Sebagai pekerja, kita rasa kita dah jalankan tugas dengan baik dan komited, tetapi mengapa masih tidak naik pangkat dan gaji?

Kenapa kehidupan kelihatan seperti taknak menyebelahi kita? Kat mana silap kita? Kat mana kurangnya kita?

Sedangkan kita rasa kita dah usaha sehabis daya.. Kita dah beri sebaik mungkin semampunya kita..

Jangan kata usaha fizikal, usaha secara rohani pun tak kurang juga..

Sedekah..

Solat dhuha..

Surah Al Waqiah..

Sentiasa menjadi amalan kita..

Tapi, kita selalu terlupa satu perkara.. Yang mana, boleh jadi penyebab TERBESAR kepada terhalangnya segala kebaikan, rezeki, kebahagiaan untuk datang kepada kita..

Iaitu..

DOSA-DOSA yang belum kita mohon keampunannya daripada Yang Maha Mencipta  πŸ˜₯ πŸ˜“

Sedangkan Nabi sendiri pernah bersabda,

"Barang siapa memperbanyakkan istighfar (memohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka" (HR AHMAD)

--------------

Untuk yang bertanya.. Untuk yang tertanya-tanya..

Ini lah sahaja sebenarnya tips yang nana kongsikan kepada Spectacular..

ISTIGHFAR.. ISTIGHFAR.. ISTIGHFAR..

Istighfar bukan hanya untuk menjemput rezeki semata-mata.. Tetapi juga kerana kita insaf akan setiap dosa-dosa kita..

Allahuakbar  πŸ˜“

Berkata Ibnul Qayyum Rahimahullah,

"Bila engkau ingin berdoa, sementara waktu yang kau miliki terlalu singkat, padahal di dadamu dipenuhi oleh begitu banyak keinginan, maka jadikan lah seluruh doamu sebagai ISTIGHFAR.. Agar Allah sudi memaafkan dan mengampunkan kamu.. KERANA BILA DIA MEMAAFKANMU, MAKA SEMUA KEPERLUANMU AKAN DIPENUHI OLEH-NYA TANPA ENGKAU MEMINTANYA"

Allahuakbar  😒 😒 😒

---------------

Tips nana yang nana kongsi dengan Spectacular:

Istighfar 1000 kali sehari setiap hari, sambil mengenang setiap dosa dosamu, dengan sepenuh pengharapan bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa mu, dan menunaikan segala permintaanmu..

Wallahualam..

-----------

Jemput SHARE supaya semakin ramai berkongsi dan perolehi manfaat daripada perkongsian ini..

Dan untuk setiap yang membaca, sekiranya anda rasa apa yang nana kongsi ini bermanfaat, tolong doakan semoga dipermudahkan urusan closing julai anak-anak didik Spectacular kesayangan nana..

Amin Ya Rabbal Alamin.."

Love,

Nana Macarona  

SUMBER: FB NANA MACARONA