Yoga. Satu seni senaman yang bukan mudah untuk dilakukan tetapi sekali buat terus ketagih. Efek yoga kepada badan tidak boleh disangkal cuma kebolehan untuk meliang liukkan tubuh kita yang membuatkan kita berfikir banyak kali untuk mencuba yoga.


'Power' yoga mampu menurunkan berat badan anda dengan pantas. Syaratnya, anda konsisten dan cuba buat sedekat mungkin dengan gaya yang sepatutnya.


Jadi, tatkala musim zumba masih lagi kuat, apa kata kita cuba yoga pula. Mari Hijabista berikan lima gaya yang pasti akan menurunkan berat badan anda pantas:


Gaya 1


http://support.karangkraf.com/editorial/hij/17022016/gaya%20wind%20releasing.jpg


Gaya ini bagus untuk menghilangkan berat di kawasan abdomen dan perut. Gaya ini juga dikenali sebagai 'Pawanmuktasana'.




Gaya 2


http://support.karangkraf.com/editorial/hij/17022016/gaya%20cobra.jpg


Gaya ini baik untuk mengetatkan punggung dan juga 'toning abs' anda. Meniarap di lantai dan pastikan tapak tangan anda terletak bersebelahan dengan dada. Angkat bahagian atas badan anda dari lantai.




Gaya 3


http://support.karangkraf.com/editorial/hij/17022016/gaya%20bow.jpg


Gaya ini juga dikenali dengan nama 'Dhanurasana' dan ia merupakan aktiviti yang boleh 'toning' dan juga menghilangkan lemak pada lengan dan kaki anda. Untuk melakukan ini, meniarap di atas lantai. Kemudian bengkokkan kaki anda bermula di lutut dan angkat sehingga seperti gambar.




Gaya 4



http://support.karangkraf.com/editorial/hij/17022016/gaya%20side%20stretch.jpg


Gaya ini pula mampu meningkatkan kadar jantung anda, membakar kalori dan juga mengurangkan lemak di bahagian tepi badan anda. Bermula dengan berdiri tegak, kunci tangan anda di belakang dan bengkok badan anda perlahan ke bawah sisi.




Gaya 5


http://support.karangkraf.com/editorial/hij/17022016/gaya%20extended%20side.jpg


Gaya yang dinamakan Utthitha Parsvakonasana ini, boleh membantu mereka yang ingin menghilangkan lemak di sisi. Mulakan dengan berdiri tegak, turun badan perlahan-lahan dan bengkokkan badan. Pastikan satu kaki anda tegak seperti dalam gambar.
 

Sumber: stylecraze



Yoga mungkin kelihatan sukar tetapi apabila banyak kali anda buat, pasti akan lebih mudah kemudian. Selamat beryoga! - hb